Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Sunday, January 8, 2012

Awak terlalu baik untuk saya

Assalamualaikum. Sekarang tengah hujan kat JB ni. Memang sedap la sambung tidur lagi-lagi hari ni hari minggu.

"Tuhan sengaja menemukan kita dengan orang salah sebelum bertemu jodoh yang sebenar"

Sebenarnya dulu aku sokong dengan ayat di atas tapi sekarang baru aku sedar yang sebenarnya ayat ni dicipta oleh golongan-golongan yang tidak tahu menilai erti sebuah perhubungan. Bagi aku ayat ni cuma dijadikan satu alasan untuk berpisah dengan pasangan. Ayat yang paling tepat adalah 

"Tuhan sengaja menduga kita dengan pelbagai ujian untuk kita lebih mengerti dan menghargai akan sebuah perhubungan"

Satu lagi penggunaan ayat yang aku rasa sangat tidak puas hati. Sering kali digunakan sebagai alasan untuk putus.


"Awak terlalu baik untuk saya"

Kalau macam tu pergilah cari penyangak, kaki raba, penipu atau muka-muka yang paling dikehendaki polis tu. Apa guna ada insan berhati mulia kalau bukan untuk membimbing pasangan masing-masing. Siapalah kita nak menentukan siapa jodoh kita. Tak tertulis pon kat dahi yang dia tu jodoh kita. Sesiapa pon boleh jadi jodoh kita. Jadi kurangkanlah penggunaan ayat-ayat ni untuk dijadikan sebagai alasan berpisah.

"Kurangkan bekas (Ex), tingkatkan bla bla bla (tak tahu nak taip apa)"
***********************************************************
5 paper to go...=)
***********************************************************

12 comments:

fieyona raias said...

ok. suke post nih :)

done follow.jom hit back
infieyonashoe.blogspot.com

Liefde Ain said...

memang takleh blah ayat ni. rasa nak sepak sepak je sapa yg gunaaaa.. saja cari alasan nak putus. lempang nak. emosi tetiba. maaf pejo. HAHA

syabab said...

ini alasan cliche..yelah kang kalo ckp terus terang ade yg xleh terima.. btw aku xoernah caye kalo perkataan ni dikuarkan dan2 igt tuhan bila nk break time khyusyuk cintan cintun xigt lak...huhu.. acece emo lak..hoho

cik najihah said...

yg terlalu baik tu la yg bes..kalau hati dah x nk tu mcm2 mulut bercakap..

ubaidillah zulkefli said...

jo...kisah kau ke ni??

Ini Kisah Tia said...

hahaa .. apa daa ~~

FARAH said...

haha, mmg ini idea kuar lau da takde idea tok jauhkan diri. kalau tak suka ckp taksuka habis citer :)

L said...

haha, terjadi pada aku.. ngeh3

jom baca kejap.=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/iman-kita.html

faizulosman said...

memberi lg aq 1 ilmu...

http://www.mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/01/hantu-tindih-part-2.html

Iffah Afeefah said...

alaaa kekdg org mmg takut trime laki baik

bkn sbb alsan smate2

Alif Yusof said...

Hahaha..ayat yang sbnrnya. awak, saya rasa saya terlalu baik untuk awak.

p/s; baru tahu ko ada blog. hehe

http://pawakadaksina.blogspot.com/

Ahmad Haziq Azlan said...

5 papers to go?
bukan memang amek 5 subjek je ke
hahaha