Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Wednesday, May 26, 2010

Keyla - Terlalu Cepat Mencintaimu

setelah sekian lama ak mencari tajuk lagu ni, akhirnya ak telah menemuinya...lagu ni ak dgr tyme samarinda: asmaradana episod 6 kowt...smpi trpaksa pegi kt web tv3 then bkk blk dri episod 1...akhirnya ak jumpa lagu ni kt episod 6..haha


Keyla - Terlalu Cepat Mencintaimu :

terlalu cepat ku menyayangimu
tak cukup bercerita
namun terlanjur ku 
mencintaimu
meski ku tak mengenalmu
hingga akhirnya ku terjebak
dalam kesalahanku tuk 
mencintaimu
hingga kini aku tak mampu untuk melepas diriku
dan melupakanmu

terlalu cepat ku menyayangimu
tak cukup bercerita
namun terlanjur ku men
cintaimu
meski ku tak mengenalmu

Hingga akhirnya ku terjebak
Dalam kesalahan ku ‘tuk men
cintaimu
Hingga kini aku tak mampu untuk melepas diriku
Dan melupakanmu
Dan melupakanmu





bacalah dengan hati terbuka...


Cikgu: Di tangan cikgu ada segelas air. Cuba kamu semua teka berapa berat gelas yang cikgu pegang ni?
Pelajar: 100 gram…! 200 gram…! 135 gram!
Cikgu: Cikgu pun tak tahu berapa berat gelas ini. Cikgu nak tanya soalan ni sebenarnya, apa akan jadi kalau cikgu pegang gelas ni beberapa minit?
Pelajar: Tak jadi apa-apa!
Cikgu: Kalau cikgu pegang selama sejam?
Pelajar: Tangan cikgu penat!
Cikgu: Kalau cikgu pegang satu hari?
Pelajar: Tangan cikgu akan sakit sangat, cikgu jadi penat, mungkin boleh pengsan! Boleh masuk hospital!
Pelajar: ??
Kelas riuh sebentar.
Cikgu: Kesian cikgu kena masuk hospital, tapi cikgu nak tanya lagi, berat gelas ni berubah tak?
Pelajar: Tak berubah…
Cikgu: Tapi tangan cikgu sakit?
Pelajar: Cikgu kenalah letak gelas tu kat atas meja ke, taklah sakit tangan.
Cikgu: Tepat sekali! Kena letak gelas atas meja.
“Segala masalah di dalam hidup ini pun sama. Kita simpan dalam kepala kita sedikit, kita rasa OK. Fikir lama-lama, mula sakit kepala. Lama dan lama lagi kita terlalu fikirkan masalah itu, kita mula tertekan dan kita hilang fokus untuk buat perkara lain.”
Antara tanda-tanda orang yang stress, tertekan;
Physical (P) : Mengabaikan tanggungjawab yang lain, kurang atau terlebih tidur, sakit, kurang atau terlebih makan dan lain-lain.
Intelectual (I) : Masalah ingatan, lemah pada penilaian, pesimis, risau yang berlebihan dan lain-lain.
Emotional (E) : Cepat marah, tidak dapat bertenang, kesedihan melampau dan lain-lain.
Simptom-simpton di atas, jika diperhatikan betul-betul boleh menyebabkan seseorang hilang hala tuju hidup.
Benar, memang penting untuk memikirkan segala ujian, kesusahan dan masalah dalam hidup tetapi yang lebih penting ialah untuk meletakkan keyakinan pada Allah SWT.
PAUSE.
Ini antara kepentingan spiritual (S) dalam hidup manusia. Memandu hala tuju hidup.
Seseorang yang mempunyai S yang tinggi, tidak mudah tertekan. Semakin yakin mereka dengan Allah, semakin tenang mereka sewaktu diuji dengan pelbagai masalah dan kesusahan.
(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! (27) Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)! (28) Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia (29) Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! (30)
(Surah al-Fajr : 27-30)
Segala yang berlaku, yang pastinya semuanya atas keizinan Allah. Jika kita diberi masalah dan ujian, jalan keluarnya sudah ada di tangan Allah. Samada kita yakin atau tidak kepada Allah, akan mengubah cara kita melihat masalah-masalah tersebut.
Tidak ada suatu perkara pun yang akan berlaku tanpa keizinanNya.
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur.Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).
(Surah al-Baqarah : 255)
Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi r.a. akan hadith daripada Ibn Abbas, Abdullah ibn Abbas r.a. yang berkata : “Sesungguhnya aku berada di belakang Nabi SAW pada suatu hari dan Baginda lalu bersabda :
“Wahai pemuda sesungguhnya aku akan mengajarkan kamu beberapa kalimah (pesanan) iaitu :
Peliharalah Allah (pelihara hakNya) maka nescaya Allah akan memelihara kamu, peliharalah Allah (taati perintahNya dan jauhi laranganNya) maka nescaya engkau akan mendapati Dia akan membantu engkau, jika kamu hendak meminta sesuatu maka mintalah kepada Allah dan jika kamu hendak memohon perlindungan dari sesuatu maka mohonlah perlindungan dari Allah.
Ketahuilah jika umat seluruhnya berkumpul untuk memberi manfaat kepada engkau dengan sesuatu maka tidaklah mereka dapat memberi manfaat kepada engkau melainkan dengan apa yang telah Allah tetapkan kepada engkau dan jika seluruh umat berkumpul untuk memudharatkan engkau dengan sesuatu maka tidaklah memberi mudharat mereka itu melainkan dengan apa yang telah Allah tetapkan buat engkau.
Telah terangkat qalam-qalam dan telah kering dakwat (satu perumpamaan yakni telah selesai urusan penyampaian pesanan)”
(Hadith sahih riwayat Tirmidzi no. 2516)
Have faith! Lihat dan jalani kehidupan dunia dengan S!
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
(Surah al-Fatihah : 6)
Nota : S merujuk kepada spiritual, keyakinan, iman atau aqidah.

sumber : http://zunnur7.blogspot.com/2010/05/melihat-masalah-dari-kacamata-s.html

Tuesday, May 25, 2010

tagged...tagged...tagged ^_^

3 names in your messages inbox
inbox mne?..enset> hanim, atong, totoi
fb> hanim, hanim, hanim
Your main ringtone
lagu nokia suda...watpe pki lagu pnjg2...bkn dgr smpi abis pon..haha
What u did at 12 last night?
ber"FB" dgn si dia..haha
Who was the last person you went out with?where?
agak rmi...ngn dak2 skola lama..kitowg pi samura amik sijil spm (17 mei 2010)
The colour of T-shirt you're wearing now?
hitam
The last thing U did?
klu sblum tido ak tutup lampu la..haha
3 of your everyday favourite items?
laptop, PS2 ,handphone
The colour of your bedroom?
hijau
How much money in your wallet now?
RM20-30
How's life?
kdg2 ok, kdg2 x ok..huhu
your favourite song?
negaraku kowt...wakaka
what will u do in next weekend?
bgn tdo>mandi>on9>makan>on9>mandi>on9>tdo
When was the last time u see ur mum?
tadi ptg sblom mak blk kg
where is she now?
kt kg
who is the last person talking to u last night?
my mum (sruh tutup lampu dapur)
the last suprise u got?
hari2 ade surprise..haha
last thing u borrowed from ur friend?
pinjam duit kowt...tp da 2 bln yg lps..hehe
who is your gf/wife?
ermm...=)
what did u fell right now?
teruja nk wat bnda ni
wanna share with who?
brsama org trsayang la...haha
who knows your secret?
Allah s.w.t..:)
He keeps your secret?
yap:) only he knows everything..
are u angry with someone?
ade tp biar je la diowg...mls nk pk..haha
what do u order at McD?
ayam goreng McD, quarter pounder..haha..rsa lapa plk ak..adehhhh
the last time u feel sad?
ketika dia mempermainkn perasaanku
I'm passing this to?:
sape nk amik bnda ni, amik la...ak mls nk cri spe..haha

Friday, May 21, 2010

petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi
hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa
yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita
dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara
remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa
kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur.
Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang
berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah,
dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.
Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang
dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini
juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di
pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?

Monday, May 3, 2010

GARIS PANDUAN BERHIBUR DALAM ISLAM

1- Hendaklah dipastikan muzik / lagu / skrip yang tidak mempunyai perkataan yang boleh membawa ke arah bertentangan dengan aqidah seperti menyalahi syariat Allah SWT, memburuk-burukkan Rasulullah SAW, melekehkan para sahabat, meragui hari kiamat dan pembalasan dosa pahala juga tiada unsur memuja atau taksub kepada wanita.

Allah SWT memberi peringatan kepada sesiapa yang meragui kebenaran hari kiamat dengan firmannya:
“Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang - yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya - supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia usahakan. Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta ia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa”. (surah Taaha : 15-16)

2- Suatu persembahan /konsert yang dijalankan hendaklah tidak berlebih-lebihan sehingga hak-hak Allah dan kewajipan yang lain terabai seperti menunaikan ibadah, hak mencari dan memberi nafkah, menuntut ilmu dan sebagainya.

“Tidaklah ada diantara orang Muslim jika tiba waktu solat wajib, lalu dia membaguskan wudhuknya,
kekhusyukannya, dan ruku'nya melainkan solat itu menjadi penebus dosa-dosa sebelumnya, selagi dia tidak mengerjakan dosa besar, dan itu berlaku selamanya”.(Hadis Riwayat Muslim)

3- Muzik atau nyanyian yang disampaikan tidak mempunyai senikata lagu berunsur maksiat dan lagho seperti membawa kepada rangsangan ghairah nafsu melalui tema-tema cinta yang melampau, luahan perasaan dan kerinduan yang berlebihan kepada manusia sehingga mendorong pendengar dan remaja kepada melakukan maksiat dan dosa. Oleh itu nyanyian sebegini hendaklah dijauhi berdasarkan firman Allah seperti berikut:

“Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia (lagha), mereka berpaling daripadanya.” (surah Al-Qasas : 55)
“Sesungguhnya Allah telah menentukan bahagian seseorang tentang zina yang tidak mustahil didapatinya. Maka zina mata adalah memandang, zina lidah adalah mengucapkan, zina hati adalah mengingini dan faraj (kemaluan) membenarkan atau mendustakannya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


4- Hendaklah hiburan tidak diiringi atau dialunkan dengan instrument bunyian terlampau seperti budaya rock sehingga penonton / pendengar mengikut rentak (melompat-lompat, menjerit dan bersorak) menjatuhkan akhlak mereka dan mendatangkan fitnah kepada diri mereka.

5- Penyanyi, pembuat persembahan dan penonton yang hadir hendaklah menjaga auratnya, tidak melakukan gerak badan yang memberahikan ataupun mempersembahkan nyanyian dengan suara lucah yang menyebabkan fitnah dan rangsangan nafsu kotor dikalangan pendengar / penonton. Sekalipun lagu dan senikata yang disampaikan adalah baik, dalam keadaan ini ianya tetap menjadi haram.

Allah swt berfirman berkenaan tuntutan menutup aurat:

 “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan.” (surah Al A'raf : 26)


Rasulullah saw juga memberi amaran kepada wanita yang tidak menutup aurat mereka:


“Sebahagian dari penghuni neraka ialah perempuan yang memakai pakaian yang menyerupai telanjang, pakaian yang sesat dan menyesatkan. Mereka tidak masuk ke syurga dan tidak mencium baunya.” (Hadis Riwayat Muslim)


“Apabila umatku melakukan 15 perkara maka mereka layak untuk menerima bala Allah. Antara 15 perkara itu ialah…. orang ramai menjadikan wanita sebagai penyanyi (penari- penari), alat-alat yang melalaikan (muzik).” (Hadis Riwayat Tarmidzi)


6- Hendaklah dipastikan tiada percampuran di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram tanpa sekatan dan had hingga membawa kepada bersentuhan antara lelaki wanita ajnabi, tiada majlis tari-menari, tidak berlakunya acara minum arak, pertaruhan judi, tiada drama /lakonan- lakonan liar dan seumpamanya.

Rasulullah saw bersabda dalam hal pergaulan lelaki wanita ajnabi ini:


“Sekiranya ditikam di kepala seseorang kamu dengan sebatang besi adalah lebih baik baginya dari menyentuh kulit wanita yang tidak halal untuk disentuh.” (Hadis Riwayat Baihaqi)

7- Penyanyi tersebut hendaklah dari kalangan lelaki jika penontonnya adalah lelaki dan wanita manakala jika persembahan itu tertutup dan semua yang berkait dengannya adalah wanita maka dibolehkan penyanyi itu dari kalangan wanita. Ini adalah bagi mengelak segala fitnah dan punca kerosakan dari suara wanita dan pergerakan manja wanita yang menggoda.

Firman Allah SWT:

 “Maka janganlah kamu wahai wanita berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata- kata yang baik (sesuai dan sopan).” (surah Al Ahzab : 32)
Dan Rasulullah SAW juga bersabda:

 “Daripada Abu Malik al-Asy’ari daripada Nabi saw bersabda; Beberapa orang daripada umatku akan meminum arak dan menamakannya dengan bukan nama asalnya dan dialunkan muzik kepada mereka dan dihiburkan oleh penyanyi- penyanyi perempuan. Allah akan membenamkan mereka ke dalam perut bumi dan Allah akan menjadikan mereka kera dan babi.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
PERINGATAN Syaitan selalunya mengambil peluang dari hiburan yang melalaikan untuk menyesatkan dan melaghakan manusia. 

Allah SWT berfirman:
“Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.” (surah Al Lukman :6)
Bertitik-tolak dari itulah, satu garis panduan berkenaan hiburan disusun supaya kehalusan seni hiburan yang digariskan Islam itu dapat direalitikan.
KESIMPULAN Industri hiburan dan nyanyian yang harus dalam Islam adalah sesuatu yang sesuai dengan fitrah kejadian manusia, menghibur dan memberikan ketenangan kepada jiwa disamping mematuhi adab-adab Islam. Ini menuntut kesedaran yang tinggi dari pemuzik dan penggiat seni Muslim supaya membentuk industri hiburan tersendiri dan terpisah daripada pengaruh jahat Kuffar. Sebarang percubaan Kuffar untuk menghanyutkan umat Islam ke arah kemaksiatan, kemudharatan dan kefasikan mestilah dihalang beracukan penetapan dan susur galur Al Quran dan Sunnah Rasul SAW.