Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Saturday, February 26, 2011

bangga kejap...

salam..harini aku nak bangga kejap...nak tau pasal pe?...sebab blog aku kuar dalam top 5 list....cuba korang search "KEPUTUSAN PILIHANRAYA KAMPUS UTM"...ade kat rank #5...tetiba rasa cam femes jap...hahaha...pastu cerita pasal DIA pon ada kuar gak dalam top 5 list...cuba search "ORANG TAK SOMBONG"...blog aku kuar kat #4...hahaha..bangga tak?...tetiba je...sebenar tadi aku saje je belek-belek FEEDJIT LIVE aku...pastu tengok la semua readers blog aku..ade yang dari Jordan, US, Indonesia dan yang paling ramai mesti la MALAYSIA...hahaha...caya tak?...kalau tak caya jom tengok gambar bawah ni....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

ramainya pembaca jordan...(padahal sorang je kot..hahaha)
*klik gambar untuk tumbesaran


"keputusan pilihanraya kampus utm"....ramai gila GOOGLE pasal benda ni..xsangka pulak aku...hahaha
*klik gambar untuk tumbesaran

ni pulak senarai orang search..aku amik kat NUFFNANG aku...
*klik gambar untuk tumbesaran

*so pengajarannya kat sini, aku mesti update blog selalu pasal isu-isu semasa kalau nak DUIT NUFFNANG naik...tadi aku cek duit NUFFNANG aku..baru je rm10.40...padahal dah dekat setahun aku letak...hahaha

Tuesday, February 22, 2011

PILIHANRAYA KAMPUS UTM

selamat pagi sume....jam menunjukkan 3.24 pagi...sebenarnya aku bukan tak boleh tido...aku baru balik dari DSI tengok keputusan pilihanraya kampus UTM...keputusannya EVO menang 7-3...TEAM MERAH menang...hahaha...pastu pengetua ajak makan kat kuar...memang best gila la,..semua mintak makanan pelahap nye style...mula-mula mintak oblong, pastu order nasi goreng....sekali datang pulak domino pizza kat meja kitorang...kenyang gila wa cakap lu...hahaha...thanks pengetua walaupon bukan pengetua yang belanja sebenarnya..datuk mana entah...tu dia yang cakap la...ahhh tak kesah la sape belanja, janji kenyang gila....kan kan kan...abes je makan terus jalankan tugas terakhir sebagai jentera...kitorang kena cabut semua poster yang ada kat fakulti ngan arked angkasa....dalam pukul 3.15 tadi la baru abes semua....penat gila...pagi nanti ada kelas pukul 9...tak tau la aku sedar ke tak nanti...mintak-mintak la sedar...hehehe...sebenarnya aku nak citer pengalaman camne pilihanraya ni...memang aku tak sangka la keadaan dia camni...sama macam pilihanraya betul..ada yang menganjing...ada yang jerit-jerit la...macam-macam ada...hahaha..k la...nak tido...bubye

Saturday, February 19, 2011

KAN BEST KALAU AWAK ADE

salam...semalam aku gi PESTA LAYANG-LAYANG ANTARABANGSA kat PASIR GUDANG....masa aku nak gerak tu kat skudai ni hujan...so ingatkan tak jadi la nak gi....tapi aku ngan member teruskan gak hajat tu nak gi sana...rupa-rupanya kat sana tak hujan langsung....sampai je kat sana terus serbu gerai dulu sebab sume lapa...aku tak bape lapa sebab baru lepas makan lepas solat jumaat tu...so aku beli je la air...tengok gambar je la..malas nak citer sebab aku nak citer benda lain nanti...hehehe~


PARI, SOTONG, BUAYA


BUAYA kejar SOTONG....tak tau pulak aku buaya ni suka main kejar-kejar..kena pancut dakwat kang baru tau...hahaha


TEDDY BEAR, JERUNG, ape entah yang biru tu...aku lupa plk...hahaha


sape snap sape sebenarnya ni?...=p


layang-layang dak KECIK...hahaha


krew layang-layang UTHM UTM


COMEL SWEET tak kitorang?...hahaha


BUDAK PALING HENSEM POYO..hahaha


Thursday, February 17, 2011

KISAH TULANG RUSUK LELAKI

jom kita sama-sama bermuhasabah diri....tadi masa bukak fesbuk aku ternampak post pasal benda ni...jom kita sama-sama baca...layan~

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI   : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI   : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti)
Kamu, tulang rusukku.


Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur,
Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang
rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi
merasakan sakit di hatinya…




Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk
sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan
masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi
membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan
cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai
menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA
lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak
cintakan saya lagi !!”.

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga
berteriak “Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang
rusukku !!”


Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.


LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang
telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air
mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad
untuk berpisah. “Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi
Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”.

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha
mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi
sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di
hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana
banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah
dinding pembatas.


LELAKI   : Apa khabar?
WANITA: Baik… Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI  : Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan
kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu
nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.



WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz “Selamat tinggal..

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang
korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan
kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah
kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia
patahkan.



Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.
Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang
dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah
terlambat…

Kerana itu,  jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh
hati. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata
yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan
menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar
risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan
akibat yang akan diterima?

Wallahulam…


*percaya tak aku hampir menangis baca cerita ni?..aku terasa lain je bila baca benda ni tadi....mungkinkah DIA tulang rusukku?...wallahualam
*Pesanan utk DIA: sorry my dear...bukan saya taknak mesej, haritu bila saya nak mesej, boleh pulak tanya saya ni sape...orang lain pon terasa bila dapat mesej camni...kalau dah buang no tepon tu takpe la...saya tak kesah...yang penting saya dah cuba nak pulihkan keadaan....awak yang taknak....

ALHAMDULILLAH..TERIMA KASIH YA ALLAH

salam...minggu ni aku rasa minggu paling memenatkan...assignment bersepah sana sini....dan harini (rabu) baru la siap semuanya....perghhh lega....rasa tenang gila....tengah high beb...hahaha...pagi tadi aku fieldwork...nak kata penat, takde la penat gila...biasa-biasa je...walaupon group aku paling last settle fieldwork tadi atas sebab-sebab yang tertentu...abes je fieldwork teros balik kolej siapkan assignment spatial data yang aku rasa macam aku sorang je yang buat...aku cari bahan, aku edit, aku print, and lastly aku gak yang kena hantar...mana ahli lain?...tak tahu la aku...ade yang busy je memanjang...haizzzz.....apa yang best harini mestila time koQ..tadi kelab aku buat pembahagian kumpulan...dan surpriseeeeee!!!!!!!!...aku satu group ngan HATI....hahaha...@_@....tu je aku nak cakap sebenarnya....AKU NAK CAKAP YANG AKU SATU GROUP NGAN HATI....ADIOS

Sunday, February 13, 2011

BARANG APPLE BAIK PUNYA

aku nak wat iklan sikit hari ni...sape-sape yang teringin nak beli barangan apple dengan harga murah boleh la teruskan membaca...yang taknak pon kena teruskan membaca...hahahah..barangan apple ni kalau kita tengok kat kedai memang la mahal gila...tapi aku ada sorang kawan ni yang suruh aku promote barang dia...semuanya barang apple..kalau beli dalam kuantiti yang banyak dapat la diskaun sampai 50%...nak tengok barang-barang nye scroll sampai bawah....




APPLE IPAD
kuantiti: SOLD OUT


APPLE IPHONE4
kuantiti: SOLD OUT


APPLE MACBOOK PRO
kuantiti: SOLD OUT


APPLE MERAH BERPELEKAT
kuantiti: 13*


*CEPAT SEMENTARA STOK MASIH ADA


Saturday, February 12, 2011

manusia akhir zaman

ni lagi satu aku jumpa kat iluvislam tadi....pasal manusia zaman sekarang...korang baca la sendiri...malas nak explain panjang-panjang...

Pernah dengar mengenai teori "classical conditioning" di mana-mana?
Sama ada melalui buku-buku, majalah ataupun di internet?

"Classical conditioning" merupakan keadaan pemesongan minda yang mengarahkan anggota badan kita bertindak mengikut corak tertentu dengan didedahkan kepada stimulus tertentu.

Kajian asal mengenai "classical conditioning" telah didemonstrasikan oleh seorang saintis psikologi Russia, Ivan Pavlov pada tahun 1927. Ivan Pavlov menggunakan seekor anjing sebagai bahan ujikajinya untuk melihat respon anjing tersebut terhadap dua stimulus dalam dua keadaan yang berbeza:

*stimulus pertama – stimulus asal bersifat kekal

*stimulus kedua – stimulus tambahan, disertakan dengan stimulus pertama

Langkah pertama:

Anjing tersebut pada asalnya menunjukkan reaksi normal dengan menjelirkan lidah setelah diletakkan seketul tulang kegemarannya.

Langkah kedua:

Anjing tersebut didedahkan dengan "tuning fork" yang dibunyikan dengan nyaring. Tiada reaksi.

Langkah ketiga:

Tulang kegemarannya diletakkan di hadapan dan dalam masa yang sama, "tuning fork" turut dibunyikan dengan nyaring. Reaksi asal; anjing tersebut menjelirkan lidah terjadi.

Langkah keempat:

Tulang kegemaran dialihkan, "tuning fork" dibunyikan sekali lagi. Anjing berkenaan menjelirkan lidah.

Dapat disimpulkan bahawa anjing itu sendiri telah keliru dengan yang manakah respon yang sepatutnya diberikan seperti sebelum eksperimen tersebut dijalankan.

Kita manusia, mahukah jadi seperti anjing tersebut?

Kita sendiri jadi keliru, mana yang betul, mana yang salah, mana yang halal, mana yang haram.

Apa yang menyebabkan minda kita terpesong dalam beramal? Sekejap beramal, sekejap buat maksiat. Mungkinkah teori "classical conditioning" kerap berlaku dalam diri kita setiap hari?

Kita tengok ada yang bergaul bebas, perkara biasa.

Kita tengok ada yang yang tak tutup aurat, perkara biasa.

Kita tengok ada yang pandang ringan solat, pun perkara biasa.

Biasalah, dunia zaman sekarang.

Lama kelamaan, perkara biasa itulah yang terbiasa dengan kita. Semuanya terasimilasi dengan hidup kita. Orang lain buat, kita duduk sama, kita tengok saja, duduk diam dan buat-buat buta. Apa bezanya keadaan ini dengan stimulus kedua?

Alih-alih, jadilah kita seperti anjing eksperimen di atas.

Beramal dan bermaksiat nampak sama saja.

Moga menjadi peringatan untuk semua dan diri ini yang sentiasa alpa.

awak tak sombong kalau awak berfikiran macam ni...=)

dalam keadaan yang membosankan ni, tadi aku bukak la lawan web iluvislam...so aku terbaca la satu puisi kreatif ni...mungkin puisi ni sesuai ngan keadaan aku sekarang ni kot...kalaulah DIA berfikiran macam ni, aku tak kesah...sebab orang macam ni la sepatutnya yang aku cari...selamat membaca..=)

Sombongkah aku kiranya tidak mahu membalas pesanan ringkasmu?
Sombongkah aku jika membiar sepi YM darimu?
Sombongkah aku jika aku hanya membiarkan panggilan darimu berlagu tidak berjawab?

Ya,aku memang sombong.
Namun aku sombong bertempat!
Bukan pada semua.

Tapi hanya padamu,lelaki ajnabi yang tidak halal buatku.
Pantaskah aku membalas SMS mu kiranya luahan rindu yang kau ucapkan?
Perlukah aku membalas YM mu jika omongan cinta yang kau ingin bicarakan?
Haruskah aku berbual denganmu jika tiada perkara penting yang mahu dibincangkan?

Kau bukan suamiku,perlukah kita melakukan semua itu?
Tepuk dada,tanyalah imanmu sendiri wahai teman.

Maaf aku tidak sanggup melakukan semua itu jika murka Allah yang ku dapat
Jika kerana sikapku ini kau memanggilku sombong, nah silakan.
Aku tidak peduli.
Jika kerana ini kau memandangku seorang yang kolot
Aku masih juga tidak peduli
Apalah sangat pandanganmu jika dibandingkan dengan pandangan murka Tuhanku

Kiranya aku mengikut kemahuanmu
Aku lebih takutkan Tuhan yang menjadikan kau dan aku.

Sebelum tiba masanya, biarlah kulabuhkan dulu cintaku pada-Nya
sebelum kulabuhkan cintaku kepada yang berhak keatasku kelak
Hanya untuk suamiku,cinta halal bagiku.


so camne?...memang padan la ngan aku kan...dia langsung tak reply YM aku...formspring aku...mesej?...malas nak mesej...kol?..malas nak kol....sebab aku tau dia selalu online...kalau mesej tu macam buang masa je...bazir kredit pulak tu...ALLAH tak suka orang membazir ni...membazir amalan syaitan...lain la kalau takde connection internet ke..tu aku tak kesah la....

aku dah 50..korang?

yes...ni entry aku yang ke-50..korang ade ke?..takde kan...hahaha....padahal dah lama ada blog baru sekarang nak sampai 50...ish3...tadi aku ada dinner kelab..kelab apa?..yang tu kita tak tau...dinner kelab PEMETA PEMADAM la...agak simple la dinner tadi...maklumlah semua ahli bayar 7 rupiah ringgit je...so kira berbaloi la...ok malas nak citer pasal dinner...aku nak citer pasal SNK pulak..sape SNK?..ape kena SNK ngan aku?..ni jawapannya...SNK ni dak matrik aku dulu..satu kuliah....aku pernah usha dia dulu masa kat matrik...tapi nak wat camne kan...pemalu cam aku...hahaha...sebab suka kat dia sangatlah aku apply masuk UTM ni...nak tau camne?..biarlah rahsia...kihkihkih...masa sem satu dulu ade la terserempak ngan dia..tu pon kadang-kadang je jumpa dalam bas..kolej aku ngan dia sebelah-sebelah je...aku K11 dia KTHO...entah camne sem ni aku boleh sama koQ ngan dia pulak...ada jodoh balik kot...hahahaa....alamak terlebih sudah...tadi masa dinner aku tengok dia sweet sangat...macam nak cubit-cubit je pipi dia...tapi tak boleh..sebab dia duduk meja sebelah...kahkahkah...full name SNK ni tak payah korang tau...kang abes kena nganjing lagi....k bye

Friday, February 4, 2011

selamat tahun baru

salam....lagi sehari nak balik baru nak update ini blog kan...seminggu bercuti tak tau nak buat apa...tajuk kat atas takde kena-mengena pon sebenarnya...hahaha...sebenarnya aku nak update pasal aku main bowling...ini je la kerja aku bila time cuti...aku malas nak type panjang-panjang sebenarnya ni...so aku upload la gambar...hehehe




game 1st aku menang...asik dapat spare je...hahaha




2nd game aku kalah...sob..sob...=(


3rd game aku kalah lagi...#$@%@#^$@#@

game ke-4 aku x sempat nak snap gambar...tapi aku ade amik jumlah markah...cepat tengok..kikiki


ni lah markah aku...untuk julung-julung kalinya semua game yang aku main dapat markah >100...hee~



ni pulak markah kawan aku...hahahah...dia ni la yang selalu bawak aku jalan-jalan...bukan sebab aku takde kereta...mak aku tu yang tak bagi bawak...sebenarnya aku da boleh bawak...kompem...yakin 100%...tapi nak wat camne kan...kena dengar cakap mak...huhuhu