Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Thursday, March 31, 2011

Tuesday, March 29, 2011

dah sampai seru

salam...ada tak antara korang yang suka baca buku tebal-tebal macam novel tu???...kalau aku, nak kata suka tu takde la suka sangat, tapi bole la untuk mengisi ruang-ruang kebosanan tu...hahaha...semalam aku pegi PESTA KONVO kat U aku...UTM la..mane lagi...orang ramai gila semata-mata nak dapat barang murah...maklumlah hari last la katakan...hajat aku nak pegi sebenarnya nak cari sweater tapi apakan daya semua tak cun + lawa pon...pastu main longgok je...malas aku nak korek-korek...hahaha


pastu pegi makan char kuew tiaw...senangnya nak untung jadi peniaga ni...cakap je jenis makanan yang cepat siap, kompem pelanggan nak punya...lagi-lagi makanan yang cepat siap tu harga dia memang paling mahal la...nak tipu pon agak-agak la...tapi disebabkan perut yang lapar ni kan..aku lenjan je la...haihhhh


abes je makan, aku jalan-jalan lagi...pastu terjumpa la booth MPH book...dan aku ternampak la sebuah buku yang memang aku teringin sangat nak baca...nak tau buku ape????tengok kat bawah...
.
.
.
.
.
.

buku ni hasil gabungan dari buku-buku sebelumnya...buku-buku tu ade kat bawah ni....
.
.
.
.

ni lah buku asalnya...mulanya aku nak beli yang kaler hijau...aku tau buku yang hijau tu masa tengok dtama HANI...hehehe...(jiwangnya dak ni)
sekali abang tauke tu cakap baik beli yang gabung tu je terus...dapat jimat daripada beli sebuah-sebuah...betul gak tu..tapi buat masa ni aku taknak beli dulu...nanti la time cuti 4 bulan nanti aku beli...insyaALLAH

so buat sape-sape yang tanya aku pasal status YM @ skype tu...ni lah sebabnya...aku nak baca sangat buku ni...bukan nikah ngan sape-sape pon...lolx~









Wednesday, March 23, 2011

ini ke yang dinamakan profesionalisme?

salam...cuba korang bayangkan, korang tengah ada meeting ni...tengah sedap dengar perbincangan tu, tiba-tiba topik pasal personal life pulak timbul...isu pasal ketidakpuasan hati seseorang kepada seseorang yang ditulis dalam blog @ facebook @ mana-mana social network yang berkaitan...dah la topik tu ada kena-mengena ngan korang...korang bengang tak?


aku ni takde la kesah sangat pasal benda ni, cuma agak terkilan la sebab kenapa persoalan ni yang dibangkitkan sedangkan ada je banyak isu yang sepatutnya dibangkitkan...


contohnya isu ketepatan masa...korang tau tak adab menuntut ilmu?...dalam menuntut ilmu ni, menepati masa tu sangat penting untuk memastikan keberkatan menuntut ilmu tu..aku ni takde la selalu tepati masa, cuma sepatutnya isu ni la yang patut dibangkitkan, bukannya pasal personal...apa ke nerakanya semua ni ha...rasanya tu je la aku nak luahkan...so lepas ni takde la dibangkitkan kembali isu ni ye...soal personal kita ketepikan dulu, kalau perlukan bantuan baru kita tolong...adios


*ni luahan salah seorang sahabat masa kitorang on de way nak balik kolej...so fikir-fikirkan dan selamat beramal


"butuh pak hang"...hahaha










Tuesday, March 22, 2011

Saya budak baru belajar

salam...sepuluh minit lagi nak pukul 5 pagi..aku tak tido-tido lagi...baru je lepas COPY siapkan assignment astronomi lapangan...serius tadi ngantuk gila masa nak wat assignment tu..pastu bila dah siap, mata jadi segar bugar pulak...terus rasa nak update ini blog...hahaha...tapi aku tak tau nak update apa la...so kita stop sampai sini je..nanti aku sambung...hahahah


ni gambar aku edit masa BENGKEL PHOTOSHOP hari Sabtu lepas...
cantik tak?..sape setuju, aku belanja dia LOLIPOP...hahahah







Thursday, March 17, 2011

tak tau nak letak tajuk ape...

salam..selamat pagi semua...dah nak pukul 4 pagi ni..tapi aku masih tak tidur lagi ni..kenapa?...siapkan assignment la..apa lagi..sem ni nampak je kredit hour sikit (15 JE), tapi dia punya tahap kebusyan dah macam orang kerja ofis dah..kerja ofis pon tak busy macam ni..huhu...nak buat macam mana, inilah kehidupan mahasiswa yang sebenar...so jangan mengeluh + meraung + merajuk....ini semua untuk masa depan kita juga...huhu..okay la...tu je aku nak update sebenarnya...mata aku dah makin kuyu dah ni...tak tau la esok sedar ke tak..silap-silap tak pergi kelas pulak esok...bye..adios...salam

*aku saje letak iklan kat setiap entry...nak suruh korang klik...derma la sikit...nak buat perbelanjaan kahwin nanti...hahaha






Wednesday, March 16, 2011

sekadar renungan untuk bersama

salam...pagi-pagi camni eloklah kita bermuhasabah diri kejap...tak lama mana pon...tadi kat FB aku jumpa cerita ni...so anda bacalah ye...semoga memberi manfaat kepada anda...




Bermalam Di Katil Seorang Lelaki




Kisah berlaku waktu satu rombongan guru pelatih membuat rombongan ke tempat bersejarah. Bila sampai ke tempat yang dituju para guru pelatih mendapati tempat tersebut merupakan satu yang tidak pernah dikunjung oleh sesiapa…lengang, sepi!


Maka guru pelatih bermula turun untuk melihat kesan sejarah yang ada di tempat tersebut. Pada permulaan, mereka berkumpul bersama melihat kesan sejarah yang ada. Lebih kurang sejam selepas itu mereka berpecah menuju ke tempat sejarah yang mereka sukai.


Nak jadi cerita, seorang guru pelatih perempuan yang begitu tekun mencatit dan mengarang maklumat yang ada pada kesan sejarah tersebut, tanpa disedar,dah tertinggal.


Yang trainer pulak ingat semua cikgu-cikgu dah ada dalam bas, so mereka bertolak untuk balik.


Cikgu pelatih yang tertinggal tu mula gabra…menjerit sekuat hati, cemas giler panggil kawan-kawan dia dan pelatih yang lain. Tapi hampa.


So dia tekad berjalan nak keluar dari tempat berkenaan menuju ke kampung berdekatan. Sejam berjalan tetapi masih tidak menjumpai sesiapa. Startlah letih dan menangis panggil mak ayah.


Pusing pusing nampak satu pondok kecik berdekatan dengan tempat tu. so dia pegi ketuk pintu. Keluar seorang pemuda anggaran umur linkungan lewat 20an dan bertanya: siapa kamu? Jawablah cikgu tadi yang dia tertinggal bas rombongan, dan tak tahu nak pulang.


Berkatalah lelaki tadi bahawa tempat yang ingin ditujunya berletak di selatan dan tempat mereka berada di utara, dan tempat tu memang tak didiami sesiapa. Maka menangislah cikgu tadi bagai orang hilang akal…


Disebabkan kesian, lelaki tu menyuruh cikgu tadi bermalam dipondok dia je sementara tunggu subuh untuk di hantar pulang.


Cikgu tu disuruh tidur atas katil lelaki tersebut manakala lelaki itu tidur atas lantai berhamparkan kain je dan ambil sehelai kain lain digantung sebagai pengadang tempat tidur antara dia dan cikgu tu.


Lelaki tadi duduk dipenjuru pondok dan membaca buku. Yang cikgu tu tutup seluruh badan dia ngan kain gebar menahan menangis dek takut dan tak henti matanya mengawasi lelaki misteri tu.


Tiba-tiba lelaki tu tutup buku dan pergi kat lilin yang menyala dan membakar jarinya satu persatu.
Cikgu tadi apalagi, bertambah kecut perut takut kerana berfikir bahawa lelaki tersebut mengamalkan ilmu songsang.. mengeletar giler maut… Maka kedua-duanya tidak tidur sehingga pagi…


Bila menjelang pagi lelaki tersebut menghantar cikgu tadi ketempat asalnya.


Bila dah sampai rumah, cikgu tadi pun menceritakan apa yang terjadi kat mak bapak dia. Bapak cikgu tu dengan seribu satu persoalan mengesyaki sesuatu berlaku, sebab tengok anak dia nampak sakit, pucat lesi dan takut amatlah sangat.


Si bapa pun pergi ke tempat yang dimaksudkan anaknya tu. Menyamar sebagai pemburu yang tersesat dan bertanya tempat tuju. Dalam hati si bapa tadi hairan tengok jari jari tangan lelaki tadi berbalut dan bertanya kenapa…


So lelaki tu pun cerita bahawa dua malam lepas datang seorang perempuan cantik elok paras rupa untuk tumpang bermalam dipondok beliau. Dan sudah tentu pada ketika itu syaitan iblis sudah berada bersama mereka. Disebabkan takut terjadinya perkara yang tidak diingini berlaku, beliau membakar jarinya satu persatu supaya dapat menghindarkan diri dari berfikir memperkosa perempuan tersebut.


Mendengar penerangan lelaki tersebut si bapa mempelawa lelaki berbalut jari itu datang kerumahnya dan berhajat mengahwinkan anaknya kepada lelaki tersebut.., tanpa pengetahuan lelaki tu yang bahawasanya perempuan yang akan dikahwininya adalah perempuan yang menumpang tidur di katil nya 2 malam yang sudah…


MORAL CERITA :


Apabila kita nak lakukan dosa, cubalah kita letakkan tangan kita di atas api. Jika kita mampu menahan kepedihan api tanpa rasa sakit, lakukan dosa tersebut TETAPI jika kita tak mampu???
Ingatlah bahawasanya api di dunia ini telah di hilangkan bisa neraka selama beribu2 tahun baru diletak di dunia ni, dan cuba kita bayang dan rasakan kepedihan api sebenarnya iaitu Api Neraka..






Fizik, Fizik, dan Fizik

salam....lama dah tak update ini blog...banyak benda nak update sebenarnya tapi sensitiviti punya pasal, aku terpaksa cancel...huhu..ok la...tadi tengah godek-godek facebook, aku terjumpa la satu dialog ni...selamat membaca ye...=)

CINTA BUDAK FIZIK
Jejaka : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku dibahagi isipadu jantungku. 
Masihkah kau tidak membuatsebarang anggapan??
Gadis : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.
Jejaka : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.
Gadis : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yang kuberikan.
Jejaka : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar.
Gadis : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.
Jejaka : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yang kau berikan.
Gadis : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yg mempunyai janji-janji manis yang bergerak secara rawak.
Jejaka : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melalui proses pencaran dan perolakan.
Gadis : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?
Jejaka: Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu
Gadis: Adakah kita akan berpadu secara kimia?
Jejaka: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.
Gadis: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak balas dengannya.
Jejaka: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.
Gadis: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitude dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak percaye?
Jejaka: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.
Gadis: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah
tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg seragam.
Jejaka: Kau harus bersabar, kerana sabar itu adalah unsur-unsur dari iman.
Gadis: Tapi, imanku adalah infiniti!
Jejaka: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau blum mendarabkannya dengan 6x10^23
Gadis: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.
Jejaka: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.
Gadis: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku sendirian...



*aku rasa newton pon tak pernah terfikir nak buat ayat-ayat camni time couple dulu-dulu...maklumlah, dunia dah maju, kenalah ikut peredaran zaman...ayat kena tukar...hahaha






Friday, March 11, 2011

semoga kau berbahagia dengan orang tersayang...=)

salam...selamat petang semua...apa aktiviti korang petang-petang camni ye?...aku yakin mesti ada yang asik tidur je...hahaha...(padahal baru je bangun ni)...tadi aku baru je baca blog sorang classmate aku ni...dan aku tak sangka pulak dia luahkan rasa simpati dia kat aku pasal apa yang terjadi kat aku...tapi yang peliknya entri tu dia post dah lama cuma aku baru je perasan sebab dia tukar link blog dia...patutlah lama tak nampak kat dashboard....sebenarnya aku tak kesah pon pasal benda ni...benda dah nak jadikan..aku sebagai seorang manusia kena reda'...mungkin pasni ada yang lebih baik untuk aku...ibarat pelangi selepas hujan...lebih kurang camtu la kot..hahaha...(sedapkan hati)...so kat bawah ni antara teks ucapan beliau...siapa?...korang tak perlu tahu...pandai-pandai cari sendiri...tak susah pon.hahaha
.
.
.
title: kadang-kadang gajah kat depan mata kite x nmpk...

...(aku terpaksa delete INTRODUCTION dia sebab panjang sangat...tak payah baca pon tak apa)...

well, member kpd member kpd member kpd member aq nie kan..
( brp byk member, aq pown x ingat)
yg pasti owg nie member aq
memang siez lah kesian kat dy
aq br jew TERbaca blog dy nie kan
bg aq niat dy nak meluahkan rasa 2 bukan lah niat nak mengguris hati minah nie
tp sekadar nak bgtau pe yg dy rase
lagi2 bila owg yang mmg dy suke mcm men2 kan dy jew
so otteoke???
rasa nya aq sendiri pernah bagi nasihat kat dy
pentingkan rasa hati kau
kalau ko nak tunggu gak minah 2
pastikan ianya berbaloi
jgn mcm aq
tunggu punye tunggu
last2 dy dah berpunya
naseb baek tyme 2 aq dah berhenti tunggu dy

sian plak kat member aq nie
aq pernah tanya kat dy nie
ko x rasa sakit ke bile tgk minah nie blh jew layan owg len tp x tok ko??
aq soh dy pikir
soe lah k pada minah 2,
mayb ko rase mcm aq tikam ko dr belakang
tp dy pown kawan aq jugak
4 sure, ingat kata aq
andai minah 2 bukan ditakdirkan bersama ngan ko, 
ada yang lebih baik tok ko

yang minah nie plak
ntah lah
dy pown member aq jugak
so soe k dear
but sometimes aq rs mmg ko bg harapan kat dy
kalau ko rasa ko mmg x nak kat dy, nape ko bg harapan kat dy
xkan lah ko x tau pe yang pernah aq rasa dulu
ko lupe ke???
bile owg yg kite minat 2, bg jew 1 mesej
even bende 2 x penting sekalipun
bende 2 dah macam segunung harapan yang ko dapat
soe dear,
kalau ko marah aq ke, aq x kisah
tp thats the truth..
bile dy wat entry cam 2
suppose 2 be ko patut paham keadaan dy
mmg betul, cara dy tegur ko 2 salah
but, mayb dy dah xleh nak tahan
cbab 2 kadang2 apa yang kite rasa betul
x semesti nyew betul
kadang2 dengan cara teguran cam2 br kite akan rasa nak sedar kesilapan kite
kalau lah dy tegur kesilapan ko 2 mcm yang pernah dy wat b4 nie,
ko rs, ko akan sedar silap ko????
belum ten2 kan..
so, xyah arr nak post status cam 2 sekali
aq tau lah maybe ko bengang ke ape
tp bile ko pikir2 balik, rasa nyew
tn2 ko paham pe yg aq ckp kan???

soelah kalau entry nie buat sapa terasa
memang aq tujukan tok 2 owg sahabat yang aq sayang
soe geng,
tp, kite owg x suke arr tgk lau 6t korang bermasam muka
kite ada 4 tahun agy
kalau dalam tahun 1 dah macam nie
3 tahun agy cam ne korang nak lalui???

bende bukan sekadar nak "aim" korang jew
tp sebagai peringatan tok diri aq jugak
aq pown x lah seperfect mana pown
cbab 2, aq harap sangat kalau lah aq de wat silap
pleazzzzz ma dear fwenzzz
tegur aq..
sebab, bagi diri kita,
kuman kat PERANTAUAN kite boleh nampak,
tapi gajah kat depan mata???/
.
.
.
ha...amacam?...bestkan ayat dia...cuma ayat last sekali tu aku ada edit sikit sebagai penambah perisa kepedasan tu...hahaha...walaupon aku dengan dia dah okay sikit...sikit je la...hahaha...okay la...malas nak explain panjang-penajang..nanti ada yang terluka lagi...
nak out dah...malam ni plan nak gi tengok wayang...biasa la hidup kat U ni...pantang ada duit sikit, terus je keluar...cuba la simpan untuk masa depan, nak buat kerja kahwin nanti...hahaha..gatai noe...chow...adios..wasalam

sampai bila nak mengamalkan demokrasi?

Assalamualaikum....selamat pagi semua...sebenarnya aku baru balik bilik ni..tadi ada program kat kempas sampai pukul 12.00 am...nak tahu program apa?...program ni dinamakan HIZBUT TAHRIR..apa benda tu?...HIZBUT TAHRIR ni merupakan satu organisasi yang memperjuangkan sistem khalifah yang pernah digunapakai ketika zaman khulafa' ar-rasyidin...untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh tanya pak cik google tentang 'HIZBUT TAHRIR'...sekian..wasalam

*tajuk tu saje je nak kasi gempak...tapi ada kena-mengena dengan hizbut tahrir ni...anda google la sendiri

Saturday, March 5, 2011

kisah suatu petang

hujan yang turun seakan memahami perasaan aku ketika itu...dengan hati yang sedih, kuharungi juga hujan itu bersama seorang sahabat menaiki sebuah motor...kebetulan dia mahu pergi ke larkin, dan aku ingin ke seri puteri...dalam kesejukan, aku teruskan juga hajat nak balik rumah...dengan tiket berharga RM10.70 dapatlah aku sekeping HATI tiket ke BATU PAHAT...kesejukan yang terlampau didalam bas mampu menembusi sweater hijauku...tiba-tiba aku terasa satu aura di dalam badanku...makin kutahan makin sakit...aku berusaha untuk melawan aura tersebut...kira-kira satu kilometer sebelum sampai stesen bas batu pahat, driver bas ini mencari pasal dengan ku...dia memberhentikan bas di stesen minyak untuk refill diesel...kalau boleh aku nak je turun dari bas tu, tapi aku tahan juga aura ni...arghhh~
sampai saje di stesen bas, aku terus mencari LAMBORGHINI PERSONA mak aku...ketika sedang mencari-cari, tiba-tiba lalu lah satu makhluk yang gayanya saling tak tumpah seperti orang gila...


"kaya..kaya..kaya..."jerit makhluk itu...


aku semakin pelik melihat kelibat orang ramai di satu penjuru...aku mengekori langkah makhluk itu...oh DAMNIT...rupa-rupanya makhluk itu sedang berlakon...dan muka aku jelas sedang dirakam oleh cameraman bertauliah...aku terus memalingkan muka dan melalui jalan lain untuk mencari LAMBORGHINI PERSONA mak aku..akhirnya kutemui juga...sampai saja dirumah aku terus campak beg dan terus serbu ketandas untuk memuntahkan urine yang terkandung dalam badan ku ini...itulah aura yang kumaksudkan tadi...hahaha


*jangan tiru aksi ni..berbahaya..kena batu karang baru tahu...hahaha
*agak-agak cerita apa yang diorang berlakon tadi tu ek?..aku lupa nak tengok siapa pelakon-pelakonnya...

Wednesday, March 2, 2011

suatu malam yang hening

di suatu malam yang hening, ada seorang budak ni tengah study BAHASA JEPUN...bajet nak stay up sampai pagi la tu...tiba-tiba datang seorang senior yang bajet otai suruh budak tu bancuh maggie...


"oit...nah amik maggie ni pastu ko hidangkan depan aku," kata senior tu...


dengan rasa geramnya budak tu pon ikut je la perintah KING tu...menuruni tangga untuk mencari sumber air panas...lepas je letak air panas, budak tu pon letak la perencah sekali tanpa melihat MODEL maggie tersebut...dengan langkah yang berat, budak tu pon naik la ke atas balik untuk menghidangkan maggie kepada KING tersebut...sesuadah menghidangkan maggie tersebut, budak tu pon terus naik keatas katil tanpa menoleh kanan kiri.....


"oit....kau sedar tak apa kau buat ni?"tanya senior tersebut kepada budak tu...


"sedar la...tak kan aku bermimpi pulak tadi...kenapa?"reaksi pelik jelas terpancar dimuka budak tersebut..."ada apa-apa salah ke?"


"kau tau tak ni maggie apa?" senior itu menambah lagi "ni maggie goreng la....kau tau tak"....


"eh?..yeke...abes tu yang aku buat tu maggie apa?" budak tu pon cepat-cepat pergi kearah senior tu...dan melihat maggie yang dibuatnya tadi...oh damnit..camne maggie goreng boleh ada kuah?...hahaha....


THE END


*budak yang buat maggie tu aku sebenarnya...hahaha...benda ni terjadi masa aku kat SAMURA dulu...
*pengajaran: setiap apa yang kita lakukan, keikhlasan tu mesti ada walau berat macam mana sekalipon tugas tu...(benda yang baik-baik je la)
*untuk dia: senyum tau awak...camni =)....jangan sedih-sedih dah...kalau awak sedih, saya pon sedih