Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Tuesday, April 26, 2011

ujian personaliti

Assalamualaikum. Minggu ni kebanyakan universiti mengalami musim peperiksaan. Begitu juga dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tempat aku bertapa sekarang ni. Dalam kesibukan anda yang tengah study tu, cuba berehat sebentar dengan membuat ujian personaliti ni. credit tu Syazwani Aziz

Situasi (Bukan lagu Bunkface):

Anda berada di dalam hutan

(1) nyatakan dengan siapa anda berjalan?

sedang anda berjalan tiba-tiba terserempak seekor haiwan
(2) nyatakan apakah haiwan itu

(3) tindakan anda terhadap haiwan itu
(biarkan dan pandang je/lari dari haiwan itu/ dapatkan haiwan itu)

anda teruskan perjalanan..tiba-tiba ternampak segugus kunci
(4) nyatakan bilangan kunci itu
(dari 1-10 anak kunci)

anda teruskan perjalanan, tiba2 anda ternampak sebuah rumah di tengah hutan.

pada fikiran anda..
(5) adakah rumah itu berpagar?

(6) pintu rumah tu terbuka atau tertutup?

anda pun masuk ke rumah itu. pergi ke ruang tamu dan ternampak meja.

(7) apakah bentuk meja itu?
(Bulat/ Oval / Segiempat / Segitiga)

atas meja ada pasu...


(8) Berapa banyak air dalam pasu itu?
(Penuh / Setengah / Kosong)

(9) Pasu itu diperbuat daripada apa?
[(Kaca / seramik / tanah liat) (logam / plastik / kayu)]


Anda teruskan perjalanan ke belakang rumah. anda melihat sebuah air terjun dari jauh.
(10) Berapakah laju air itu?
(1-10 : 1-perlahan 10-paling laju)

anda terus berjalan dan ternampak sebuah taman. tiba-tiba anda ternampak sebuah kotak peti.
(11) Apa ukuran kotak itu?
(kecil / sederhana / besar)

(12) kotak itu diperbuat daripada?
(cupboard/ kertas / kayu / logam)

tak jauh dari taman anda ternampak sebuah jambatan.
(13) jambatan diperbuat daripada apa?
(logam / kayu / rotan)

Di seberang jambatan, ada seekor kuda.
(14) Apakah warna kuda itu?
(putih / kelabu / coklat / hitam)

(15) Apa yang kuda lakukan?
(diam dan tenang / menggigit rumput / berlari)

(16) TIBA-TIBA...tanpa disangka ribut tornado datang.... tak jauh
daripada kuda. Anda mempunyai 3 pilihan:
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan terus pergi?


Berikut adalah tafsiran:


(1) dengan siapa anda berjalan merupakan orang yang paling dekat dan rapat di hati anda.

(2) haiwan yang anda jumpa simbolik kepada masalah yg anda hadapi. saiz haiwan yang besar menunjukkan anda menganggap sesuatu masalah itu besar

(3) tindakan anda kepada haiwan merupakan tindakan anda kepada masalah yang anda hadapi. kalau anda lari dari haiwan maksudnya anda memang suka lari dari masalah

(4) kunci
1 - kamu punya satu teman baik dalam hidup anda
2-5 - anda mempunyai beberapa teman baik dalam hidup anda
6-10 - anda punya banyak teman baik

(5) rumah
berpagar : close-minded
tidak berpagar : open minded

(6) pintu
terbuka : senang berkongsi dan bercerita masalah atau diri kepada orang lain
tertutup : tak suka bercerita dan rela memendam nye

(7) Meja
Bulat / oval - teman yang datang, anda akan menerima dan mempercayai mereka sepenuhnya
Persegi - anda sedikit lebih cerewet tentang kawan-kawan dan hanya boleh geng dengan orang yang anda fikir sama frekuensi sahaja
Segitiga - kamu benar-benar sangat sangat pilih-pilih teman-teman dan tidak ada banyak kawan dalam hidup anda

(8) Pasu
Kosong - cita-cita dan keinginan hidup anda tidak terpenuhi
Setengah penuh - apa yang anda inginkan dalam hidup anda adalah setengah dah tercapai
Penuh - hidup anda benar-benar terpenuhi dan baik untuk kamu!

(9) kaca / tanah liat / seramik - kamu lemah dalam hidup anda dan cenderung menjadi rapuh
logam / plastik / kayu - and kuat dalam hidup anda

(10) air terjun
0 - tidak ada dorongan seksual sama sekali
1-4 - ghairah seks rendah
5 - ghairah seks sederhana
6-9 - ghairah seks tinggi
10 - ghairah seks sangat tinggi ...

(11) Saiz kotak:
kecil - ego rendah
menengah - ego sederhana
besar - ego tinggi

(12) material peti:
cupboard/ kertas / kayu (non-bersinar) - rendah hati kepribadian
logam - bangga diri

(13) Adapun material jambatan:
jambatan logam - punya ikatan yang sangat kuat dengan teman-teman anda
jambatan kayu - hubungan sederhana dengan rakan-rakan anda
rotan - anda tidak berada dalam hubungan baik dengan teman-teman

(14) Warna kuda:
putih - pasangan anda adalah murni dan baik dalam hati anda.
kelabu / coklat - pasangan anda sederhana di hati.
hitam - pasangan anda sepertinya tidak begitu baik di hati dan tampaknya menjadi pertanda buruk.

(15) tindakan kuda:
diam dan tenang / menggigit rumput - pasanganmu adalah sangat sederhana dan rendah hati.
berlari-lari - pasangan anda adalah liar dan agak sukar dikawal

(16) Ini yang terakhir tapi yang paling penting bagian dari ujian ini.
Dari bagaimana saya menamatkan cerita ... pendekatan tornado ...
Apa yang akan kamu lakukan? Hanya ada 3 pilihan:
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan pergi?

Apa yang akan anda pilih?
Sekarang, di atas ini ditandai dengan hal-hal ini:
Tornado - masalah dalam hidup anda
peti - anda
Jambatan - kawan-kawan anda
Kuda - pasangan

(i) Jadi, jika anda memilih kotak, anda bergantung kepada diri sendiri setiap kali anda menghadapi masalah.
(ii) atau jika anda memilih jambatan, anda akan pergi ke kawan-kawan setiap kali anda menghadapi masalah.
(iii) atau yang terakhir jika kamu memilih kuda, anda mencari pasangan anda setiap kali anda menghadapi masalah.

Adakah ia benar-benar melambangkan diri anda? fikir-fikirkan...



Friday, April 22, 2011

REVIEW FILEM: LBS

salam. selamat petang semua. petang-petang macam ni agak best kalau buat blogwalking. so tadi aku baca la satu blog ni. memang cam **** la blog dia. menganjing habis. salah satunya yang ni.
*
*
*
*
*


Sinopsis dia pon agak menganjing la. aku malas nak citer pasal sinopsis takut blog aku jadi macam blog ni. orang masuk blog dia sebab search yang bukan-bukan. hahaha. nak tau sinopsis dia baca sini.






HINGUS WARTAWAN "MELELEH" SEMASA BUAT LIPUTAN


TORONTO - Seorang wartawan di Kanada, Saphia Khambalia merah padam apabila hingusnya meleleh dari hidungnya semasa dia membuat liputan di depan kamera dan disaksikan oleh penonton, lapor sebuah akhbar semalam.

Insiden yang memalukan itu berlaku baru-baru ini semasa wanita itu yang bekerja untuk stesen televisyen City TV News Toronto membuat laporan langsung di sebuah dewan di sini.

Ketika itu, dia membuat liputan mengenai keha
diran pelakon popular Hollywood, Charlie Sheen di bandar ini.

Semasa kali pertama hingusnya keluar, Khambalia, 23, menyapunya dengan menggunakan rambutnya tetapi sejurus kemudian, hingusnya masih lagi meleleh.

Bagi mengelakkan dirinya daripada terus malu, dia segera menamatkan laporannya apabila melihat hingusnya terus meleleh dan mengenai mikrofon yang dipegangnya.









Tuesday, April 12, 2011

main basah-basah di BP


assalamualaikum pembuka bicara,
lama dah kita tak jumpa,
harini aku nak update pasal apa,
sukati aku la nak update apa...

tak pernah-pernah aku wat pantun, tetiba pulak rasa nak wat pantun untuk entri ni...tak kreatif pulak tu...huh..hujung minggu lepas aku dengan coursemate aku pergi wet world Batu Pahat (BP)...aku ni hidup kat BP dah dekat 20 tahun dah, tapi sekali pon tak pernah jejak kaki kat sana...so minggu lepas kitorang pergi la sana walaupon hari dah lewat petang...walaupon dapat mandi sejam lebih je tapi rasa puas...hahaha...okay tengok gambar je la eh...huhu



pintu masuk wet world









muka sebelum mandi




badan ngan pelampung sama saiz...wakaka~




errr~




ha!!!pikir lain la tu...hehehe









ni dolphin ye...bukan kuda...=)




muka selepas mandi
*jangan tengok apa yang aku cover tu...hahaha



credit to abang wetworld sbb amikkan gambar kitorang....hehehe







Thursday, April 7, 2011

selamat tinggal P

pejam celik pejam celik dah dua tahun aku dapat lesen memandu...dan harini adalah hari terakhir lesen aku hidup...sob sob...T_T....sepanjang aku ada lesen ni, berapa kali je aku drive kereta...boleh dikira dengan jari kaki...bukan sebab takut okay....adalah sebab-sebab yang tak dapat dielakkan...hehehe...tu je aku nak update malam ni...sebab hati tengah berbunga-bunga sekarang ni...hahaha...




gua ada lesen...lu ada???








Tuesday, April 5, 2011

MAWARKU


MAWARKU


Hatiku resah,
Melihat sekuntum mawar hilang serinya,
Layunya dipetik tangan-tangan nakal,
Dikasari dengan kejam,
Adakah layaknya layanan seperti itu kepadamu?
Namun, adakah itu salah tangan-tangan yang memetikmu,
Atau dirimu terlalu mekar indah di taman,
Sehingga membangkitkan nafsu yang melihat.


Mawarku,
Tintaku tiada hentinya di sini,
Kau terlalu cantik,
Sehingga Allah menurunkan wahyu kepadamu,
An Nisa' menjadi saksi peraturan kepadamu,
Bahawa dirimu berhak dilindungi lelaki soleh.


Mawarku,
Usah kau pamerkan perhiasaanmu,
Usah kau megahkan kecantikanmu,
Kerana dirimu sememangnya perhiasaan dunia,
Setiap inci tubuhmu bakal menjadi santapan durjana,
Sekiranya kau biarkan kecantikan dirimu terdedah.


Mawarku,
Biarlah kau umpama mutiara terlindung,
Hanya dimiliki oleh insan yang ditakdirkan olehNya,
Allah itu adil dan saksama,
Walaupun kau insan lemah,
Namun imanmu jangan dibiarkan lemah.


Mawarku,
Jangan biarkan kelopakmu gugur menyembah bumi,
Lindungilah dirimu dengan shauqahmu,
Balutilah dirimu dengan sifat malu,
Jagalah akhlak dan imanmu,
Peganglah pada prinsip yang satu Innallahhama'ana..


*hayatilah puisi ini wahai kaum hawa...tidak lupa juga kepada kaum adam...


CREDIT TO ILUVISLAM








menegur secara berhikmah


salam...dalam kehidupan ni macam-macam yang kita lalui...ada yang manis, ada juga yang pahit...kalau nak selalu manis, tu bukan kehidupan namanya...betul tak???? entry kali ni aku nak update pasal cara-cara menegur sesuatu kesalahan secara berhikmah...aku buat ni pon berdasarkan pengalaman...jika kita tersilap langkah dalam melakukan sesuatu teguran, ia akan memberi kesan jangka panjang kepada individu itu sendiri....cara-caranya adalah seperti berikut...



1) Bila nak menegur seseorang, tegurlah dengan cara paling baik dan pada waktu paling tepat sekali.


Yang penting, bukanlah untuk sampaikan teguran itu, paling penting adalah supaya teguran itu diterima.Maka sediakan mekanisme terbaik untuk melakukan teguran itu. Tak kiralah teguran itu dirasakan dalam suasana penuh kasih sayang, tapi jika cara dan waktu tidak tepat, anda hanya akan menyalakan lava yang tengah meluap-luap amarahnya.

*jangan tegur time dia tengah moody (period kot)....

2) Jalinkan kecintaan sebelum meminta ketaatan. Jalinkan kepercayaan sebelum memberikan nasihat.

Adakah adil jika kamu menegur seorang mutarabbi mahupun jundiymu, dalam keadaan kamu tidak merasai ikatan hati, ataupun paling penting, dia TIDAK merasai kasih sayang dari kamu? Tentu tidakkan? Kamu tak pernah endahkan dia, tak pernah mendengar masalah dia, tak pernah membantu dia..Dan kini kamu hadir padanya, meminta ketaatan dan mahu menegur sahaja? Jadilah seorang murabbi, yang ada ikatan hati dari sudut ayah, abang, syeikh dan guru pada anak muridnya. Berkenalanlah, bantulah dia, dan cintailah dia, sebelum kamu meminta ketaatan dan juga menegur kesalahan dia. Memang betul dia wajib mentaati kamu sebagai kepimpinan. Benar, dia ada kesalahan sebagai jundiymu, tapi santunilah keanak-anakan dan kenaifan dia dalam tarbiyah. Hargailah semangatnya dalam beramal, dan didiklah dia dengan penuh cinta, bukan kritikan dan sindiran yang mengundang kebencian. Sudah namanya jundiy dan mutarabbi, memang dia akan banyak buat kesalahan. memang dia perlukan bimbingan. Memang dia takkan perfect. Maka, santunilah perkara itu dengan baik.

*yang ni aku fail...tak tahu sebab apa..hahaha

3) Carilah medium terbaik dalam memberikan teguran @ didikan...

Barangkali kamu bukanlah orang yang terbaik dalam menegurnya. Carilah orang yang hati mutarabbi dan jundiy kita lebih terbuka untuk menceritakan segalanya. Carilah orang yang pandai berbicara dalam memberikan didikan ini. Jadikan mereka orang tengahmu. Jika orang lain lebih pandai menegur darimu. Elak gunakan medium seperti emel, sms, dan telefon ketika menegur dan memberikan didikan. kerana manusia sangat banyak salah faham jika teguran itu tidak bernada, dan jika teguran berlaku secara sehala tanpa bertanya apakah asal usul punca masalah itu berlaku. Bertemulah, berjumpalah, dan peluk mutarabbi itu penuh cinta, sebelum duduk mendengar penjelasan darinya. Insyaallah, dia akan membuka hatinya pada kamu.

*yang ni pon aku fail...tak tahu nak tegur secara direct...so aku gunakan medium tu...sampai touching dengan aku...sorry kawan...=)

4) Cari masa sesuai dan tenang dalam memberikan teguran.

Bukan sepuluh minit sebelum mutarabbi kita nak menyampaikan usrah, di waktu itulah kita menegur dia. Hancurlah perasaan dia, dan menurunlah semangat dia dalam amal. Bawalah dia pergi ke kedai makan. Berboraklah perihal-perihal santai sebelum membicarakan hal serius. Bukalah hati dia dahulu menerima kamu sebelum kamu menyampaikan apa2 pada dia. Duduk bersemuka dengan dia, dalam keadaan dia tenang, bukan ketika dia sedang mengalami tekanan perasaan yang mengancam. Ambil waktu paling tepat sekali. Jangan gopoh dan tidak bersabar...

*masalahnya dia tak bagi peluang pon aku nak keluar dengan dia...atau aku yang tak pernah ajak dia keluar???wallahulam

5) Anggaplah dia seperti adik sendiri @ anak sendiri @ diri sendiri.

Fahami dan dengarilah dia sebelum kita menegur. Dan tegurlah dengan cara seperti mana kita mahu diri kita sendiri ditegur. Mulakan dengan pujian dan penghargaan, kemudian barulah membuka topik perbincangan. Jangan memandang rendah akan dirinya. Jangan membuatkan dia rasa begitu hina, lebih hina dari tanah. Jangan bagi dia rasa down selepas teguran. Setiap manusia ini ada ego yang perlu dijaga. Kerana setiap nasihat, kita mahukan perubahan. Bukan mahu dia lari dari tarbiyah!!!

6) Paling penting, jangan menegur dalam keadaan kita sangat beremosi...

Solatlah dahulu. Biarkan waktu melegakan hati kita. Minta pada ALLAH diberikan cara dan petunjuk terbaik dalam menegur. Niat yang ikhlas sahaja takkan menjamin teguran itu diterima, cara kena amat betul dalam penyampaian...Inilah dia, ingatlah perkara ini betul-betul. Kerana manusia lain akan terluka jika kamu lakukan pada mereka apa yang pernah manusia lakukan padamu. Ingatlah sebaiknya. Malah, jika kau menjadi qiyadah mahupun murabbi agung sekalipun, engkau tidaklah superior dari mereka, Engkau tidaklah lebih baik dari mereka, Mungkin lebih teruk sekalipun. kerana itu, teguran itu dibuat atas dasar dirimu bersedia untuk ditegur dan berubah juga. Dirimu mahu juga ditegur dan dinasihati selalu....Ajaib apabila melihat, kematangan hidup dan pengalaman bergaul dengan ramai manusia, amat memberi kesan kepada perwatakan dan kata-kata pada seseorang. Dan aku melihatnya pada dua generasi yang berbeza. Dan aku merasakan benar, pengalaman sahaja dapat memberikan kematangan dalam kepimpinan. Dan kita yang menjadi tentera kecil mahupun mutarabbi hina ini, perlu belajar dari kesilapan ini. Jangan ulangi perkara sama. Jadilah manusia lebih baik. Seperti mana aku harap kamu juga belajar dari kesilapan aku , membetulkan kesilapan aku, dan sentiasa menjadi lebih baik dari aku. Aku lebih bahagia begitu walaupun tingginya kedudukan aku di mata jemaah dan dunia, kerana kedudukan kita di sisi Allah itu lebih utama..Dan betul, teguran pada qiyadah @ naqibah juga perlu sama sahaja seperti di atas. kita jemaah manusia, bukannya robot dan tentera. Ada emosi dan masalah. maka belajar cara berkomunikasi dengan baik.

*aku ni tak perfect...kepada siapa-siapa yang rasa diri dia perfect tu dan nak menegur aku secara langsung @ tak langsung tu boleh la berbuat demikian...aku tak kesah kalau nak guna medium apa-apa sekalipon...yang paling femes mestilah FORMSPRING kan...boleh anon-anon...hahaha
*berusaha dari tak perfect kepada perfect...amin~

CREDIT TO ILUVISLAM