Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Monday, May 30, 2011

Nuffnang bagi aku hadiah ketujuh minggu ni. thanks Nuffnang

Assalamualaikum. aku sekarang ni berada kat Sungai Petani, Kedah. tumpang tidur kat rumah kawan mak aku. esok pagi nak bertolak awal ke Perlis. nak dapatkan tiket feri Langkawi awal-awal sikit. kalau dapat pergi awal bolehlah meronggeng kat sana awal sikit. okaylah. memandangkan baru harini aku dapat online setelah seharian tak online langsung (bagi aku ini satu tempoh yang lama), aku saja-saja la cek nuffnang aku. Alhamdulillah aku dapat BE ketujuh bulan ni. thanks to nuffnang. tapi traffic aku still macam dulu. seminggu dalam 100 - 200 pageview je. UV plk 150 kebawah je. macamana nak bagi masuk macam air ni. entri aku pon merapu. hahaha. aku sedar aku siapa. tak sehebat Izamir Ridzwan dengan Budak Botak tu. blog diorang sehari lebih 1000 UV. kira dah pro la tu. hahaha

Saturday, May 28, 2011

Langkawi bakal menerima kunjungan aku minggu ini

harini cuti sekolah dah mula. aku dapat rasakan yang semua tempat percutian confirm penuh masa cuti ni. hal ini dapat dibuktikan masa family aku nak booking hotel di Langkawi. hotel yang ketiga barulah family aku dapat booking. sebelum-sebelum tu semua hotel penuh. lama dah aku tak jalan-jalan jauh ni. selama ni duduk rumah je makan tidur. last aku pergi Langkawi masa aku umur 3 @ 4 tahun camtu kalau tak silap. so memang dah lama tak jejak kaki kat sana. banyak jugak pembaharuan yang aku dengar. siap ada underwater world lagi. memang aku dah cop la tempat tu wajib pergi. sebenarnya aku nak update siang tadi tapi apakan daya blog aku kena serang malware siang tadi. tu yang sampai dua entri malam ni. hahaha

Malware berkeliaran di blog aku

Assalamualaikum. siang tadi blog aku kena serang malware. seharian aku duduk depan lappy aku ni godek-godek HTML. tapi yang peliknya aku je yang tak boleh nak bukak blog ni. aku tanya orang lain, diorang cakap boleh je bukak. pastu aku rasa tak puas hati. aku try bukak pakai lappy abah aku. boleh je bukak. tetiba aku rasa geram pulak kat lappy aku. tak sampai 6 bulan aku beli dah pandai buat hal. aku takde pon download yang bukan-bukan. install pon yang penting-penting je.

Thursday, May 26, 2011

Kenapa fast food yang kita beli tu tak sama macam kat iklan TV?

Assalamualaikum. sekarang ni majoriti rakyat malaysia suka kepada fast food. aku pon macam tu jugak. tapi pernah tak korang terfikir "Kenapa makanan yang kita beli tu tak sama macam kat iklan TV?" Video kat bawah ni ada jawapannya. hahaha. Ingatkan manusia je ada jurusolek, makanan pon ada jugak kan. LOL



Wednesday, May 25, 2011

6 Buffered Earning aku minggu ni. thanks nuffnang

Assalamualaikum. tadi 1st time aku join segmen kat dunia blog ni. alhamdulillah dapatlah jugak beberapa komen dari blogger lain. lepas je aku join segmen tu dapat lah beberapa komen yang menggalakkan. sebelum ni entri aku kosong je takde orang komen. sob..sob..hahaha. aku malas nak cerita pasal segmen tu. aku nak cerita pasal nuffnang aku. beberapa jam lepas aku buat entri tu, aku saja-saja je lah nak cek akaun nuffnang aku. alhamdulillah nampaknya nuffnang bermurah hati bagi aku BE minggu ni. minggu lepas aku cuma ada 3 BE je. tadi aku cek tengok ada 6 pulak. thanks nuffnang. ni gambar minggu lepas dan minggu ni aku sempat print screen.=)


Sunah Sakura Tanya Best Ke Header Aku?

ni 1st time aku join segmen dari blogger.
taknak cakap banyak, siapa-siapa yang nak join segmen ni boleh klik link kat bawah header ni.




http://www.sunahsukasakura.com/2011/05/best-ke-header-aku.html


Tuesday, May 24, 2011

Konvesyen Kelab PEMADAM IPT 2011 part 5 (last episod)

Assalamualaikum. aku sekarang berada kat rumah setelah seminggu berada di UTM. kalau semalam aku tak buat tindakan bijak untuk kemas barang, mungkin sekarang aku masih berada di UTM. sepatutnya semalam aku dengan unit aku, Unit Penginapan dan Pengangkutan (PnP) kena menghadirkan diri untuk last meeting pasal Konvesyen PEMADAM tu. tapi aku dengan kawan aku cepat-cepat kemas barang nak balik. memang tak sangka lah. dalam masa 10 minit je aku siap kemas. kalau waktu biasa mungkin dekat satu jam kot. hahaha. nampak sangat rushing gila kan. dalam pukul 1 P.M tu kitorang cepat-cepat call teksi suruh hantar kat Sri Putri. okay tu je lah aku nak update. duduk rumah ni bukan apa-apa pon. makan tido online je kerjanya. aku nak sambung balik buat flash animation ni. thanks to tiub awak sebab menyediakan tutorial secara percuma.

Sunday, May 22, 2011

Konvesyen Kelab PEMADAM IPT 2011 part 4

Assalamualaikum. Alhamdulillah akhirnya sampai jugak hari yang ditunggu-tunggu. dah seminggu aku kat UTM ni. so esok walau apa cara sekalipun aku nak balik jugak. tadi ada aktiviti LARIAN PEMADAM. so ni je lah gambar yang aku sempat snap pakai DSLR W995 aku.=D




senamrobik sebelum larian bermula


Friday, May 20, 2011

Konvesyen Kelab PEMADAM IPT 2011 part 3

Assalamualaikum. dua hari dah tak update ini blog. semalam ingat nak update tapi takde masa nak update. busy menguruskan penginapan pelajar-pelajar dari universiti seluruh Malaysia. bayangkanlah aku mula urusan tu dalam pukul 9.30 pagi dah berakhir pada 3.30 pagi. 18 jam aku duduk dalam dewan berhawa dingin dengan cuaca yang agak buruk sebab hujan lebat ditemani panahan petir. so ingatkan pagi tadi bolehlah aku escape program pagi tapi malangnya aku kena join jugak program pagi tu. WTF la. kadar pembukaan mata aku dah berkurang masa pagi tadi tahu tak. tak cukup tidur punya pasal.


Wednesday, May 18, 2011

Konvesyen Kelab PEMADAM IPT 2011 Part 2

Kepada semua silent reader yang berada di sekitar Johor Bahru, jom datang beramai-ramai. maklumat seperti yang tertera di poster di bawah.





Konvesyen Kelab PEMADAM IPT 2011

Assalamualaikum. harini dah masuk 2 hari aku dekat UTM tercinta ni. aku ada tugas yang perlu diselesaikan minggu ni. tugas apa? UTM ada buat KONVENSYEN PEMADAM 2011 minggu ni dekat sini. so aku sebagai ahli KELAB PEMADAM yang berkaliber kena beri komitmen yang tak berbelah bagi pada program ni. tapi yang menyakitkan hati aku ni apabila sepanjang 2 hari aku kat sini satu tugas apa pon tak buat. Ketua Unit (KU) aku cakap datang pada 16 MEI sebab ada tugas aku kena buat. tapi harini dah 17 MEI tapi apa pon tak buat lagi.


Monday, May 16, 2011

kisah anak guru: Selamat Hari Guru

Assalamualaikum. GURU PENJANA TRANFORMASI PENDIDIKAN NEGARA. itulah moto yang digunakan bersempena HARI GURU 2011 harini. setelah 20 tahun aku hidup, dah beratus atau mungkin beribu guru yang aku kenal dah mengajar aku. tapi semalam kat formspring ada sorang tanya, "sebutkan nama seorang guru masa korang darjah 1." serius aku dah tak ingat siapa nama guru aku malah nama guru kelas pon aku tak ingat. bukan aku lupa jasa mereka tapi paham-pahamlah kan masa darjah 1 dulu cuma ingat nak main je sampai tak ingat nama cikgu pon ada. hahaha. yang aku ingat cuma cikgu masa SPM je. memandangkan ramai yang cerita pasal kena denda masa time sekolah-sekolah dulu, aku pon nak cerita jugaklah.


Sunday, May 15, 2011

Faedah, Manfaat, dan Kebaikan Berblogging Kepada Manusia Sejagat

Assalamualaikum. semakin hari semakin ramai manusia yang memulakan aktiviti berblogging sebagai aktiviti harian mereka. jika dahulu, blog hanya digunakan sebagai tempat meluahkan perasaan ataupun diari yang diupdate setiap minggu atau beberapa hari kemudian. kini, hampir setiap hari kita boleh melihat para bloggers tegar atau tidak tegar mengupdate blog mereka sekurang-kurangnya 12 jam sekali. persoalannya disini adalah apakah yang para bloggers akan dapat dengan melakukan aktiviti sebegini???




***********************
hahaha. amacam ayat introduction aku kat atas ni? superb kan. inilah ayat karangan budak A1 Bahasa Melayu. hahaha. ayat berlagak disitu. tapi itu kisah dulu. sekarang dah tak belajar benda-benda tu semua. baiklah berbalik kepada topik asal aku tadi, apakah yang para bloggers dapat dengan melakukan aktiviti berblogging ni? so aku nak jawab bagi pihak aku la kan.

Saturday, May 14, 2011

Blogspot under maintainance sebab Amir Rajalawak

Assalamualaikum. aku rasa semua orang tahu semalam blogspot ada buat maintainance (betul ke aku eja ni?). agak lama jugak la nak tunggu stabil. aku bukan nak update pon cuma suka berblogwalking kat blog-blog orang. tapi aku bukan nak cerita pasal maintainance tu. nak cerita pasal MAHARAJA LAWAK semalam. aku tengok majoriti ramai yang tak suka (bukan benci) dengan lawak Amir tu kan. so malam tadi merupakan hari bersejarah bagi puak-puak pembenci amir. aku tak pernah tengok pon sebelum-sebelum ni. aku just tengok ulangan setiap hari je. tu pon tak pernah tengok sampai habis. maklumlah hidup kat perantauan (perantauan la sangat kan. setakat JB je). pelik betul manusia zaman sekarang ni. kalau dah fanatik tu memang dah tak boleh nak halang dah. contohnya penyokong Mancister Unitard. aku sebagai penyokong Arsenal selalu la jugak "Hidupkan Api" bila dapat tahu Mancister Unitard kalah dalam sesuatu game. misalnya masa Mancister Unitard kalah dengan Arsenal haritu. hahaha. kalau boleh nak berasap dah faceboob facebook ni. sekarang pulak mancister tengah lawan dengan blackburn. masa balckburn tengah leading 1-0 tadi aku buatlah status nak nyalakan api. tapi macam takde respon pon. janganlah marah abang-abang and akak-akak sekalian. sekarang ni pulak tengah seri 1-1. adoyai. dah macam reporter dah aku ni. hahaha. okay la. sebenarnya aku takde topik utama pon harini (selama ni ada topik utama ke?). so moral of the story is jangan lupa tengok cerita KONGSI. adios











Thursday, May 12, 2011

Saya budak baru belajar 2

assalamualaikum. semalam aku berjaya membuat satu imej flash. aku belajar benda ni sebab nak tukar header dalam bentuk flash. aku tau benda ni melalui blog ni. serius smart gila. sebelum ni pon blog izamirridzwan ada buat header macam tu. tapi dia baru tukar design baru beberapa hari yang lepas. kalau korang nak tau, format flash ni rebih ringan daripada yang biasa tu. so bila nak loading tu tak perlu ambil masa yang lama. lagi-lagi bila blog ada lagu dengan bintang-bintang segala bagai tu. aku pon ada menawarkan diri nak buatkan header baru untuk salah sorang classmate aku. tapi tak tau la dia nak format flash ke tak. belum bincang lagi. okay la. kalau korang nak tengok hasil pertama flash aku, bolehlah ke sini atau scroll ke bawah sekali. adios.


Wednesday, May 11, 2011

happy birthday

assalamualaikum. harini 11 Mei merupakan tarikh penting dalam family aku. harini birthday mak aku. Semoga dikurniakan iman yang sempurna, akhlak yang terpuji, pekerti yang mulia, umur yang bermanafaat, rezeki yang halal, ilmu yang berguna, hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.selamat hari lahir mama. =D
aku juga nak ucapkan selamat hari ibu walaupon hari ibu dah lepas beberapa hari yang lalu. bagi aku setiap hari adalah hari ibu (ayat skema budak sekarang). okay la. tu je nak cakap.








Sunday, May 8, 2011

malam pertama

Assalamulaikum. ni entri pertama untuk bulan ni. nampak sangat aku busy gila last week kan. sebenarnya aku tak la busy mana pon. busy study? sila gelak. aku study tapi macam study pon. main redah je masuk exam hell hall tu. okay malas nak cerita pasal exam. habis je exam haritu, aku sempatlah pergi melempiaskan nafsu. jap!!! jangan pikir yang bukan-bukan. maksud aku, aku sempatlah tengok wayang haritu. dah lama tak tengok wayang. aku pergi dengan classmate je. masa planning haritu macam ramai je nak keluar, sekali bila tiba masanya cuma lima orang je yang keluar termasuk aku. masing-masing busy nak packing barang. tak sabar balik rumah la katakan. nasib baik rumah aku dekat. so takde la stim sangat nak balik rumah.hahaha. so memandangkan aku dah ada kat rumah, kenalah planning nak buat apa cuti-cuti ni. nak buat apa ek? jap tengah pikir. huhu. curi cari duit jom. tapi nak curi cari kat mana ek. konpius konpius. nak kerja tapi masalah transport pulak. nyesal tak amik lesen kapal terbang motor masa lepas SPM haritu. terpaksa la aku amik lesen motor cuti ni. jadi mat rempit kejap. hahaha. okay la. tu saje untuk entry ni. next entry menyusul kemudian nanti.