Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Thursday, June 30, 2011

Tutorial Melanggar Sekatan SKMM

Assalamualaikum. Minggu lepas aku ada post pasal Rakyat Malaysia Cepat Gelabah bila dapat sesuatu berita buruk. Sebab masa tu tengah panas isu SKMM yang telah membuat sekatan keatas 10 laman web perkongsian fail. Bagi kaki download macam aku (bukan benda lucah), berita ni memang menyusahkan. Nak tengok cerita yang tak ditayangkan kat Malaysia pon susah kalau macam tu. Okaylah. Tengok tajuk pon dah tahu entri ni pasal apa. Jom teruskan tutorial.

Saturday, June 25, 2011

Amir Menangis Sepah Juara Maharaja Lawak

Assalamualaikum. Maharaja Lawak baru je melabuhkan tirainya beberapa minit yang lepas. Tahniah buat kumpulan Sepah yang menampilkan lawak yang bagi aku amat sinonim dengan masyarakat kampung. Walaupun "lawak kampung," diorang mampu membuat penonton jadi gila. aku pon boleh jadi gila bila tengok balik persembahan diorang. Tapi yang paling best aku rasa mestilah Nabil sebab dia dapat bolot RM150 ribu sorang-sorang woo....yang lain aku rasa dapat dalam RM125 ribu (Jozan), RM117 ribu (Sepah) dan RM25 ribu (Jambu).

Wednesday, June 22, 2011

Awak tolong like gambar kita please.....

Assalamualaikum. sekarang ni facebook seperti menjadi satu kewajipan bagi setiap orang. laman sosial ini merupakan satu medium untuk kita mencari kenalan-kenalan yang mungkin pernah terputus hubungan suatu ketika dahulu seperti dalam cerita Nora Elina. malah facebook juga digunakan oleh syarikat-syarikat perniagaan bagi mengiklankan produk mereka. bagi aku, cara mereka mempromosikan produk ni tak salah selagi tidak mengganggu hak kita sebagai pengguna facebook. tapi sekarang ni dah jadi satu trend bagi segelintir pengguna facebook yang menggunakan facebook dengan cara yang salah.

hampir setiap hari aku online dan menggunakan facebook untuk mengetahui dunia luar. tapi setiap kali aku bukak je lappy, pasti ada notification yang mencurah-curah ke daun keladi kat facebook aku. kalau notificaion dari page blogger aku tak kesah. sebab page tu ada kepentingan bagi aku. tapi kalau invite event yang aku geram gila. bukan event nak kawen tapi event suruh like gambar takpon suruh follow blog diorang. agak menjengkelkan. upload gambar pastu suruh orang lain like. siapalah yang mula-mula buat pertandingan macam ni. memang lahanat tahu tak. tu belum campur dosa lagi. upload gambar terbukak sana sini. tergugat iman aku tahu tak. hahaha





kantoi main poke-poke pulak...hahah



oppsss...lupa nak sensed nama kat atas tu...ngahngahngah...padan muka




aku ingatkan hadiah berjuta-juta...RM50 je...low budget kot...mintaklah datuk-datuk @ tan sri sponser...hahaha


Tuesday, June 21, 2011

The Click Five - Don't Let Me Go

Assalamualaikum. seperti biasa bangun je tidur aku terus bukak tv layan lagu-lagu kat MTV Astro (pagi-pagi takde cerita best). asyik dengar lagu angguk-angguk (disco) je, sekali-sekali dengar lagu yang membawa mesej okay jugak kan. entri kali ni aku nak kongsi pasal isu yang pernah top awal tahun ni kalau tak silap iaitu pemerdagangan manusia.

Monday, June 20, 2011

liquid cecair yang mempunyai kuasa

Assalamualaikum. liquid. liquid merupakan satu cecair yang mempunyai kuasa untuk menjadi keras apabila sejuk dan menjadi gas apabila panas. liquid amat diperlukan oleh semua manusia bagi menereuskan kelestarian hidup. hal ini kerana badan kita mengandungi 50 hingga 80 peratus liquid. bumi kita juga dilitupi dengan 71 peratus liquid. liquid juga diperlukan dalam masakan. bayangkan jikalau tanpa liquid, adakah masakan mak korang sesedap sekarang? tapi ada sejenis liquid ni yang disukai oleh manusia terutamanya yang bergelar pelajar. benda tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah liquid paper. walaupon cikgu-cikgu melarang mereka membawanya dan telah meragut merampas barang larangan tersebut, pelajar-pelajar berhati kering ini tetap membawanya ke sekolah. begitu juga dengan aku.

Saturday, June 18, 2011

Mas Ahmad Safwan Ajak Masuk BLOGLIST

Assalamualaikum. patutnya entri ni aku buat petang tadi. tapi tiba-tiba lappy aku buat hal. damn sungguh. beli lappy baru kang baru tahu erti penyesalan. hahaha. okaylah. sebenarnya aku nak join bloglist yang dibuat oleh Mas Ahmad Safwan ni. kepada siapa-siapa yang nak join, boleh klik link kat bawah gambar ni.

Generasi Sekarang Semakin Lembik

Assalamualaikum. tadi aku dapat satu berita yang agak mengejutkan aku dan rakan-rakan seperjuangan satu ketika dulu. kalau dulu, sekiranya terdapat apa-apa masalah kita harus berjumpa dengan guru atau warden terlebih dahulu. tapi kini masalah itu boleh terus disalurkan ke website aduan rakyat. sungguh dahsyat manusia zaman sekarang.

Jom Survey

Assalamualaikum. rasa-rasanya dah lebih sebulan aku bercuti tanpa gaji ni. duduk rumah pon dah naik bosan ni. asyik-asyik buat benda sama. bangun je tidur (selepas tidur balik lepas subuh), aku bukak tv layan Astro hits sampai pukul 11.30 pagi. pastu tengok cerita dragon ball dekat astro ceria untuk kita-kita aje. hahaha. pastu baru bukak lappy dalam pukul 12 tengah hari camtu. camtulah aktiviti aku hari-hari. bosan gila. nak kerja takde transpot pulak. hahaha,. alasan terbaik.

Friday, June 17, 2011

Rakyat Malaysia cepat gelabah

assalamualaikum. minggu ni aku tengok tak habis-habis isu pasal sekatan laman web tu. gelabah sangatlah diorang ni. macamlah takde jalan lain nak buat. kerajaan nak sekat, sekat je lah. bila dah sekat nanti akan adalah software-software untuk menghalang sekatan ni. tu pon nak kena ajar ke. kalau nak lagi senang tengok kat Youtube je macam mana nak buat benda ni. dunia sekarang makin kecik la. korang search je "How To......" akan keluarlah beribu-ribu malah mungkin juga berjuta-juta laman web yang bersesuaian dengan search korang tu.

LMFAO feat Lauren Bennett, GoonRock - Party Rock Anthem

Assalamualaikum. setiap hari aku bangun pagi (selepas tidur balik lepas subuh) benda pertama aku buat adalah on tv. semua orang mesti tahu waktu pagi rancangan apa je ada kan. lagi-lagi astro yang asyik ulang tayangan sama je setiap hari. sampaikan aku dah hafal setiap dialog dalam rancangan tu. oleh sebab itu (ayat skema pulak) aku bukak chanel lain. selalunya aku bukak Astro Hits bila baru bangun. saje nak buat refreshment. sampaikan hampir semua lagu aku hafal dah. kalau lah nak hafal notes semudah ini kan senang. hahaha.

Thursday, June 16, 2011

Contest: Masihkah Kau Ingat

Assalamualaikum. alhamdulillah harini cuaca redup je kat sini. mungkin sebab fenomena gerhana malam tadi. memang betullah ramalan yang aku dengar masa khutbah jumaat minggu lepas (jangan pikir aku tidur masa khutbah jumaat). okaylah aku bukan nak cerita pasal gerhana, tapi nak cerita pasal zaman kecik-kecik dulu. mungkin ada yang aku dah lupa, tapi masih ada gelagat-gelagat aku masa kecik yang masih aku ingat.

Wednesday, June 15, 2011

Sunah Sakura Ajak Conteng Ujang aka Seth Tan Celup!

Assalamualaikum. memandangkan Ujang aka Seth Tan Celup tu dah bagi lampu hijau untuk conteng header flash baru dia, so aku pon tak melepaskan peluang untuk join jugak. so kat bawah ni apa yang aku conteng tadi. hahaha. padan muka. sape suruh bagi lampu hijau. kahkahkah

#2 Wordless Wednesday


Tuesday, June 14, 2011

Tutorial dapatkan full version Angry Birds RIO

Assalamualaikum. seperti yang aku dah janji semalam, aku nak ajar macam mana nak dapatkan full version game Angry Birds RIO tu. kat bawah ni ada cara-caranya. kalau tak paham boleh tengok gambar.

Note: pastikan korang dah download trial version punya kat SINI. kemudian ikuti langkah seterusnya.

Mula-mula korang kena download file activation ni dulu. Download kat SINI

Download Angry Birds RIO Fullversion

Assalamualaikum. memandangkan sekarang ni aku sedang bercuti tanpa gaji (menganggur), so hari-hari kerja aku mengadap laptop je dari pagi sampai ke malam. saja-saja menambah bil elektrik. hahaha. tapi kalau dah hari-hari mengadap laptop je mesti la bosan kan. aku bosan sebab asyik online je. bila bosan menguasai diri, aku main game dalam laptop aku ni. ada banyak game dalam laptop aku ni. sampaikan kadang-kadang laptop aku hanging. game yang aku selalu main PES 2011, takpon DOTA. tapi bila asyik mengadap game tu je rasa bosan jugak kadang-kadang (kecuali DOTA). so aku ada jumpa satu lagi game yang tengah HOT sekarang. game tu diberi nama ANGRY BIRDS RIO.

Saturday, June 11, 2011

Personaliti Diri melalui mata

Assalamualaikum. harini aku nak update pasal personaliti diri. entri yang lepas aku ada update pasal personaliti diri melalui cara membuat pilihan. kali ni aku nak lebih spesifik sikit iaitu melalui mata. tapi ingat ni sekadar suka-suka je. jangan percaya sepenuhnya. khurafat semua tu.

Friday, June 10, 2011

Filem KL Gangster Arahan Syamsul Yusuf Terbaik

Assalamualaikum. tadi lepas solat Jumaat aku keluar tengok wayang. cuba teka aku tengok cerita apa. mestilah cerita terbaru yang aku tengok. aku tengok KL Menjerit KL Drift KLGangster tadi. apa yang aku boleh katakan pasal cerita ni adalah "Cerita ni sangat BEST." bagi aku ni adalah cerita kedua terbaik arahan Syamsul Yusuf selepas cerita Khurafat. masa cerita Khurafat haritu memang aku tak sangka ending dia macam tu. orang lain pon macam tu jugak aku rasa. tapi KL Gangster ni lain sikit. tak macam cerita-cerita gangster yang lain. selalunya diselitkan sekali dengan babak-babak percintaan. KL Gangster langsung takde babak tu.

Lagi satu yang best pasal KL Gangster ni adalah terdapat adegan-adegan seks lucah lucu yang dilakonkan oleh Zizan Raja Lawak. satu panggung tu ketawa berguling-guling. sampaikan makcik kepoh kat belakang aku tu tak henti-henti ketawa. dah la bising je mulut dia tu. pastu boleh pulak tergelak time adegan serius. WTF?

Tuesday, June 7, 2011

jom cuba: javascript trick

Assalamualaikum. lama dah aku tak update blog yang tak seberapa ni. lebih kurang seminggu kot tak update. maklumlah baru balik bercuti. memang cuti sakanlah aku kali ni. habis semua negeri utara aku jejak kecuali Pulau Pinang yang aku tak sempat nak pijak tanah diorang. tayar kereta je yang jejak kat sana. okaylah nanti aku update pasal bercuti kat utara tu.

sebenarnya tadi aku godek-godeklah google ni. sekali aku terjumpa trick yang mungkin sebahagian korang tak tahu lagi. nak tahu apa trick tu? trick ni untuk siapa-siapa yang kebosanan macam aku ni. setiap hari ada je benda baru aku jumpa kat internet ni. tapi harini jumpa yang ni pulak.