Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Saturday, July 30, 2011

SEGMEN 3 JAM JE

Assalamualaikum. Aku tengah takde kerja ni so macam biasa time takde kerja kita join segmen. Ni segmen dari Tia.


Okay tu je Tia suruh. Takyah susah-susah buat karangan SPM. Kalau nak join klik je gambar tu. Sekian.


Header Flash Baru Siap

Assalamualaikum. Rasa nak pecah kepala belajar buat flash ni. Bila dah tahu rasa macam senang pulak. Pastu buat balik rasa susah pulak. Begitulah seterusnya. hahaha. Cuba tengok header kat atas tu. Apa yang lain? =D



Okay dah nampakkan apa yang beza. Sebelum ni format header tu cuma gambar.png je macam gambar kat atas ni. Sekarang ni dah tukar flash. Nak buat gempak-gempak macam Ayeem memang susahlah. Dia tu otak Albet Enstain versi kuning kot. hahaha. 

Saiz flash ni pulak lebih kecil iaitu 74kb berbanding yang png tu 200kb. Nampak macam tak logik je kan tapi memang itu realitinya. Memang ada yang cakap header flash ni lebih ringan daripada format gambar biasa. Sebab tu la aku cuba.

Flash dalam header tu cuma jam je. Saje nak try buat jam tadi . Nak buat jam analog macam Blog Ayeem tu macam nak pecah kepala rasanya. Banyak kali aku try tadi. Tak jadi-jadi. Lastly aku buat jam digital je. hahaha

Aku mula berminat dengan flash lepas tengok header si Ayeem tu la. Dia ni pandai buat game menggunakan flash. Kalau aku tak jumpa coding flash yang aku nak, aku tanya si Ayeem ni je. InsyaALLAH dia bantu. Okaylah tu je nak bagitau. Tetiba terREVIEW blog Si Ayeem ni pulak. hahah

***********************************************
*Masa awal-awal cuti haritu aku ada janji dengan kawan aku nak buatkan header flash untuk dia tapi sampai sekarang tak tertunai pon janji tu. Sorry eh. Aku tak tahu nak start bila. Bila nak start buat je tetiba aku rasa nak buat aku punya. Contoh terbaik adalah header di atas. hahaha


Friday, July 29, 2011

Jawapan Dari Nuffnang Soal Status Glitterati

Semalam aku submit ticket kat Nuffnang untuk bertanyakan tentang masalah penarikan status Glitterati aku tu. Tadi Nuffnang baru je reply soalan aku tu. Ni soalan aku.

1) Status Glitterati saya ditarik sebab saya pasang Heartbeat ke?
2) Berapa lama nak dapat status Glitterati balik?
3) Adakah CTR bonus dari BE saya akan hilang?

Jawapan dari Nuffnang

Glitterati membership is an automated process. It's given automatically to a blogger's account if all his/her blog(s) registered with us serve Nuffnang ads publicly at all times and none from our competitors. In addition to that, the registered blog(s) should also be active and has at least 1 visitor in each day or else our crawler will mark it as a spam blog and this will affect your membership status. Should your blog be free from any conflicting activities, you'll receive your Glitterati membership in 4 days time.

Review Blog : Chempaka Sari

Assalamualaikum. Harini takde apa nak buat. So aku plan nak join benda ni. Tak tahu la ni contest ke, segmen ke, kerja amal ke atau seangkatan dengannya. hahaha

Segmen/contest/kerja amal ni dianjurkan oleh Chempaka Sari. Memandangkan selama ni aku cuma pakai banner yang static (takde effect gerak2/flip2/kenyit2 mata) je. Cuba tengok ni. hahaha



Jangan tenung lama-lama, nanti dia kenyit mata. hahaha

Chempaka Sari ni hobi dia buat banner. Agak kreatif la dia ni. Pastu dia comment kat chatbox tu dan kebetulan pulak aku memang tak reti nak design2/kreatif2 ni. Tak caya cuba tengok header aku tu. Nampak serabut kan. hahaha. Tu je la. Aku memang tak reti mengampu/bodek ni. Sekian.

Macam takde gaya review pon. hahaha. Nak join gak klik SINI.


Keyword "Kematian" Memang High Rating

Semalam merupakan hari yang terbaik untuk blog ni. Trafik untuk pertama kalinya menjangkau 450>. Trafik tertinggi yang pernah dicatatkan blog sebelum ni cuma 390. Rujuk entri ni. Selepas aku dapat tip-tip dari geng Kongsi Blog, aku buat apa yang disuruh. Ping sana, ping sini. Semua yang dalam tip aku buat. Alhamdulillah ni hasilnya. Cuba tengok ni.

Trafik 28 Julai (Sehingga jam 11 malam)

Akibat Tamak, Glitterati Hilang

Assalamualaikum. Kepada blogger yang baru nak mula aktif berblogging macam aku ni, aku nak nasihatkan kat korang. Mungkin ada yang cakap jangan berblog sebab duit. Tapi bila kita tengok blog dia, ada jugak entri pasal dapat duit dari sekian-sekian hasil daripada blog. Apa namanya tu? Hipokrit kan namanya tu. Sudahlah. Hentikan hipokrit mu itu. 


Thursday, July 28, 2011

Fakta Kenapa Masih Ada Yang Suka Tengok Anime

Masa aku kecik-kecik dulu memang pantang kalau orang kacau aku tengok tv. Masa tu popular dengan katun-katun dari Jepun. Zaman sekarang pon ada jugak tengok katun tapi tak terlalu gian la. Aku pelik kenapa yang sebaya dengan aku masih lagi tengok katun ni. Dan tadi aku dapat jawapannya. Jom tengok ni. =D



Amacam? Rasa macam nak kembali gian tengok katun kan. hahaha

Tonton Siaran Langsung Malaysia Vs Singapura 28 Julai 2011

Assalamualaikum. Bagi yang tak dapat nak tengok Malaysia vs Singapura tu jangan risau. Aku ada sertakan streaming LIVE MALAYSIA vs SINGAPURA.

Kesan Sebarkan Berita Terkini

Assalamualaikum. Takziah aku ucapkan kepada keluarga arwah Muhammad Syafiq Abu Ani. Siapa arwah Muhammad Syafiq Abu Ani ni? Sebenarnya aku tak kenal pon ni siapa. Malah takde talian darah pon. Masa aku check keyword kat Nuffnang, tiba-tiba muncul nama ni. Kalau satu atau dua yang masuk takpe, ni kira banyak jugaklah. Cuba tengok ni.



Bila aku baca balik entri yang diorang cari, rupanya nama tu ada dalam entri ni. Berita ni aku dapat dari mak aku semalam. Kalau tak sampai sekarang tak tahu cerita sebenar. Mak aku tahu sebab ayah si arwah ni seorang guru, mak aku pon guru jugak. Guru Cemerlang kat Batu Pahat ni mak aku cakap. Tadi ada jugak tunggu berita pasal benda ni tapi takde pon. Kes dah ditutup kot. Al-fatihah untuk si arwah. =D

****************************************************************

Download Filem Tolong Awek Aku Pontianak di SINI
Menangi Proton Persona baru sempena raya di SINI
Menangi Ipad 2 di SINI

Wednesday, July 27, 2011

#8 Wordless Wednesday




Wordless Wednesday : Pada setiap hari Rabu, semua blogger post gambar di blog tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut. gambar yang akan menceritakan apa yang tersirat.

Pelajar Hilang 4 Hari Ditemui Mati Di Pattaya

Assalamualaikum. Semalam masa aku kat mekdi, mak aku tanya ada tak aku terbaca pasal pelajar mati di ditemui di Pataya, Thailand sedangkan masih belajar di Jepun. So tadi aku search kat Google dan ini hasilnya.

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Jepun dan dilaporkan hilang oleh keluarganya selama empat hari akhirnya terjawab dengan penemuan mayatnya beribu kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang. Muhammad Syafiq Abu Ani, 25, dari Batu Pahat, Johor ditemui mati akibat terjatuh dari sebuah kondominum di Pattaya, Thailand, 23 Julai lalu.Menurut laporan akhbar dalam talian, pattayaone.net, siasatan polis Thailand mendapati

Tips Kurangkan Masa Loading Blog

Assalamualaikum. Dah 3 hari blog ni sunyi tanpa diupdate. Entri last aku pasal Segmen SEO kan. Segmen tu aku kalah. Maklumlah blog ni apalah sangat nak main-main SEO ni. Google pon tak nak pandang blog aku ni. *sob...sob... (nangis secara online)


Sunday, July 24, 2011

CIKGU WAN BLOGGER GILA | SEGMEN SEO


" SAYA JOIN SEGMEN CUBA-CUBA SEO ANJURAN WANCIKGUMUZIK DAN DAPAT HADIAH HEADER VERSI RAMADAN DARI CIKGU MUZIK YANG GILA TUUHH..!! KLIK SINI KALAU NAK JOIN."

CIKGU WAN BLOGGER GILA. Itu ayat yang sesuai untuk CIKGU WAN ni. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab dia telah menganjurkan satu segmen SEO. Aku baru je nak berjinak-jinak dengan SEO ni. Kadang-kadang main SEO ni best jugak. Sebab kita berpeluang untuk menaikkan satu-satu keyword atau kata kunci di dalam Search Engine. Entri SEO ni ditulis untuk robot pencari di dalam Search Engine.

Saturday, July 23, 2011

Tonton Siaran Langsung Singapura Vs Malaysia 23 Julai 2011

Assalamualaikum. Jangan lupa menonton perlawanan antara Singapura dan Malaysia malam ni pada jam 7.30 malam. Perlawanan akan disiarkan oleh Astro dan juga RTM. Bagi yang tidak melanggan Astro, korang boleh menontonnya secara live streaming di sini. Bukan setakat bola sepak je, korang boleh menonton keseluruhan rancangan yang disiarkan oleh TV2 ni.



Ujibakat Online Yang Dot Dot Dot

Assalamualaikum. Orang nak famous, kau pon nak famous. Itulah ungkapan yang patut aku cakap lepas tengok satu video ni. Serius agak menjengkelkan (skema la pulak) dan perlu di ewww kan bak kata Anwar Hadi. hahaha

Kau nak famous sangat kan. Sekarang ni aku tengah memfamouskan kau. Siap bagi no telefon lagi. Yang tak boleh aku terima, dia siap cakap dia boleh menyanyi, berlakon, mencuri, merompak, dan membuli (tiga ni aku auta je). Korang tengoklah video ni dan nilailah sendiri. ewwww



Laman Web Nuffnang Kena Hack

Assalamualaikum. Seperti yang diketahui umum, laman web servis pengiklanan yang terkenal dikalangan blogger iaitu Nuffnang telah pun di godam (hack). Kesan daripada godam ini menyebabkan loading blog menjadi lambat. Bagi mengatasi masalah loading ini, korang perlu buang semua iklan yang berkaitan dengan Nuffnang untuk sementara. Laman web Nuffnang sedang diselenggara ketika ini. 

Semakin ramai golongan hackers di Malaysia ni. Tapi bagi aku diorang tak salah pon. Tahap security kita yang lemah. Okay lah tu je aku nak update. Jangan lupa buang iklan Nuffnang tu untuk sementara. Bila dah okay pasanglah balik. =D

Thursday, July 21, 2011

Malaysia vs Chelsea

Assalamualaikum. Malam ini (21 Julai 2011) satu lagi pertembungan antara Pasukan Malaysia dan Chelsea akan berlangsung tepat pada jam 8.45 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil. Setelah menempuhi perlawanan antara Arsenal dengan keputusan Malaysia 0 dan Arsenal 4, skuad negara telah bertempur pula dengan Liverpool dan mendapat keputusan yang agak memberangsangkan iaitu Malaysia 3 dan Liverpool 6.

Adakah malam ini Malaysia akan menunjukkan kehebatan sebenar mereka setelah mengalami kekalahan pada 2 perlawanan yang lepas? Sama-sama kita nantikan malam ini. 



Video - Top 10 Worst Boyfriend Of All Time

Assalamualaikum. Jom tengok video ni. Serius lawak. Boleh menyebabkan perang besar ni. hahaha




*************************************************

Aku suka yang #4 tu. Macam cerita scream pulak. hahaha


Tonton Siaran Langsung Malaysia VS Chelsea di Bukit Jalil (21 Julai 2011)

Assalamualaikum. Bagi sesiapa yang ingin menonton perlawanan antara Malaysia dengan Chelsea, kat sini aku ada sertakan live streaming. Bagi yang mempunyai internet berkelajuan cahaya tu bolehlah tengok kat sini. Yang tak berkelajuan cahaya pon boleh tengok sini jugak. Itupun kalau korang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Kalau tak sabar, pergi mamak je la. hahaha

*Pastikan waktu korang streaming ni jam menunjukkan 8.45 malam. Jangan pulak ada yang cakap tak keluar apa-apa padahal jam baru pukul 7.30 malam. hahaha


Tuesday, July 19, 2011

Awak tolong like gambar kita please.....(Versi 2)

Assalamualaikum. Korang baca entri ni dulu. Bagi yang dah baca boleh sambung baca entri ni sampai habis.

Kenapa aku buat entri ni? Sebabnya aku nak bagitahu yang sekarang ni diorang yang kaki suruh like-like ni dah tukar format lain. Nak tahu apa format diorang sekarang? Tengok gambar bawah ni.


Eh iklan percuma di bilatergigithalia.com?

Assalamualaikum. Malam-malam macam ni selalunya orang dah tidur. Tapi aku ni dah macam burung hantu, malam berjaga siang tidur. hahaha. Okaylah, aku tak tahu nak buat apa sekarang ni jadi aku memberanikan diri untuk join segmen. Segmen yang aku join kali ni agak mudah. Cuma letak header pastu bodek. Tu je. Senang kan?


Monday, July 18, 2011

TV3 Livechat Bersama Pelakon Juvana

Assalamualaikum. Tinggal beberapa jam saje lagi untuk menonton episod akhir drama Juvana. Aku suka drama ni sebab ada sorang ni yang membuatkan aku cair bila tengok muka dia. Bagi sape-sape yang belum tahu tu, sila ke entri ini. hahaha. Lepas ni dah tak boleh nak tatap muka dia kat depan tv. Tapi takpe. Kat laptop pon boleh. hahaha.



Iklan Arab Yang Malaysia Tak Pernah Buat

Assalamualaikum. Tajuk kat atas tu saje je nak bagi panas. Ni entri nak bagi kesedaran sikit. Kadang-kadang kita leka dalam melakukan sesuatu sehinggakan kita lupa kepada yang Maha Pencipta. Video ni aku jumpa kat Youtube tadi. Iklan ni diiklankan kat Arab kot sebab bahasa yang digunakan macam bahasa Arab je. Agak-agak Malaysia bila nak buat iklan macam ni? Asyik iklan tuala wanita ngan payudara je aku tengok. hahaha

Yang ni untuk lelaki


Akibat Letak Henset Dalam Microwave

Assalamualaikum. Korang sayang tak henset korang? Kalau tak sayang, aku ada jumpa satu cara macam mana nak bagi korang sayang. Korang cuma perlu letakkannya dalam microwave seperti dalam video ni. hahaha.


Tips Naikkan Trafik Blog Dengan Bermain SEO

Assalamualaikum. Seharian aku tinggalkan blog ni dengan menyediakan entri auto publish pada waktu-waktu tertentu. Alhamdulillah hasilnya trafik aku naik 4 kali ganda. Tapi yang tak best nya trafik semalam jatuh gila-gila pulak. hahaha. Mungkin trafik naik gila-gila masa petang Sabtu haritu kot. Maklumlah aku ada post pasal Live Streaming Malaysia vs Liverpool kat SINI. Semasa perlawanan tu berlangsung, aku dah berada kat Lebuhraya PLUS menuju ke KL atas urusan keluarga. Jadi aku tak tahulah streaming tu boleh tengok ke tak sebab takde komen langsung pon kat entri tu. Kalau tak boleh tengok, maaflah ye sebab aku tak online time tu.

Okaylah. Ni trafik blog ni semasa ketiadaan aku.

Sunday, July 17, 2011

Izreen Azminda Suka Lelaki Melayu Macam Aku

Assalamualaikum. Tinggal satu episod saja lagi drama kesukaan aku ni iaitu Juvana. Aku suka tengok drama ni sebab ada Cikgu Zakiah tu. Kenal tak? Nama dia Izreen Azminda. Serius sebelum ni memang tak kenal pon walaupon aku ada jugak tengok drama Isabella kat Astro tu. hahaha. Aku ada baca satu artikel online ni yang mengatakan dia ni masih Single and Available. So bagi lelaki hidung belang kat luar tu, tunggu apa lagi? Jalankan kewajipan anda. hahaha. Aku bukan hidung belang okay. Hidung mancung pon bukan. hahaha.

Saturday, July 16, 2011

Kejap Naik, Kejap Turun

Assalamualaikum.

Bagi sesiapa yang belum tengok filem Sekali Lagi bolehlah ke SINI

Masa aku tengah khayal post entri NI, ada kawan aku cakap blog aku ni dah jadi macam tempat download pulak. Mungkin betul apa yang dia cakapkan tu. Aku cuma nak kongsi je kepada sesiapa yang belum tengok tu. Dan aku hanya akan post cerita Melayu je. Nak cerita Non-Malay sila google sendiri. hahaha.

Aku ni masih newbie dalam blog ni. So aku cubalah update pasal Download Filem Sekali Lagi tu. Sebab aku tengok kat Syok[dot]org pon masih belum ada yang post filem tu. Dan kat bawah ni ada menunjukkan trafik blog beberapa jam lepas aku post entri tu. Memang orang datang sebab nak download kot.

Senarai Penuh Keputusan Anugerah Planet Muzik 2011

Assalamualaikum. Malam tadi satu event besar telah berlangsung iaitu Anugerah Planet Muzik 2011. Sebanyak 16 kategori dipertandingkan beserta satu Anugerah Khas Planet Muzik. Tahniah kepada para pemenang.

1. Vokal Terbaik (Artis Baru Lelaki)

Sandhy Sondoro - Bunga Mimpi
Aris -1000 X Maaf
Febrian - Cinta Itu Gila
Igo - Kemenangan Cinta
Sezaire Sezali - Matahari


2. Vokal Terbaik (Artis Baru Wanita)

Amanda Imani - Selamilah Cinta
Aisya Hasnaa - Lagu Mahu Kamu
Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku
Mytha - Seperti Yang Kau Minta
Roze - Harum

Tonton Siaran Langsung Malaysia VS Liverpool di Bukit Jalil (16 Julai 2011)

Assalamualaikum. Bagi mengubati hati pelanggan Astro yang geram kerana tidak menyiarkan siaran langsung Malaysia vs Arsenal, Astro akan menyiarkan bagi perlawanan kedua menentang gergasi EPL iaitu Malaysia vs Liverpool di saluran Astro SuperSport (817) pada jam 4.55 petang. Perlawanan ini akan berlangsung pada 16 Julai 2011 (Sabtu) jam 5.45 petang di Stadium Nasional Bukit Jalil.



Friday, July 15, 2011

Telatah Manusia Tentang Komputer

Assalamualaikum. Komputer. Korang tahu pasal sejarah komputer? Tahukah siapa yang cipta komputer? Jangan risau. Aku pon tak tahu. Yang aku tahu, sejak munculnya komputer ni, macam-macam kerenah yang dilakukan oleh pengguna. So entri ni ada beberapa kisah pasal manusia yang berkaitan dengan komputer.


Penyokong Liverpool Buat Hal Di Bukit jalil

Assalamualaikum. Esok sekali lagi skuad Malaysia akan berentap melawan satu lagi gergasi EPL iaitu Liverpool. Tahniah The Gunners sebab berjaya menumpaskan Skuad Harimau Malaya Rabu lepas. Dua-dua aku sokong sebab aku fans Arsenal gak. Tapi sekarang ni aku bukan nak cerita pasal Arsenal. Aku nak kongsi pasal satu video ni pasal peminat Manchester United kena "togel" dengan peminat Liverpool.

Jom layan.....

Pantai Tercantik Di Dunia

Assalamualaikum. Memandangkan aku masih lagi dalam mood percutian, aku nak kongsi pasal tempat-tempat percutian lah pulak. Tempat percutian untuk kali ni adalah pantai. Kali terakhir aku pergi pantai masa cuti sekolah yang lepas. Aku sekeluarga telah pergi ke Pulau Langkawi. Tapi aku tak buat pon entri pasal percutian tu. Mungkin nanti kot aku buat entri pasal cuti-cuti ni. Okay lah kita terus ke tajuk utama iaitu 8 Pantai Tercantik Di Dunia. So bagi pasangan yang baru saja membuat aksi di malam pertama, mungkin ini lokasi honeymoon korang. hahaha.


8. Palm Beach, Aruba


Cinta Islamik Konon

Assalamualaikum. Selamat pagi semua. Diharapkan semua sihat pada pagi Jumaat yang berkat ni. Jangan asyik tidur je. Cuba tengok aku ni boleh je bangun awal pagi. Siap post entri lagi. hahaha. Rasanya blog ni dah lama takde tazkirah. So tadi aku terjumpa satu artikel ni yang mungkin sesuai untuk para pembaca remaja macam aku ni. pada waktu umur macam inilah pelbagai halangan dan rintangan perlu ditempuhi. dan di sinilah titik mula untuk kita melihat sejauh mana iman kita. sebab apa aku kata di sini titik mula? cuba kita lihat keadaan sekeliling. remaja-remaja yang baru sahaja tamat zaman persekolahan. dulu bertudung, sekarang free hair. dulu bersongkok, sekarang seluar pendek koyak. ada yang masih bertudung tapi berfesyen. tapi artikel yang aku nak kongsikan ni takde kena-mengena pon dengan mukadimah di atas. hahaha

Thursday, July 14, 2011

Buffered Earning Dari Toyota Vios. Thanks Nuffnang

Assalamualaikum. Bulan lepas blog aku langsung takde BE. Alhamdulillah bulan ni Nuffnang bermurah hati nak bagi aku BE. Walaupon tak dapat banyak macam bulan Mei dulu, aku tak kesah. janji ada. Nak harapkan orang klik memang tak boleh la. sebab aku pon jarang klik yang orang lain punya. hahaha.

Cara-cara Melamar Yang Terbaik

Assalamualaikum. Tadi masa aku tengah blogwalking tiba-tiba terfikir agak-agak macam manalah cara aku melamar anak dara orang nanti. Bukan sebab gatal nak kawin. Cuma pikir masa depan je. hahaha. Jom layan video ni.



Letak Iklan Percuma Selama 5 Jam Tanpa Perlu Minta Keizinan Tuan Blog

Assalamualaikum. Di sini ada satu pengumuman. Seperti yang korang nampak kat bawah menu tu, ia merupakan gadget untuk iklan. Korang hanya perlu letak Link Blog dan Link Gambar je untuk publish iklan korang. Iklan akan kelihatan selama 5 jam. So pandai-pandailah korang cari waktu yang sesuai untuk publish. 




Pertandingan Merenung Payudara

Assalamualaikum. Entri kali ni aku nak kongsi pasal satu video ni. Video ni agak 18 SLS (Seksi Lah Sangat). Jadi aku mintak kepada yang bawah umur tu dinasihatkan untuk mendapat bimbingan ibubapa. Ini bukan entri lucah ye. lawak je. hahaha

Landasan Kereta Api Paling Bahaya Di Indonesia

Assalamualaikum. Tadi aku saje-saje search kat google. Dan aku terjumpa gambar ni. Bayangkan kalau anak-anak atau adik-adik korang main kat landasan tu. Aku dapat bayangkan hampir setiap hari korang makan sup tulang kan. hahaha. Gambar ni diambil dari Jogjakarta, Indonesia. 

Video Goal Malaysia vs Arsenal 13 Julai 2011

Assalamualaikum. Jom tengok video gol Malaysia vs Arsenal.

Gol Pertama - Aaron Ramsey


ProEvents Punca Astro Tidak Menyiarkan Siaran Langsung Malaysia vs Arsenal 2011

Assalamualaikum. Tadi masa perlawanan Malaysia menentang Arsenal, kat facebook kecoh gara-gara pihak Astro yang tidak menyiarkannya secara langsung di tv. Hal ini disebabkan pihak ProEvents yang mungkin tidak membenarkan astro menyiarkannya sebab aku dengar penjualan tiket agak tidak memuaskan. So page ProEvents kat facebook dihentam teruk oleh mereka yang rasa tidak puas hati atas tindakan ProEvents. Tapi

Wednesday, July 13, 2011

Keputusan Penuh Malaysia vs Arsenal 2011

Assalamualaikum. Perlawanan skuad negara menentang Arsenal yang merupakan salah satu gergasi EPL telah pon tamat. kemenangan berpihak kepada pasukan pelawat dengan keputusan Arsenal 3-0 Malaysia. disebabkan Astro tidak menyiarkan siaran secara langsung menerusi televisyen, ramai blogger yang cuba mencari jalan alternatif bagi membolehkan mereka dan peminat bola menontonnya secara streaming. dengan berbekalkan internet berkelajuan cahaya kat rumah aku ni, tiada masalah bagi aku. disebabkan itu jugalah Unique Visitor kat blog ni pada malam ni mencapai 100++.

Tonton Siaran Langsung Malaysia VS Arsenal di Bukit Jalil (13 Julai 2011)

Assalamualaikum. Seperti yang korang semua tahu, malam ni akan berlangsungnya satu perlawanan antara skuad negara menentang gergasi EPL iaitu Arsenal. Aku merupakan peminat tegar Arsenal tapi tak berapa kenal dengan pemain Arsenal. So hilanglah status ketegaran itu. Walaubagaimanapun aku nak tunjukkan jugak ketegaran itu dengan memberi korang salah satu cara untuk menonton tanpa pergi ke kedai mamak atau melanggan Astro. Dengan berbekalkan Internet berkelajuan cahaya, korang bolehlah menyaksikannya kat blog aku tanpa bayak bicara. Bagi internet berkelajuan siput, korang duduk diam2 la ye. hehehe

SEGMEN KENALI BLOGGER SPORTING

Assalamualaikum. aku tengah taip entri untuk segmen yang aku nak join ni. biasalah aku tengah cuti 4 bulan ni tak tahu nak buat apa. join segmen para blogger je la. apa yang aku kena buat adalah jawab 4 soalan mudah bersertakan header dia. tu je. cukup mudahkan.

#6 Wordless Wednesday



Anwar Hadi Video Of The Year

Assalamualaikum. Seperti yang korang semua tahu, Anwar Hadi berjaya menggondol 3 hadiah semalam dalam Digi WWWOW Awards. Senarai pemenang Digi WWWOW Awards korang boleh ke SINI. Untuk kategori Video Of The Year tu aku rasa memang sesuai sangatlah sebab aku pon macam nak pecah perut tengok video tu. Aku siap post kat facebook nak bagi sorang minah ni terasa masa awal tahun dulu. sebab setiap kali dia update status je hampir setiap perkataan ada huruf "EW". rasa macam nak terkeluar je usus aku ni. hahaha. bukan setakat "EW" je, huruf "ER" pon dia campur sekali. serius faking. hahaha.

Senarai Pemenang Digi WWWOW Awards (Anwar Hadi Bolot 3 Hadiah)

Assalamualaikum. Digi WWWOW Awards baru je melabuhkan tirai beberapa jam lepas. Digi WWWOW Awards ni merupakan satu anugerah yang julung kali diadakan bagi Industri Internet ni. Anugerah ni diberikan kepada penulis-penulis blog, rangkaian web atau pengguna laman sosial. Senarai pemenang Digi WWWOW Awards ni telah pon dikeluarkan. Sebanyak 16 kategori dipertandingkan dan Anwar Hadi menggondol 3 hadiah daripada 16 kategori yang dipertandingkan.

Tuesday, July 12, 2011

The Azenders - Livin Rock And Roll

Assalamualaikum. dah pukul 4.30 pagi ni. aku masih tak tidur sebab dunia aku dah terbalik. hahaha. lama dah rasanya blog aku ni takde lagu. tadi saje-saje je la search lagu yang tengah top kat Astro Hits ngan MTV Asia. Pastu aku search la The Azenders. Mungkin ada yang dah tahu mungkin jugak belum. Masa mula-mula dengar ingatkan ni band luar negara rupa-rupanya tidak. Tapi bila dengar suara macam Sam Bunkface pulak (tajam jugak telinga aku ni). Tu yang aku cuba search kat google. Rupanya inilah band yang kecoh masa awal tahun 2011 yang mengatakan Sam keluar Bunkface dan bina band baru.

Thursday, July 7, 2011

Parody: Game Grand Theft Awesome (GTA)

Assalamualaikum. Korang pernah main game Grand Theft Auto (GTA) tak? Siapa yang tak pernah tu tak rugi apa-apa pon. Biasalah zaman kanak-kanak dulu. Mula-mula main game susun blok yang beli kat pasar malam tu. Pastu main game tape pulak. Pastu barulah dapat Playstation 2 hasil duit raya zaman tu. hahaha. time ni lah baru kenal dengan game GTA ni. Sekarang Playstation aku ada kat atas decoder Astro. Lama dah tak bukak sejak masuk matrikulasi. hahaha. Okaylah. Panjang dah ni mukadimah aku. Sebenarnya nak bagitau satu video dari youtube ni. Kadang-kadang best jugak tengok video menganjing (Parody) ni. Jom layan.

Wednesday, July 6, 2011

Parody: Filem Tolong! Awek Aku Beranak

Assalamualaikum. Bulan Julai ni pawagam penuh dengan filem-filem aksi malah filem seram komedi. Sejak filem Ngangkung berjaya menambat hati penonton Malaysia, semakin ramai pengarah yang ingin mencuba nasib dengan membuat filem bergenre seperti itu. Hal ini termasuklah seorang pengarah baru yang juga ingin mencuba nasib dengan filem sulungnya berjudul

#5 Wordless Wednesday