Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Wednesday, August 31, 2011

#13 Wordless Wednesday (Raya Version)


Wordless Wednesday : Pada setiap hari Rabu, semua blogger post gambar di blog tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut. gambar yang akan menceritakan apa yang tersirat.

Monday, August 29, 2011

Dah Boleh Cashout Nuffnang

Assalamualaikum. Mungkin inilah dinamakan rezeki Ramadhan. Lepas je aku post entri Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri Yang Berkurangan, aku terus cek trafik kat Nuffnang. Mulanya aku tak perasan pon earning tu. Maklumlah happy sangat buat entri pasal Tiz Zaqyah. hahaha. Sekali aku terpandang earning dan terus klik. Inilah hasilnya.

Dah boleh cashout dah. Tapi nak tunggu Churp-Churp dengan Says.my dulu lah. Baru rasa. Walaupon tak banyak macam Si Ujang dan isteri ni dapat. Siap beli peti sejuk baru pulak tu. hahaha. 

Okaylah. Tu je nak cakap. Cakap lebih-lebih nanti ada yang cakap poyo pulak. Nak tengok aku poyo tunggu lepas raya. Nak poyo hasil duit raya aku walaupon dah layak untuk kawin.

Jom cepatkan urusan cashout aku dengan klik butang kat bawah ni.

*************************************************************
Terima kasih kepada semua pembaca blog yang tak seberapa ni. Kunjungan anda amat memberi kesan kepada blog ni. Terima kasih sekali lagi.
Jom takbir raya. =D

Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri Yang Berkurangan

Assalamualaikum.

Tiga jam saje lagi nak masuk berbuka.
Tiga jam saje lagi Ramadhan Al-Mubarak akan meninggal kita.
Tiga jam saje lagi Syawal menemui kita.
Dan tiga jam saje lagi syaitan akan bersuka-ria.

Dua hari aku biarkan blog ni tak berupdate. Puasa blogging katanya. hahaha. Busy tolong mak kemas rumah. Bersihkan kipas, susun atur kerusi, macam-macam lagilah. Bagi aku kemeriahan Aidilfitri tahun ni macam kurang sikit la.
Pelita
Sepanjang bulan Ramadhan ni, ada beberapa kali aku berbuka kat kampung. Kampung aku tak jauh pon dari rumah. Setakat bandar dengan Parit Raja tu apa la sangat. Apa yang aku nampak cuma beberapa buah rumah je yang pasang pelita original. Yang lain semuanya pasang pelita yang ada mentol. Jimat dan mesra alam katanya.

Mercun dan meriam
Untuk pengetahuan semua, dah dua tahun aku tak pegang mercun dan main meriam. Sebab puasa tahun lepas banyak dihabiskan di unversiti. Nak cari port jual mercun tu yang payah. Kalau ada pon jual sebiji-sebiji atau sepapan-sepapan. Aku nak beli sebungkus tapi harga sama macam beli sebiji-sebiji. Memang kena pikir berkali-kali la. hahaha. Entah-entah level keberanian aku nak bakar mercun pon dah berkurang. Maklumlah 18 tahun aku asah bakat nak bakar mercun ni. Bila dua tahun tak main memang jatuh merudum la. Macam trafik blog jugak. hahaha.

Tak dapat beraya bersama
Bukan tahun ni je tak dapat raya bersama. Setiap tahun pon sama. Aku nak balik kampung aku, dia nak balik kampung dia. Puas aku pujuk setiap tahun tapi keputusannya tetap sama. Oh Tiz Zaqyah, kenapa keras hati sangat? Setiap tahun I janji dengan mak I nak bawak U balik sini. Tapi U tetap tolak permintaan I. Kenapa?!!! Kenapa?!!! Kenapa?!!!
Gambar di henset untuk peribadi,
Gambar di Google untuk everybody.
=D

Okay cukuplah entri merapu dari aku. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin.


*********************************************************************
Okay tak pantun aku kat atas tu? Masalahnya tu pantun ke? hahaha. Idea spontan tu (tanpa backspace).
Abaikan label untuk entri ni. LOL

Saturday, August 27, 2011

Penantian Menunggu Bro Posmen Berakhir

Assalamualaikum. Tadi masa tengah khusuk main DOTA, tiba-tiba adik aku cakap ada surat untuk aku. Ingatkan dia main-main je. Rupanya betul-betul la. hahaha


Tengok cop kat sampul surat tu tulis Shah Alam. Mulalah aku pikir siapalah member aku yang duduk Shah Alam. Sekali bukak rupanya dari member aku dari Negeri Sembilan la. Macam mana surat tu sampai Shah Alam itu aku tak tahu. Yang penting ada jugak kad raya untuk tahun ni.

Dari awal puasa haritu aku tunggu Bro Posmen. Tapi hampa je setiap hari. Yang Bro Posmen tu hantar cuma surat dari Astro, MBF, SEGI College (kolej tak paham bahasa...asyik-asyik call mak aku tanya adik aku dah masuk U ke belum). Akhirnya dapat jugak walaupun cuma satu je (terharu). T_T



Kad ni dari kawan matrik aku. Walaupun tak pernah sama kelas, kitorang PERNAH rapat melalui facebook SUATU KETIKA DAHULU. Okaylah. Malas nak ingat balik. Tak sangka masih simpan alamat yang aku bagi dulu. Oh ye. Lupa nak mention nama sebab eksaited sangat. Thanks NUR FARAWAHIDAH HANIM.

***************************************************************
Dah dua tahun langsung tak pegang mercun. T_T

Tahun Ni Tak Jadi Raya

Assalamualaikum. Ni entri paling ringkas aku rasa. Saje nak buat kita berfikir. Cerita ni berkenaan dengan pengumuman raya. Alaa yang ada pakcik pemegang cop mohor umumkan raya tu la.



Masa aku kecik-kecik dulu, setiap kali nak masuk bulan Ramadhan dan Syawal family aku akan duduk depan tv untuk dengar pengumuman tu. Apa yang aku lihat, bila ada je pengumuman tu bermakna keesokan harinya kita akan mula berpuasa atau beraya. Begitu jugalah sampai sekarang. Tarikh puasa dan raya tu sama je macam dalam kalender.

Persoalan yang aku saje-saje nak timbulkan adalah "pernah ke tarikh raya atau puasa tu lari daripada kalender?"

********************************************************
Baju raya aku dah siap. Tahun ni tema hijau. Korang?

Friday, August 26, 2011

Tutorial : Button Multiple Links

Assalamualaikum. Adam Fikri tanya aku macam mana nak buat button "sumbangan" yang macam aku buat dalam entri Tak Bosan Ke Berblogging Ni. So ni entri tutorial pertama aku buat. hahaha


Jom buat button ni sama-sama.


Untuk buat button kat atas ni, ni coding dia.



Tukar LINK 1, LINK 2, LINK 3, LINK4 dengan LINK SENDIRI
Tukar SUMBANGAN ANDA dengan AYAT SENDIRI
Kalau nak tambah/buang link, just tambah/buang window.open('LINK'); sebelum penutup quotes ( " )

Harap tutorial ni membantu. Kalau tak paham tinggalkan komen kat bawah ni. =D

**************************************************************
Amaran: Ada yang guna button ni dengan meletakkan url prank (keluar gambar seram dengan bunyi jeritan). Untuk elakkan benda-benda macam ni, tekan Ctrl + U (Control U) dan lihat link yang di letakkan dalam button tu. Kalau iklan, korang klik je la. Anggaplah itu sebagai SUMBANGAN DARI ANDA.

Thursday, August 25, 2011

Tak Bosan Ke Berblogging Ni?

Assalamualaikum. Ada kawan aku tanya, "Tak bosan ke mengadap blog?" Jawapannya tak sebab selain berblog  aku buat kerja lain. Ibarat sambil menyelam gosok gigi minum air la ni. So takdelah bosan sangat. Kerja apa yang aku buat? Baca sampai habis.



First of all (teromputih pulak), aku main game kesukaan kebanyakkan lelaki iaitu Defence Of The Ancients atau dikenali sebagai DOTA. Ada jugak perempuan yang main game ni kadang-kadang. Aku main dengan komputer ke? Jawapannya tak. Aku main dengan makhluk-makhluk yang berada di Malaysia ni la. Dengan hanya mendownload sofware yang bernama GARENA, aku boleh main dengan sesuka hati terus dari rumah. Tak perlu nak ke cyber cafe (CC) main dengan mereka-mereka yang berada di sana. Dahlah bising. Tapi semangat perkauman kena kuatlah pakai GARENA ni sebab golongan-golongan racist ni macam celaka. Selalunya antara Melayu dengan Cina. Kaum lain tak nampak pulak batang hidung.

Yang kedua, aku pasang tv kuat-kuat. Selalunya aku bukak chanel Astro MTV pagi-pagi. Bolehlah layan sikit. Lagi-lagi bila keluar lagu LMFAO dengan Far East Movement, butang tambah volume wajib ditekan. Biarlah jiran nak kata apa. Diorang nak cakap ganggu tidur ke aku tak kesah. Buruknya perangai tidur pagi-pagi ni (aku baru je lepas bangun..hehehe). Depan rumah aku ni ada tadika. Bila cikgu diorang ajar lagu nasyid, aku slowkanlah balik volume tu. Tak pon bukak Astro Oasis. Insaf kejap T_T

Yang ketiga, frasa carilah ilmu sehingga ke negeri China aku praktikkan sepanjang cuti ni. Maklumlah tak kerja. So peganglah prinsip tu. Antara ilmu yang aku pelajari sepanjang cuti ni adalah bab coding-coding flash ni. Walaupon pada awalnya aku malas nak pikir dah pasal benda ni sebab tak tahu nak cari sumber kat mana. Atas bantuan Zaim dari blog Ayeem Ayam, dapatlah aku belajar flash ni sikit-sikit. Cuba tengok header tu, ada jam digital kan. Coding ni aku dapat lepas Zaim bagi aku link pasal flash ni walaupon bukan coding jam ni yang aku cari. Selain header, ada lagi yang aku buat. Contohnya dalam entri Mukadimah ni. Mulanya nak tanya macam mana nak buat buku yang macam dia buat, sekali jumpa yang lain pulak. Walaupon aku punya tak kemas mana pon. hahaha.

Okay cukuplah sampai disini. Terpanjang pulak aku taip.


******************************************************************
Harini cuaca panas tapi tak terasa panas pon. Adakah malam tadi malam lailatul qadar? Wallahualam. =D

Wednesday, August 24, 2011

#12 Wordless Wednesday


Wordless Wednesday : Pada setiap hari Rabu, semua blogger post gambar di blog tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut. gambar yang akan menceritakan apa yang tersirat.

Tuesday, August 23, 2011

Kenangan Bersama Kad Raya

Assalamualaikum. Entah macam mana aku hampir terlepas pandang segmen dari Keroro ni. Kalau nak join boleh ke SINI atau klik gambar bawah ni.


Segmen kali ni mengimbau kembali kenangan bersama kad raya. Rasanya dah bertahun-tahun tak dapat kad raya ni sejak adanya henset. Maklumlah semua pakat hantar ucapan hari raya pakai henset je. Jimat punya pasal.

Last aku dapat kad raya masa sekolah menengah dulu. Yang hantar tu member sekolah rendah kalau tak silap. Tak ingat pulak siapa dia. Mungkin aku tak pernah hantar kat sesiapa menjadi punca aku tak dapat kad raya sampai sekarang. T_T

Apa yang best pasal kad raya ni bagi aku adalah kreatif. Masa zaman sekolah-sekolah dulu ada pertandingan design kad raya. So kenalah beli barang-barang nak buat kad raya tu. Siap ada manik lagi. Lastly tak jadi hantar pon sebab malu ada manik-manik tu. LOL

Ada jugak aku beli kad yang ada bunyi lagu raya tu tapi sayang nak bagi kad orang. Kedekut gila kan masa tu. Buat hiasan kat rumah je la. Macam Mr. Bean pulak rasanya.

Ada sesape nak bagi aku kad raya tak? Sampai rumah lepas raya pon tak kesah. hahahah

Soal Yuran Juga Yang Mereka Cari

Assalamualaikum. Selamat pagi. Mesti ada yang baru bangun kan. Macamlah aku tak tahu. Aku pon sama. Sedap tidur waktu hujan ni. hahaha. Tinggal seminggu je lagi nak menyambut hari raya. Masing-masing aku tengok tengah buat persiapan nak beraya. Aku pon belum siapkan apa-apa. Buat apa buat persiapan hari raya ni. Persiapan nak mati dan mengadap ALLAH ada yang lupa. Opss...Ceramah free pulak. hahaha



Dalam membuat persiapan hari raya ni jugak aku tengok ada yang buat persiapan nak masuk universiti. Maklumlah student baru masuk awal lebih kurang seminggu selepas raya kalau tak silap. So kenalah buat persiapan awal memandangkan seminggu tu kita nak beraya sakanlah katakan. Bagi student yang tak berapa baru macam aku ni masuk 10 @ 11 September ni. So lambat lagilah kan. Sempat join baraan (tempat lain panggil Marhaban) dari rumah ke rumah. Sempatlah jugak merasa makanan enak-enak masa baraan nanti. hahaha.

Bercakap pasal persiapan masuk U ni, soal yuran tak boleh diabaikan. Sampaikan ada yang search pasal "yuran UTM mahal." hahaha. Nak tergelak pon ada. Sepanjang 2 sem aku belajar dengan kadar yuran macam tu, alhamdulillah dapat jugak makan ayam hari-hari. Takdelah makan mee segera je (sepanjang 2 sem tu aku tak makan mee segera langsung).


Berdasarkan entri yuran UTM paling mahal, yuran aku RM1800 sebab kolej yang aku duduk tu kolej baru. Bilik yang sepatutnya boleh diduduki 4 pelajar hanya ada 2 orang je dalam tu. Nak bawak masuk meja pingpong atau akuarium pon boleh. Serius. Ada je bilik kos murah tapi kolej lain. Setiap kolej mempunyai harga yang berbeza-beza. Sepanjang 4 tahun tu kalau nak pindah kolej setiap tahun boleh je asalkan dapat kuota pengetua. Tapi kalau duduk berjauhan dengan coursemate memang susahlah kalau nak copy assignment. hahaha.

Okay cukuplah penerangan aku tu. Sebenarnya ada lagi yuran universiti yang lagi mahal dari UTM. Cuba tengok komen kat entri ni.


Monday, August 22, 2011

Clash of the Bloggers' Fantasy Team

Assalamualaikum. Aku join contest EPL ni. Ni contest jangka panjang namanya. Yelah nak kena tunggu habis satu musim baru decide pemenang. hahaha.


Kalau nak join klik gambar atas tu atau terus ke SINI. Macam biasa join contest mesti ada syarat-syaratnya. Antara syarat-syaratnya kena tinggal link kat ruangan komen lah. Macam tak biasa pulak kan. hahaha

Nama team : Tin Sarden FC

Team Favorite : Arsenal FC

************************************************************
Habis je 1st game aku terus tukar semua player. Nasib baik dia pulangkan balik wild card.

Anonymous Panas Punggung

Assalamualaikum. Gara-gara aku terlupa nak sensed nama dalam satu gambar ni, Google dah kantoikan aku dengan orang yang sebenar. Siap dapat komen dari Anonymous lagi. Cuba tengok ni.


Komen ni aku dapat dari entri Awak tolong like gambar kita please. Yang aku pelik macam mana nama tu boleh sangkut dalam blog ni. Rupanya terdapat komen yang mention nama tu. hahaha. Ni lah padahnya bak kata pepatah sepandai-pandai aku menaip, akhirnya masuk google juga.


Semalam lepas balik dari Seremban aku terus online. Ada beberapa friend request. Selalunya aku approve je. Mula-mula tu memang tak perasan lah. Baru tadi aku teringat nama tu lepas aku cek keyword yang masuk blog untuk harini. Keyword tu sama dengan nama profile Facebook yang add aku tu. Tengok kat wall dia siap cakap nak hack blog pulak tu. Tak pastilah samada dia mention blog ni atau tidak. Wallahualam.

Kepada yang terlibat, aku minta maaflah ye. Tak tahulah yang jadi anonymous ni samada dia atau bukan. Aku  dah delete gambar dan komen tu sekali. Peace yow....=D


***************************************************
Jangan panaskan blog ni. Rosak lappy aku aku nanti.=D

Fenomena Bulan Mengelilingi Kaabah Adalah Benar

Assalamualaikum. Harini baru dapat menaip. Ingatkan semalam nak menaip entri tapi penat pulak. Aku berbuka dalam kereta je semalam. Nasib baik sempat terawih kat masjid yang selalu aku pergi. Ingatkan semalam tak sempat memandangkan pukul 6.15 petang aku dengan family masih berada di Muar singgah beli juadah berbuka. Sampai rumah 7.30 malam. Nampak kan betapa lajunya bapak aku drive kereta. hahaha. Dah biasa kot hari-hari drive dari Batu Pahat ke Muar. Bapak aku kerja kat sana.


Okaylah berbalik pada tajuk asal, Sabtu lepas aku dengan family pergi Seremban. Sampai je rumah sedara aku, macam-macam ceritalah keluar sampai berita Pak Long aku pergi umrah pon ada. Kebetulan dia baru sampai KL hari Sabtu tu. So dia cakaplah fenomena bulan berada atas Kaabah tu betul-betul ada. Tapi takde pulak dia cakap bulan tu mengelilingi Kaabah ke tak.

Lagi satu dia cakap fenomena tu berlaku 16 atau 17 Ramadhan (aku tak ingat tarikh dia) lalu dan bukannya 20 Ramadhan seperti yang disampaikan dalam SMS palsu baru-baru ni. Tarikh 17 Ramadhan tu bersamaan dengan hari Nuzul Al-Quran. Ada betulnya jugak kalau benda ni betul-betul berlaku. Sebab tarikh tu adalah pertengahan bulan. So bulan akan mengambang penuh. Atau inilah kekuasaan yang ALLAH nak tunjuk kepada kita.

Yang kelakarnya bila dalam SMS palsu tu ada menyatakan segala doa akan dimakbulkan. So ramailah yang sebarkan kepada rakan-rakan. Maka untunglah syarikat telco yang berada di Malaysia ni. Inilah perangai ORANG KITA yang hanya tahu ambil jalan mudah je. Malas berusaha tapi minta doa dimakbulkan. Wallahualam.

*******************************************************************
Mungkin pengarah dan staf-staf syarikat telco terbabit ada berdoa pada malam kejadian fenomena tersebut. Sebab tu boleh untung besar dengan sebarkan SMS macam ni. hahahaha

Segmen Hira : Aku Reti Memasak, Kau Reti?

Assalamualaikum. Ada yang beranggapan kaum lelaki tak pandai memasak. Cuba tengok restoran-restoran makanan ala Thai. Aku yakin lelaki yang masak. hahaha. Kaum wanita jangan panas punggung pulak pasal statement tadi. Sebenarnya aku join segmen dari Hira ni. Kalau nak join klik SINI.


Antara makanan yang aku pernah masak:

Nasi Goreng
kalau ada yang suka masakan pedas, boleh suruh aku masak (gurau je). Setiap kali masak nasi goreng mak aku mesti komplen sebab pedas sangat. Tapi bagi aku biasa je kepedasan macam tu. hahaha. Lidah Jawa la katakan. Mak aku orang Pahang, bapak orang Johor.

Telur Dadar
Siapa yang tak pandai masak telur ni memang nak kena buang negeri aku rasa. Benda senang je ni. Sebelah tangan je. hahaha

Tom Yam
Hahaha. Terkejut tak. Dengan adanya kiub Tom Yam, semua kerja masakan jadi mudah. Opps kantoi pulak pakai kiub tom yam.

Mee Segera
Ni lah masakan yang wajib tahu bagi golongan bujang macam aku ni. Aku masak mee segera ni. Tak mainlah rendam-rendam dalam air panas. Siap ada udang dan sotong lagi aku letak. hahaha. Tapi dah setahun dah tak makan makanan segera ni. Tak bagus untuk kesihatan. Lagipon kadar pencernaannya yang terlalu cepat menyusahkan aku ketika berada di kelas. Bayangkan sakit perut waktu dalam kelas. Aku tak suka tandas awam ni. Rela balik kolej. hahaha

Okay cukup empat makanan aku bagi. Sebenarnya ada banyak lagi. Saje taknak poyo. hahaha

Sunday, August 21, 2011

Apabila Perempuan Cun Panggil Aku

Assalamualaikum.Selamat pagi yang tak berapa nak pagi. Selalunya pagi-pagi ni best kalau kita bersenam. Bersenam ni ada banyak jenis. Senyum atau gelak ketawa juga merupakan sejenis senaman ringan. Apa kata pagi ni kita senam dengan gelak ketawa. Jom tengok video ni.



Kalau aku kat tempat lelaki tu serius malu gila. Mana tak nya kalau perempuan yang panggil sekali silap orang. Kalaulah muka ni boleh simpan kat kocek. hahaha.




Saturday, August 20, 2011

Prank Yang LOL

Assalamualaikum. Aku nak tunjuk satu lagi video untuk malam ni. Entri petang tadi aku ada selitkan video yang agak melucukan. Korang boleh scroll ke bawah atau lihat di archive. Video ni pasal mintak tolong. Agaknya macam mana kalau korang yang kena macam tu. Jom layan video ni.



Ada yang siap lari sebab takut barang pecah. hahahah



Apabila Kanak-Kanak Menyanyi Lazy Song

Assalamualaikum. Korang mesti pernah dengar lagu dari Bruno Mars yang bertajuk Lazy Song kan. Kalau tengok video klip lagilah rasa macam nak gelak kuat-kuat je. Siapalah tak gelak kalau tengok monyet joget pastu siap pakai boxer lagi. hahaha. Tapi harini aku nak share lagu yang sama tapi versi dari kanak-kanak kembar pulak. Serius kelakar. Comel pulak tu.




************************************************************************
Ni auto-publish. Sekarang ni aku on the way ke Seremban. Esok baru balik Batu Pahat semula. Blog terbiar selama sehari ibarat setahun bagi aku. hahaha

Isi Kandungan Lari Daripada Tajuk

Assalamualaikum. Korang pernah tak baca atau tulis entri yang langsung tiada kaitan dengan tajuk. Aku pernah baca entri jenis macam ni. Selalunya entri jenis ni akan mendapat jumlah pembaca yang ramai jika kena pada situasinya.


Antara contoh entri yang lari tajuk buat masa ni adalah berkenaan dengan perkahwinan Yusri dan Lisa Surihani. Bila sudah terkena baru aku tahu strategi yang diorang guna pakai bagi menarik pembaca. Bayangkan kalau seratus orang baca entri tu. Dah boleh dapat seratus unique visitor (UV). Tu pon belum tengok lagi jumlah page views. Majoriti akan melihat entri-entri lain yang sentiasa lari tajuk di dalam blog tersebut.

Ada juga yang buat tajuk lucah untuk menarik perhatian pembaca gila seks ni. Setakat ni aku lihat adalah beberapa blog yang guna strategi macam tu dan aku tengok ramai yang suka entri macam tu. Aku ada terfikir nak buat macam tu jugak tapi bila fikir soal halal haram pendapatan blog ni aku hentikan niat tu. Apa korang rasa kalau segala hasil pendapatan korang adalah melalui keyword lucah? Tak rasa apa-apa ke? Atau korang memang hati kering? Setakat ni keyword yang berunsur lucah yang masuk kat dalam blog aku ni sikit je dan aku harap tidak akan naik lagi kat google. Ni semua selepas post entri ni. Tapi yang tu bukan lari tajuk. Memang betul pon. hahaha.

Okaylah. Rasanya cukuplah pendapat dan pandangan dari aku tu. Kalau korang ada pendapat lain just komen kat ruangan komen. Sekian.

***********************************************************
Kejap lagi nak bersiap pergi Seremban. Sunyi sepilah blog ni sehari. Kena siapkan entri auto-publish ni. hahaha

SAYA NAK JOIN BLOGLIST BLOGFYNA.COM

Aku join bloglist lagi.


Kalau nak join klik SINI.

Bloglist Bersama Dunia Hidupku PCL

Assalamualaikum. Lama dah tak join blog list. Harini nak join banyak-banyak boleh tak. hahaha


Kalau nak join klik SINI.

Friday, August 19, 2011

Surat Tuntutan : Yuran UTM Paling Mahal

Assalamualaikum. Tadi ada posmen hantar surat kat aku. Surat Tuntutan tajuknya. Aku pon tak tahu tuntutan apa pulak ni. Aku kahwin pon belum lagi, lagikan pulak bercerai. Nak kata tuntut hak penjagaan anak, anak tekak je aku ada sekarang ni. Sekali bukak surat tu rupanya pasal tuntutan yuran pengajian la. hahaha.


Patutlah haritu ada kawan aku cakap UTM mintak jelaskan bayaran sebelum naik semester ni sedangkan PTPTN tak masuk lagi. Bagi yang cepat gelabah akan gelabah la bila soal macam ni. Pinjaman PTPTN akan dimasukkan sebelum naik semester selalunya. Lagi pon yuran tu akan ditolak melalui akaun bank yang didaftar semasa proses pendaftaran tahun 1 dulu. So tak perlu risaulah bila benda macam ni terjadi.


Aku dengar yuran UTM paling mahal dalam kebanyakkan universiti kat Malaysia ni. Betul ke? Aku pon tak tahu. Mungkin yuran diorang tak termasuk kos penginapan asrama kot. Sebab UTM ada sediakan asrama sepanjang masa pengajian. Tak macam universiti lain yang hanya sediakan untuk mahasiswa tahun satu sahaja. Habis je tahun satu kena cari rumah sewa. Cuba jumlahkan kadar sewa tu dengan jumlah yuran pengajian tu. Cukup tak RM1800 macam kat surat yang aku dapat ni. Aku rasa mesti lebihkan. Tapi masih ada yang merungut cakap UTM punya yuran mahal berbanding universiti lain. Wallahualam.

***********************************************************************
Mulanya aku nak cerita pasal dapat surat tuntutan ni je tapi tetiba terberi ceramah pulak. hahaha. Ni bukan ceramah free tau. Kena bayar seringgit. Klik bawah ni. hahaha



Doodle Dari Itik Kuning

Assalamualaikum. Sekarang ni memang musim buat dodol. Maklumlah dah nak raya kan. Tak sah kalau takde makanan chewing gam tradisional versi Melayu ni. hahaha. Panjang gila nama. Sambil orang-orang kampung sebuk buat dodol, ada jugak yang sebuk buat doodle. Contohnya si Nad dari Blog Itik Kuning ni. Dia siap buatkan aku doodle lagi semalam.


Haritu dia ada buat entri ni. Dia cakap kalau ada yang cakap doodle yang dia buat tu cantik, dia akan hadiahkan doodle. Aku pon komenlah seIKHLAS yang boleh. Ingatkan main-main je. Sekali betul-betul daaa...Ni doodle yang Nad buatkan untuk aku.


Apasal gelak-gelak? Okay la tu daripada takde kan. Siap ada cicak tokek lagi. Jatuh dari langit agaknya. Boleh jadi kaya aku pasni. hahaha. Jangan tanya aku kenapa dengan tangan kiri aku tu. Tanya Nad sendiri. Dia yang buat so dialah yang paham. hahaha.

Thanks Nad. Macam menang awards pulak rasanya. hahaha



Thursday, August 18, 2011

Blog Kau Ada Follower Tak?

Assalamualaikum. Tajuk kali ni agak sinis aku rasa. Masa mula-mula aku buat blog 2 tahun lepas memang tak pikir pon pasal pembaca atau follower ni. Maklumlah semua entri copy paste je. Mana yang best aku copy masuk dalam blog ni. Tapi lepas aku baca satu artikel pasal hak cipta ni, aku delete semua entri yang aku copy paste tanpa minta kebenaran kecuali yang dari I Luv Islam je. Kalau diorang tak bagi copy macam mana nak sebarkan dakwah. Betul tak? Okaylah kat sini aku nak senaraikan jenis blog yang aku pikir beberapa kali untuk follow. Bukan aku je, orang lain pon mungkin sama.


Masa Loading

Aku rasa ni lah masalah paling utama dan perlu dititkberatkan oleh semua blogger. Cuba korang bayangkan kalau dalam masa 30 saat blog masih loading. Aku rasa geram yang amat dan automatik akan terklik pangkah. hahaha. Selalunya aku akan bukak maksimum 3 blog dalam satu masa. Kalau 2 blog tu korang dah habis baca, sekali tengok blog ketiga masih loading apa korang akan rasa? Siap ada tulisan yang kejar cursor tu segala bagai. Pergh. Aku nak klik pon susah. Kadang-kadang terklik link tulisan kejar-kejar tu.
Aku mengaku blog aku ni takdelah ringan sangat. Mungkin berat bagi yang pakai broadband. Tapi yang pakai streamix atau seumpama dengannya aku rasa okay je kot.


Asyik Emo Je


Hampir semua entri nak emo je. Suruh orang follow tapi entri emo je. Takde langsung cerita dunia luar. Sekurang-kurangnya ceritalah tempat-tempat best dekat dengan tempat tinggal tu. Aku ni jenis yang suka jalan-jalan. Nasib baiklah takde kereta. Kalau tak semua tempat aku dah jejak sepanjang cuti 4 bulan ni.
"Oh tuhan kenapa aku diduga seperti ini? Aku tidak sanggup dipermainkan lagi. Tidak cukup cantikkah aku dimata dia. Mustika Ratu sudah ku try. Simplycity juga sudah ku cuba. Apa yang tidak cukup? T_T"-contoh ayat
Kat atas ni contoh ayat yang selalu aku jumpa kat blog jenis macam ni. Maaflah ayat tu tak berapa menganjing lagi la. Aku tak reti nak buat ayat yang lagi sedap. hahaha. Yang pelik tu siap pasang lagu emo pulak tu. Haiz. Memang nampaklah emo tu. Kenapa baby? Meh sini kat abang meh. Biar abang pujuk. hahaha

Blog Buat Orang Terkejut

Bayangkan tengah korang khusuk baca entri tiba-tiba bunyi lagu dengan volume yang paling maksimum. Tak terkejut pulak kau kan. Pastu cari butang stop pon tak jumpa. Aku nak baca pon terus takde mood. Aku yang tengah pasang lagu pon terus dengar lagu campur-campur. Macam masuk pertandingan teka lagu yang kat radio pulak. hahaha. Macam

Okay la tu. Cukup 3. Mungkin ada lagi tapi aku tak kesah sangat. Yang tiga kat atas ni je bagi aku yang paling penting. Setiap orang ada pendapat sendiri. Ingat pesanan ni, kita buat blog ni untuk orang baca, jadi jangan syok sendiri. Lainlah kalau korang memang nak buat untuk sendiri baca. Jadi tak perlulah nak ajak follow atau korang boleh privatekan je blog tu. Sekian.

Keputusan Spanish Super Cup Barcelona Vs Real Madrid

Assalamualaikum. Selamat pagi. Aku baru lepas tengok match Barcelona lawan Real Madrid. Kebetulan game ni start waktu aku bangun sahur dalam pukul 5 pagi camtu. Berbaloi la jugak tindakan aku yang sanggup call Astro untuk pasang channel sports.

1st match
BARCELONA 2 - 2 REAL MADRID

2nd match
BARCELONA 3 - 2 REAL MADRID

AGGREGAT
BARCELONA 5 - 4 REAL MADRID

Dah 2 bulan tak tengok sports sejak EPL musim 2010/2011 tamat. So Sabtu haritu aku call Astro sebab nak tengok EPL musim 2011/2012 pulak. Time tu Liverpool tengah lawan Sunderland. Tapi bukan Liverpool yang aku nak tengok. Aku nak tengok Arsenal punya match sebenarnya. hehehe.


Minggu ni Arsenal lawan Liverpool. Wajib tengok ni tapi aku kena pergi Seremban pulak Sabtu ni. Tak tahulah sedara aku tu langgan sports ke tak. Mintak-mintaklah ada.

**********************************************************************
Fakta yang baru aku dapat : kebanyakkan peminat Arsenal adalah peminat Barcelona jugak. Tak tahu sebab apa. Aku pon termasuk jugak dalam golongan ni. haha

Wednesday, August 17, 2011

Bila Mak Dah Bagi Green Light

Assalamualaikum. Dari awal puasa sampai la ke harini aku rasa makanan berbuka yang paling aku banyak makan adalah Nasi Kerabu. Setiap kali pergi Bazaar Ramadhan kat Pesta (nama tempat kat Batu Pahat) tak lengkap rasanya kalau tak beli makanan kegemaran tu.



Selalunya aku tengok dulu kuantiti nasi dalam Nasi Kerabu tu. Kalau sikit, aku beli pulak Laksam. Memang selera tahap apa entah aku pon tak tahu. hahaha. Berbalik pada tajuk di atas, disebabkan aku suka sangat makan nasi kerabu tu, mak aku cakap kat aku kawinlah dengan orang Kelantan kalau nak nasi kerabu hari-hari. So apa lagi wahai mek-mek kelate sekalian, come to papa. hahaha.

Ini namanya Nasi Kerabu. Bukan Nasi Avatar ye. hahaha

Ini Laksam. Bukan Kuew Tiaw Sup.

***************************************************************
Harini berbuka dengan nasi kerabu dan laksam lagi. Mabeles. slurppp~

SEGMEN JOM KENAL DAN TAMBAH RAKAN BLOGGER

Assalamualaikum. Aku join segmen lagi. Kali ni segmen dari Skytech Belog.

Kalau nak join klik gambar ni atau terus ke SINI.

Apa yang diperlukan dalam segmen ni adalah seperti berikut.

Nama panggilan Blogger : Farhan @ Payjoe
Tarikh mula berblog : 26 SEPTEMBER 2009
Rakan blogger terkini : 267
Target tambah rakan blogger : 1juta orang boleh?

Aku harap segmen ni dapat tambah lagi jumlah follower. Sekian.

#11 Wordless Wednesday


Wordless Wednesday : Pada setiap hari Rabu, semua blogger post gambar di blog tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut. gambar yang akan menceritakan apa yang tersirat.



Memberi Penghargaan Kepada Pembaca Melalui Punchtab

Assalamualaikum. Info ni baru aku tahu dari blog Lepak Di Bangku Kosong. Ada satu program rewards ni yang memberi rewards kepada pengunjung yang melawat blog. Rewards ni memberi kita points yang boleh ditebus kepada barangan lain mengikut nilai point yang kita dapat. Perkhidmatan ni juga membolehkan kita tahu pengunjung setia blog kita.


Nama perkidmatan tersebut adalah Punchtab. Seperti yang korang lihat kat sidebar sebelah kiri atas ada satu gadget baru yang aku pasang. Semakin banyak korang komen kat situ, semakin bertambahlah point korang. Setakat ni barang yang boleh ditebus mengikut point cuma kupon belian online je. Mungkin akan bertambah mengikut peredaran masa.

Punchtab ni juga sesuai untuk blogger yang ingin menganjurkan giveaway atau contest. Contoh contest yang aku join melalui Punchtab adalah GIVEAWAY MUDAH SEMPENA RAMADHAN.

Ni screenshot untuk guna Punchtab tersebut.

1. Klik Earn More!

2. Like page kalau sudi. Kemudian klik butang seperti diatas tu.

3. Tinggalkan komen kalau sudi.



***********************************************************
Salah satu cara nak tarik pengunjung. =D

Tuesday, August 16, 2011

Yang Kesepuluh Dari Nuffnang

Assalamualaikum. Entri ni kalau korang nak baca, bacalah, kalau taknak aku tak kesah.

Tadi aku cek earning Nuffnang mana tahu kalau-kalau dapat BE (Buffered Earning) lagi. Dah dekat 2 minggu blog ni takde BE selepas BE dari Toyota Vios jadi ME (Metered Earning). Alhamdulillah aku dapat BE lagi. BE kali ni dapat dari Iskandar Malaysia. Bagi yang tinggal di Johor tu mungkin tahu Iskandar Malaysia ni apa.

Iskandar Malaysia, dahulunya Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar Development Region) merupakan koridor pembangunan yang dilaksanakan di bahagian selatan Johor. Koridor ini juga dikenali sebagai South Johor Economic Region (SJER) atau Pembangunan Wilayah Ekonomi Selatan Johor.  
Koridor ini diumumkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 30 Julai 2006. Koridor ini telah bertukar nama kepada Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) pada 4 November 2006 bersempena nama Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail. Namanya ditukar lagi menjadi Iskandar Malaysia pada 11 April 2008. Tempoh pembangunan kawasan ini adalah sehingga tahun 2025 dan memerlukan kos lebih RM47 bilion untuk menjana pertumbuhan ekonomi sebanyak lapan peratus dalam tempoh lima tahun yang pertama. Iskandar Malaysia juga akan menjadi sebuah pusat pertumbuhan yang terbesar di rantau ini. Apabila ia siap kelak, keseluruhan kawasan pembangunan dikatakan menyamai 2 setengah kali ganda keluasan Singapura. Khazanah Nasional Berhad akan memainkan peranan utama dalam merealisasikan wawasan itu. Kewujudan wilayah pertumbuhan seluas 2,217 kilometer persegi itu diyakini mampu menarik firma besar bertaraf antarabangsa menjalankan perniagaan di situ. [Wikipedia]
 Okay dah tahukan Iskandar Malaysia tu apa. Lama tu jangka masa projek pembangunan ni. Tahun 2025 umur aku dah 30-an dah. Tu pon kalau umur panjang la. Aku rasa ni BE ke-10 yang aku dapat untuk blog ni. Cuba tengok gambar bawah.


Dah puas tengok? Aku saje tak hitamkan amount ME untuk vios tu sebab tu earning paling tinggi pernah aku dapat dari BE. Selama ni tak sampai singgit pon. Earning sekarang lagi dua ringgit boleh cashout tapi aku nak tunggu ChurpChurp dulu. Lama lagi la nampaknya nak cashout.

***************************************************************************

Yang menyampah dengan entri ni jangan salahkan aku sebab aku dah cakap kalau nak baca, baca, kalau taknak aku tak kesah pon. =D
Ada yang kategorikan entri macam ni entri sampah. Gua tak kesah...=p


Saturday, August 13, 2011

Mukadimah

Assalamualaikum. Ni kali pertama aku buat entri dalam bentuk flash. Lama dah aku cari tutorial benda ni baru semalam aku jumpa. Ni lah hasil yang tak seberapa ni. hahaha.



*************************************************************************
Moral of the story: 
Carilah surau/masjid yang baca ayat pendek-pendek je.
Surau taman aku dan semakin berkurang dah.
Aku je remaja yang masih bertahan setakat ni.
hahaha


Kalau ada masa aku buat lagi ye. =D

Nenek Sangap Nak Makan......

Mood: Merdeka

Assalamualaikum. Beberapa bulan lepas Astro ada menganjurkan satu pertandingan mencipta video lagu. Pertandingan tersebut dinamakan My Music Video. So tadi masa tengan tengok tv, Astro adalah tunjukkan satu video ni masa iklan. Lagu ni lagu patriotik tapi aku suka jalan cerita dia. Nenek dia sakit sebab mengidam nak makan......(tengok sendiri)



Lagu ni dinyanyikan oleh Aizat, Altimet, Azlan & The Typewriter, Hazama, Adira, Hafiz, Fina, Najwa, Phoebe, Mei Yan, Jason, Aanantha dan ramai lagi bagi mempromosi projek My Music Indiepretasi. Untuk maklumat lanjut boleh ke SINI. Jangan lupa saksikan hasil mereka yang menyertai pertandingan ini di Astro Chanel 318 bermula 31 Ogos hingga 16 September 2011.

Kad Raya + Duit Raya Fairus Ibrahim

Assalamualaikum. Aku telah di-TAG oleh jiran aku untuk join GA ni. Memandangkan benda ni bukan contest dan pemenang akan dipilih menggunakan random.org, so aku joinlah GA ni. Saje cuba nasib. Mana tahu kan rezeki Ramadhan ni. Orang memberi kita merasa. Cewah. Ayat bunga-bunga pulak. hahaha




Macam biasa. Kebanyakan segmen/contest/GA yang aku join semuanya guna ayat pendek. Tak perlu nak buat esei panjang sampai 3000 patah perkataan. Kalau nak join klik SINI

Disebabkan aku di-TAG oleh salah sorang jiran aku, aku nak tag jiran aku yang lagi sorang pulak. Ditambah pula dengan 2 orang yang follow blog ni.




Friday, August 12, 2011

Burung Aku Membuahkan Hasil Selepas Bertukar Wajah

Assalamualaikum. Selamat hari Jumaat semua. Tadi aku belek-belek akaun ChurpChurp aku dan baru aku perasan ChurpChurp dah berubah wajah walaupon ChurpChurp tu takde wajah pon. hahaha. Yang takde akaun ChurpChurp tu jom la join kat SINI. Kali ni ChurpChurp tampil dengan lebih menarik dan sedap mata memandang. Jom layan printscreen ni.



Ni homepage. Boleh tahan la.


Ni pulak dashboard dia. Abaikan jumlah earning aku ni kalau korang punya earning lagi tinggi dari aku punya. hahaha

Sekali lagi nak bagitahu, sesiapa yang takde akaun ChurpChurp tu jomlah join. Click SINI. ChurpChurp ni kawan baik dengan Nuffnang tapi earning lain-lain. So tak payah risau la pasal status Glitterati Nuffnang tu.


Thursday, August 11, 2011

Giveaway Mudah Sempena Ramadhan

Assalamualaikum. Ni GIVEAWAY sempena Ramadhan dianjurkan oleh Critical Angle. Jom join ramai-ramai GA ini di SINI.


GA ni senang je. Tak perlu taip panjang-panjang. Untuk maklumat lebih lanjut sila klik JOIN GIVEAWAY.

Wednesday, August 10, 2011

The Changcuters - Parampampam

Assalamualaikum. Dah lama tak post lagu kat sini. Kali ni nak post pasal lagu dari Band The Changcuters. Rasanya ni band dari Indon kot. Lupa pulak nak cek IC diorang samada merah atau biru. hahaha. Masa mula-mula dengar kat tv haritu ingatkan ni lagu Inggeris. Sekali bila dengar betul-betul lagu melayu rupanya. Cuma ada campur rojak sikit-sikit la.



Bila aku tengok muka vokalis band ni aku rasa macam muka Nabil Maharaja Lawak la pulak. Tak tahulah kalau mata aku yang rosak. Cuba korang tengok ni. =D





*****************************************************

Ni lagu untuk english education kot. Sebab ending lagu ni cakap "Mari Belajar Bahasa Ingegris".....

#10 Wordless Wednesday


Wordless Wednesday : Pada setiap hari Rabu, semua blogger post gambar di blog tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut. gambar yang akan menceritakan apa yang tersirat.

Tuesday, August 9, 2011

Dapat Jiran Baru...Lu Ada?

Assalamualaikum. Jumaat lepas aku ada join banyak segmen. Salah satunya adalah JOM CARI MUSUH yang dianjurkan oleh Keroro. Musuh yang dimaksudkan sebenarnya bukan musuh betul-betul. Sebenarnya nak cari jiran untuk blog yang masih setinggan ni. Jiran yang dicadangkan oleh Keroro cuma satu je. Tapi sekarang aku ada dua jiran. Sekarang aku nak memperkenalkan jiran-jiran aku.



Ni jiran pertama aku. Kitorang mencapai kata sepakat untuk berjiran melalui ShoutMix Chat yang kat tepi ni. Kebetulan dia join segmen Keroro dan terus terjah Shoutbox aku untuk berjiran. Cuba tengok gambar bawah.


***************************************************************************


Ni jiran yang dicadangkan oleh Keroro. Serba sedikit tentang Khairedzaimy...
Seorang yang masih mencari-cari sinar dalam kehidupan, Saya bukanlah orang yang penuh dengan kemewahan atau apa-apa kelebihan tapi saya masih ada kasih sayang, perhatian dan semangat yang mampu dihulurkan kepada seseorang jika diperlukan saya bukan memberi atau membawa kemewahan tapi kebahagian...-dipetik dari about me Khairedzaimy
 ***************************************************************************
Aku harap dengan adanya jiran ni dapatlah kita saling membantu antara satu sama lain. Korang pulak jangan lupa singgah blog diorang. Sekian.

Monday, August 8, 2011

Kali Pertama Masuk Persada Johor Bahru (Part 2)

Macam biasa di kebanyakan event PC Fair yang lain, ada satu adat ketika kita memasuki pintu tempat PC Fair tu. Korang rasa apa? hahaha. Mestilah kebanjiran promoter-promoter broadband. Geram pulak aku. Jalan sini jumpa promoter, jalan sana jumpa promoter lain pulak. Memang kenalah dengan slogan "everywhere" diorang tu. hahaha.

Aku ke sana bukan nak tengok Pc atau laptop. Saje nak tengok DSLR yang agak "murah" tu. Aku bajet tahun ni dapatlah beli satu DSLR tu. Tapi hajat tu tidak kesampaian pulak. Duit laptop ni pon tak bayar habis lagi. Tapi rasa bangga la sebab dapat beli dengan duit sendiri. Tak macam sesetengah orang tu yang bangga dengan Apple dia padahal duit mak bapak. hahaha. Habis duit PTPTN aku.


Dah puas tengok DSLR. Siap mintak pendapat dari jurujual lagi. Ye lah. Aku kan beginner. Takkan nak beli yang RM 18k terus. Beragak la dengan pengalaman aku yang seciput ni. hahaha. Pendapat diorang, diorang cakap Canon EOS 1100D sesuai dengan aku. Harga tak sampai 2k. So kenalah target balik pasni. Aku target tahun depan dapatlah benda ni satu. InsyaALLAH.

Lebih kurang 2 jam aku kat sana, sebelum balik belilah apa-apa yang murah kat situ. Lastly aku beli vacuum cleaner USB. Tu je lah yang mampu time tu. Sampai rumah 2 minit sebelum berbuka. JB dah berbuka dah time tu. Kalau BP beberapa minit kemudian. Itu sajalah cerita untuk semalam.

Kali Pertama Masuk Persada Johor Bahru (Part 1)

Assalamualaikum. Dah seminggu dah aku berpuasa. Alhamdulillah puasa aku masih penuh. Takde nak bukak-bukak peti ais macam zaman kecik-kecik dulu. hahaha. Semalam aku pergi JB jalan-jalan kat Persada Johor. Kat sana ada PC Fair semalam. Dah la semalam aku tak cukup tidur. Dapat tidur dalam 4 jam je. Tidur lepas subuh pastu bangun pukul 10 sebab kawan ajak pegi JB. Macam mayat hidup je rasa.

Dah lama tak pergi JB. Last aku pergi bulan Mei lepas sebab kena handle event kat UTM. Maknanya dah 3 bulan la aku tak sana. Perjalanan aku rasa macam jauh je. Kalau dulu aku rasa macam dekat pulak. hahaha. Sampai je dekat Persada Johor tu kitorang cari parking. Kitorang parking kat luar je. Di sebabkan ini kali pertama aku pergi Persada Johor, so rasa teruja la sikit. hahaha


Kawan aku ni pulak entah macam mana dia boleh lupa jalan nak masuk tempat ni. Kitorang saje je lah masuk ikut tempat parking dalam tu. Siap naik lif lagi. Dalam 10 minit camtu kitorang puas cari pintu masuk dari tempat parking tu tapi masih tak jumpa-jumpa. Lastly kitorang decide masuk ikut pintu utama. So kenalah turun tingkat bawah sekali. hahaha

Rupanya bukan kitorang je yang sesat dalam tu. Ada nyoyna sekeluarga ni pon sama macam kitorang. Cari pintu nak masuk dari tempat parking tapi tak jumpa-jumpa. hahaha. Akhirnya berjaya jugak masuk situ lalu pintu utama.

Bersambung...

Friday, August 5, 2011

Keyword Terkini : Putus Tunang

Assalamualaikum. Beberapa hari lepas kecoh pasal penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi putus tunang dengan penulis blog Jejari Runcing, Aimie Harmelia Mohd Hashumi. Harini pulak pasal Ally Iskandar putus tunang dengan naib juara program realiti Gadis Melayu, Nur Aishah Zainal.

Sumber : Aku Serabut

Aku sebenarnya bukan nak cerita pasal ni. Biarlah hal diorang. Kita sepatutnya tak perlu masuk campur. Agak-agak la kalau nak cari keyword SEO pon. Takkan benda macam ni pon nak buat main-main. Cuba bayangkan kalau trafik korang naik sebab menyebarkan berita macam ni. Tu okay lagi la aku tak kesah. Kalau ada yang menjana pendapatan melalui trafik macam mana pulak? Korang pikirlah sendiri. Wasalam.

************************************************
Entri ini adalah suka-suka. Tiada kesan emosi dikenakan semasa entri ini ditaip. =D
Agak-agak google index tak entri ni walaupon takde berita penuh pasal putus tunang tu? hehehe

SEGMEN PROMOSI SESAMA BLOGGER

Assalamualaikum. Ni segmen ke-3 aku join harini selepas yang INI dan INI.



Macam segmen Tia yang lepas. Tak perlu taip karangan panjang macam SPM. Cuma letak header pastu publish. Kalau nak join klik SINI. Sekian.

*************************************************
*Dah bosan dengan facebook, blog jadi mangsa. hahaha
*Dah ada jiran baru. Cuba tengok kat sidebar =D

Youtube: Iklan Gangster

Sejak Cikgu Shida famous melalui Youtube, semakin ramai manusia-manusia yang ikut jejak langkah beliau. Tapi cara mereka berbeza. Kalau Cikgu Shida famous dengan entah apa benda namanya pon aku tak tahu. Tapi yang ni bakat lakonan. Korang taip je "parody Melayu" kat Youtube tu kompem banyak suggestion. Yang ni pulak video yang baru aku jumpa. Baru je publish 3 hari lepas dah 11k views. Agak gempak la disitu. Jom layan.