Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Thursday, September 29, 2011

Festival Konvokesyen UTM Kali Ke-47

Assalamualaikum. Dah empat hari tak dapat online. Macam-macam berita aku ketinggalan. Semalam (Rabu), baru connection internet tu direpair. Memang tak boleh buat apa-apa la bila takde internet ni kan. Nak tekan button "ON" kat laptop pon malas. Tidur je la sepanjang empat hari tu. hahaha.
UTM baru je tamat Festival Konvokesyen. Seminggu pesta tu berlangsung, aku cuma pergi sekali je. Tak tahu apa yang best sangat kat sana. Kalau perempuan yang pergi setiap hari tu memang patut la sebab kat sana berlambak tudung dan pakaian perempuan. Yang lelaki tak tahulah diorang cari apa. CUCI MATA agaknya. hahaha. Takpon teman girlfriend.

Okaylah. Malas nak type panjang-panjang. Sebenarnya ada cerita masa kat pesta konvo tu. Lain kali kalau ada masa aku cerita. InsyaALLAH.

*****************************************************************
Tengah buat fieldwork kat UTM ni. Harap cuaca mendung sampai ke petang.
*****************************************************************

Wednesday, September 28, 2011

#17 Wordless Wednesday


Wordless Wednesday : Pada setiap hari Rabu, semua blogger post gambar di blog tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut. gambar yang akan menceritakan apa yang tersirat.

***************************************************************************
Baru 2 minggu start belajar, ASSignment dah beratur tersenyum keriangan. Grrr~
***************************************************************************

Saturday, September 24, 2011

Trafik Dari Blog Rizal Hashim Astro ARENA

Assalamualaikum. Alhamdulillah blog ni semakin mesra dengan google berkaitan SEO ni. Semalam (Jumaat) blog ni mendapat trafik yang agak tinggi dari sebuah blog yang penulisnya merupakan seorang pengacara Astro ARENA iaitu Rizal Hashim. Blognya iaitu http://rizalhashim.blogspot.com/ merupakan sebuah blog yang kebanyakkannya berkaitan dengan sukan. [Untuk keterangan lanjut sila klik SINI.]
Agak pelik bila aku tengok feedjit live trafik aku agak deras masa pagi tu. Banyak yang masuk dari entri Safee V Ramli terus ke entri Siapa Ramli Pemain Manchester United. Nampaknya ramai jugak yang nak tahu siapa Ramli ni yang sebenarnya. Maaflah sebab aku pon tak tahu siapa Ramli tu sebenarnya. Mungkin TM guna nama "Ramli" bagi menunjukkan identiti kita sebagai rakyat Malaysia di mata dunia (mantap gila ayat).


Terima kasih kepada yang menyumbangkan trafik. =D
****************************************************************
Nak tengok Bini-biniku Gangster tapi....
****************************************************************

Friday, September 23, 2011

Fenomena Ramli Manchester United

Assalamualaikum. Semalam aku ada post pasal iklan terbaru dari Telekom Malaysia (TM). Dan pagi tadi dalam pukul 2 pagi aku saje je cek keyword yang masuk blog ni kat Histats. Amat teruja bila aku tengok keyword berkaitan "Ramli" banyak masuk dalam blog ni. Nampaknya google dah nampak kehadiran blog ni. hahaha. Keyword sebelum ni iaitu "Izreen Azminda" pon masih masuk blog ni jugak. Cuma makin berkurang.


Saje je nak main SEO benda ni. Nak join contest SEO Bro Ahmad di TrioSeposen ramai pulak otai yang join. Kompem Google tak pandang blog aku ni. hahaha.

**********************************************************
Berguna jugak Histats ni akhirnya. Nak bukak Nuffnang masih lagi jadi macam haritu (Klik SINI). Nak tengok earning pon tak boleh.
**********************************************************

Thursday, September 22, 2011

Siapa Ramli Pemain Manchester United?

Assalamualaikum. Semalam masa Malaysia menentang Jepun, aku keluar makan dengan kawan kat Taman U. Masa masuk kedai makan tu tokey kedai pasang bultin utama tv3 je. Sampai je berita sukan barulah tokey kedai tu tukar chanel  RTM 2. Waktu tu keputusan Jepun 2 Malaysia 0. Tiba-tiba keluar iklan TM yang bagi aku serius terbaik. Cuba tengok ni.




Macam mana? Best tak? Macam biasalah bila Malaysia buat benda lebih sikit je mesti ada suara sumbang. Boleh tengok kat bahagian komen youtube tu. hahaha



*************************************************************
Lepas ni famouslah nama Ramli. Siap ada jual jersey nama Ramli lagi. hahaha
Mentang-mentanglah aku benci MU. Damn...
*************************************************************

Dulu Seorang Pengkhianat, Sekarang Seorang Pelakon

Namewee. Satu nama yang pernah menggugat kedaulatan negara beberapa tahun lalu dengan nyanyian lagu Negarakuku dan Fuck TNB Malaysia. Tapi nama tu kian tenggelam dengan timbulnya berbagai isu baru berkaitan politik. Kini nama tu naik kembali tapi bukan sebagai "PENGKHIANAT", nama itu naik sebagai seorang "PELAKON."


Untuk cerita selanjutnya boleh google sendiri. Aku nak cerita pasal Nasi Lemak 2.0 ni.

Nasi Lemak 2.0 adalah filem pertama arahan Namewee selepas namanya dikategorikan sebagai pengkhianat. Ahad lepas semasa aku pergi menonton wayang, aku terlihatlah poster Nasi Lemak 2.0 ni. Masa itulah baru aku perasan nama Namewee ni. Sebelum ni tengok iklan kat tv tak perasan pon.


Sekali imbas tengok poster ni macam takde apa-apa pon. Tapi bila aku tengok sekali lagi, di bahagian penajaan kalau tak silap (bawah sekali) terdapat penajaan dari Tiger iaitu sebuah jenama bagi minuman kencing syaitan atau arak.


Macam mana pelakon Melayu yang beragama Islam boleh berlakon dalam cerita ni. Diorang tak kaji dulu ke dari mana penerbit atau pengarah ni dapat sumber penajaan. Walaupon diorang tak minum, duit tu tetap haram sebab diperoleh daripada yang haram. (ada gaya ustaz tak? hahaha)

Beberapa hari lepas terdapat satu kumpulan yang mengadakan demontrasi bagi memboikot filem Nasi Lemak 2.0 ni. Tapi cara diorang buat demo tu salah bagi aku. Sebab diorang buat demo adalah Namewee ni pernah terlibat dengan kontroversi. Tak masuk akal betul. Lainlah kalau diorang boikot sebab penajaan dari syarikat arak tu atau pon nama filem tu sendiri yang mungkin ada kaitan dengan "BERSIH 2.0".

Apa-apa pon terpulanglah kepada kita nak menilai samada filem ni baik atau buruk. Sekurang-kurangnya Namewee ni ada buat "something" untuk negara. Kita? Fikir-fikirkan dan selamat beramal. hahaha

***********************************************************
Entri ni aku sokong ke bangkang ek? Bila baca balik aku terus konfius. hahaha
**********************************************************

Hadiah Top 10 Referring URL

Assalamualaikum. Minggu lepas blog aku tersenarai dalam Top 10 Referring URL di blog Freaky.


Blog yang tersenarai


Hadiah yang aku dapat pulak sampai pada hari Isnin lepas. Ni la hadiahnya. Hadiah dari Perlis ni. Jauh tu. hahaha.


Minggu ni Freaky nak bagi Ipad 2. Baik cepat bagi sesiapa yang nak join tu. hahaha. Gurau saje ya Freaky. =D

********************************************************************
Harini semua class cancel. Best gila. hahaha
Buat GA berdasarkan Top Referring atau Punchtab lagi best?
********************************************************************

Wednesday, September 21, 2011

#16 Wordless Wednesday


Wordless Wednesday : Pada setiap hari Rabu, semua blogger post gambar di blog tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut. gambar yang akan menceritakan apa yang tersirat.

Sunday, September 18, 2011

1 GA Cik Najihah - Meriah Yaw

Assalamualaikum. Join giveaway lagi. Kali ni dari Najihah.


Nak join sila klik gambar atau ke SINI.

******************************************************

Giveaway Blog Itik Kuning

Assalamualaikum. Jom join giveaway dari Itik Kuning sempena kelahiran blog dan tuan blognya iaitu Nad.

Nak join sila klik gambar atau terus ke SINI.

Ucapan :

Semoga dikurniakan iman yang sempurna,
akhlak yang terpuji,
pekerti yang mulia,
umur yang bermanafaat,
rezeki yang halal,
ilmu yang berguna,
jodoh yang membahagiakan,
hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.

Tambahan:
Semoga cepat belajar berenang

*********************************************************

Review Filem Raya Tak Jadi

Assalamualaikum. Dah lama tak tengok wayang. Last aku tengok cerita KL Gangster. So malam tadi sempatlah aku tonton satu lagi cerita iaitu Raya Tak Jadi. Walaupon mood raya dah semakin berkurangan tapi semalam ramai jugak yang pergi tengok cerita tu. Mungkin sebab malam minggu kot. Mungkin jugak ada dikalangan mereka adalah mahasiswa UTHM. Biasalah budak-budak U. Aku pon macam tu jugak pada sem-sem lepas. Cuma sem ni belum tahu lagi macam mana.


Back to the topic. Lepas tengok cerita baru mestilah kena review kan. Bagi aku cerita ni okaylah jugak hasil gandingan juri dan peserta Maharaja Lawak iaitu Saiful Apek dan Johan. Part paling best bagi aku adalah selepas diorang ni terjumpa Jalalludin Hasan. Part yang sebelum tu kelakar la jugak cuma kurang sikit.

Rasanya tak perlu kot aku nak cerita sinopsis. Rating aku bagi 4/5 bintang. Mana pergi satu lagi bintang untuk part yang kurang lawak dan lawak tak jadi. hahaha

***************************************************

Friday, September 16, 2011

BlackroseHunter's First Giveaway

Assalamualaikum. Korang nak menang domain percuma tak? Jom sertai First Giveaway dari Blackrose Hunter.

Senang je nak join. Hanya klik SINI atau gambar di bawah kemudian ikut arahan seperti yang tertera.



BlackroseHunter.Com ni takde header pulak. So aku gunalah gambar dari google sebagai penghias entri ni. hahaha

Popularnya Nama Kau Dalam Blog Ni

Assalamualaikum. Alhamdulillah aku dah sampai rumah. Sampai je rumah terus campak beg baju pastu bukak beg laptop dan terus tekan butang 'ON.' hahaha.

Seminggu dah aku tak bukak Nuffnang sebab internet kat U tak mengizinkan aku untuk membukanya. Macam biasalah bila bukak Nuffnang wajiblah tengok earning dulu. Sangat mendukacitakan sebab takde langsung BE sepanjang minggu ni. TAPI...jumlah earning semakin bertambah. Takdelah bertambah banyak pon adalah setakat mencecah enam puluh tu. hehehe.

Perkara kedua yang wajib bagi aku bila bukak Nuffnang ni mestilah cek keyword yang masuk. Semalam aku ada cerita pasal Izreen Azminda Masuk Blog Aku sebelum aku balik U. Rupanya minggu ni pon Izreen Azminda masuk lagi blog ni. Tapi dengan nama yang bersih la tak macam yang semalam. hahaha. Cuma tiba-tiba ada keyword yang menyakitkan mata pulak. Cuba tengok gambar bawah ni.


MELAYU SEKS??? Bila masa pulak aku buat entri tu. Buat 3gp Melayu pon tak pernah. hahaha. Makin seram pulak aku dengan keyword-keyword sesat macam ni. Silap-silap keyword "horny" pulak yang masuk lepas ni. hahaha. Mintak-mintaklah tak. Keyword dalam gambar atas tu untuk yang minggu ni punya. Jom lihat keyword untuk harini pulak. Izreen Azminda masih mengungguli carta. hahaha.


***********************************************************
InsyaALLAH esok nak tengok Raya Tak Jadi kat BP Mall. =D


Thursday, September 15, 2011

Izreen Azminda Masuk Blog Aku


Sebelum aku balik U, aku sempat cek keywords yang masuk blog ni. Ingatkan bolehlah kekalkan kebersihan blog ni daripada keyword-keyword lucah. Rupanya kesucian itu dah tak suci dah. hahaha. Memang aku ada letak keyword nama artis tersebut tapi takdelah pulak aku tambah perkataan lain selepas nama tersebut. Cuba tengok gambar ni.


Memang aku ada buat entri pasal Izreen Azminda. Tapi takde pulak aku tambah perkataan BONTOT tu. Siapalah pembaca sangap tu agaknya. Beberapa minggu lepas ada pulak keyword "SANGAP BLOG" masuk blog ni. Aku ada try google keyword tu tapi takde pulak link ke blog ni. Entah apalah yang diorang cari dengan keyword macam tu. Rosak kesucian blog ni.

************************************************
Comelnya Tiz Zaqyah dalam Cinta Kura-kura. Tak sabar nak tengok. =D

Rindu Kat Nuffnang

Assalamualaikum. Dah dekat seminggu aku tak bukak Nuffnang. Bukan taknak bukak cuma internet kat sini paham-paham je la. Yang aku boleh bukak cuma page depan Nuffnang je. Bila dah login akan terjadi seperti gambar dibawah. Ingatkan seminit je dah okay. Rupanya berjam-jam masih ada simbol loading tu. Tak dapatlah nak tengok trafik. BE pon tak dapat nak tengok lagi pulak nak tengok earning. Manalah tahu tiba-tiba Nuffnang nak bagi BE minggu ni. Kena balik rumah la minggu ni. Harap-harap ada surprise dari Nuffnang. hahaha

Website Nuffnang selepas 30 minit.

**********************************************************
Nasib baik rumah dekat je dengan U. Dapatlah balik 3 hari minggu ni sempena cuti Hari Malaysia.

Wednesday, September 14, 2011

#15 Wordless Wednesday


Wordless Wednesday : Pada setiap hari Rabu, semua blogger post gambar di blog tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut. gambar yang akan menceritakan apa yang tersirat.

Kunci Locker Nak Cari Pasal Di Sini

Assalamualaikum. Baru je nak online tiba-tiba aku terpandang satu mesej yang seperti satu ugutan atau ancaman. Mesej yang aku dapat ni daripada chatbox kat sebelah ni. Cuba tengok.


Kunci Locker. Siapa yang tak kenal kan. Dialah anak buah Cikgu Wan Muzik (main agak je). Aku tak kata hentaman Kunci Locker ni tak bagus. Kadang-kadang ada bagusnya jugak. Bagi aku ni bukan satu hentaman tapi satu teguran. Bak kata Ujang dalam entrinya yang bertajuk Perbezaan Teguran dan Kritikan untuk Blogger

Hentaman ni merupakan satu kritikan. Semuanya tak betul, yang pengkritik tu je yang betul. Teguran ni pulak satu teguran kepada seseorang sekiranya melakukan kesalahan. Terpulanglah kalau yang ditegur tu nak dengar ke tak.

********************************************************
Minggu pertama ni rasa heaven gila sebab banyak kelas cancel. Yang dah start belajar baru satu subjek je tu pon sebab minggu depan lecturer tu takde selama dua minggu. hahaha. Harini kelas cuma datang aktiviti KoQ je la.

Monday, September 12, 2011

Lecturer Tak Masuk Pada Hari Pertama Sudah Menjadi Kebiasaan

Assalamualaikum. Macam-macam cerita yang diupdate oleh blogger yang baru bermula sesi baru harini. Kelas aku mula pukul 2 petang tadi tapi lecturer tak masuk pon. Duduk je la dalam bilik kuliah tu selama dua jam lebih. Sejuk je rasa sebab ada penghawa dingin. Nak keluar takut tiba-tiba lecturer masuk pulak. Semester lepas pon lecturer tak masuk jugak pada hari pertama sesi baru. So dah boleh agaklah untuk tidak hadir pada hari pertama pada semester akan datang.

Masing-masing ada perubahan tersendiri macam aku. Aku makin berisi. Ada yang makin kurus, makin hitam, makin putih, macam-macam ada la senang cakap. Ingat nak kenal-kenal dengan pelajar direct intake tapi diorang pon takde. Bukan nak menggatal tapi nak mengeratkan silaturrahim. Percayalah. haha

*******************************************************
Ramainya blogger buat entry pasal sihir menggunakan gambar di Facebook harini. Boleh jadi SEO ni. hehehe

Bermulanya Sesi Baru 2011/2012

Assalamualaikum. Harini bermulalah sesi baru untuk pengajian aku di UTM ni. Bermulalah aku sebagai pelajar tahun dua Ijazah Kejuruteraan (Geomatik) atau dipanggil sebagai land surveyor (juruukur tanah). Harini kelas start pukul 2 petang. So ada masa lagi untuk tidur. Ada masa lagi untuk update blog. hahaha

Bilik pulak aku dapat di kolej yang sama macam sem-sem lepas cuma di tingkat yang lain. Yang lepas di tingkat 4, sekarang di tingkat 5. Nampak tak betapa tingginya bilik aku. Boleh kurus camni. Masa angkat barang haritu pon aku bawak satu family masuk bilik. Kalau tak memang jenuhlah nak naik turun tangga dua tiga kali.

Walaupon tinggi bilik aku ni, tapi dapat pemandangan yang best. Sebelum ni aku dapat pandang blok-blok lain je. Kali ni dapatlah menikmati kehijauan alam. Jom tengok beberapa gambar yang sempat aku snap tadi. Masih berkabus. Macam duduk kat pergunungan pulak rasanya.

Nampak kemas sikit.
Bila nak pergi kelas nanti confirm lagi kemas.

Nampak tak kehijauan itu?
Bangunan yang dalam gambar tu fakulti kejuruteraan kimia dan sumber gas asli.
Aku dengar nama fakulti tu dah berubah. Agaknya la. Aku pon tak pasti.

Pemandangan tempat letak kereta dari bilik aku.
Kereta tak banyak mungkin ramai dah pergi kelas time ni. Selalunya banyak bila malam.

Menikmati kehijauan sekali lagi.
Pantulan gambar bangunan kat tingkap sebelah kiri tu adalah markas Palapes.
Akan kedengaran bunyi tembakan bila hari Sabtu atau Ahad.

***************************************************************
Kemas barang nak ke kelas. 
Harini akan berkenalan dengan pelajar baru direct entry (lepasan diploma atau politeknik) yang akan belajar bersama dengan kitorang sampai graduate.
InsyaALLAH.

Apabila Facebook Disalahgunakan

Assalamualaikum. Tadi aku baca kosmo online dan terkejut dengan satu tajuk yang berkaitan dengan Facebook. Seperti yang kita ketahui, facebook merupakan satu jaringan popular ketika ini. Macam-macam cerita yang aku dengar berkenaan dengan facebook ni. Antaranya yang popular adalah jejak kasih. Ada jejak kasih antara keluarga dan ada juga jejak kasih sahabat lama.

Jejak kasih sahabat lama inilah yang bahaya sebenarnya. Kalau dengan jantina sejenis takpe. Kalau dengan jantina berlainan lain pula ceritanya. Boleh berlaku pertengkaran antara keluarga dan seterusnya membawa kepada perceraian. Sedara aku ada cakap statistik perceraian kat negeri dia agak tinggi dan ia berpunca daripada facebook. Jumpa kekasih lama la, jumpa cinta pandang pertama la, macam-macam ada bak kata Astro.

Bagi pengguna facebook yang selalu meng-upload gambar, lebih baik korang hentikan aktiviti itu. Nak tahu kenapa? Cuba baca ni.

NILAI - Disihir menggunakan gambar yang terdapat dalam laman sosial Facebook (FB). Itu yang didakwa berlaku kepada seorang pelajar institusi pengajian tinggi, dikenali sebagai Ira apabila gambar dari laman sosialnya dijadikan sebagai senjata pemujaan sihir.
Ira, 22, mendakwa, dia telah disihir oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Maria kerana cemburu akan hubungan bersama teman lelakinya serta mahu memutuskan hubungan mereka.
"Maria adalah bekas teman wanita kekasih saya tetapi hubungan mereka telah lama putus. Sebab itu dia menyihir saya kerana ingin melihat hubungan kami hancur.
"Kami tidak mengenali antara satu sama lain.
"Dia hadir menghulurkan tangan sebagai rakan dan saya sambut kerana ingat dia jujur namun sebaliknya," dakwanya ketika ditemui baru-baru ini.
Jelas Ira lagi, dia mengetahui disihir oleh Maria melalui sekeping gambar setelah menerima rawatan daripada penaung Pusat Rawatan Islam At Tobibi di Bandar Baru Nilai, Shamsuri Safie pada Jun lalu. Menurutnya, semasa rawatan, dia mendapati gambar mata Maria seolah-olah bersinar setiap kali dia merenungnya.
Ketika itu, dia merasakan Maria terlalu baik dan dia menurut segala kemahuannya termasuk berhenti kerja. 
"Bagaimanapun setelah berubat, baru saya tahu bahawa saya bukan sahaja terkena sihir tetapi disantau oleh Maria,'' ceritanya. 
Menurutnya, Shamsuri memberitahunya bahawa Maria telah meletakkan abu mayat di dalam makanannya.

Macam mana? Nak upload gambar banyak-banyak lagi tak? Bagi yang selalu join vote gambar yang entah apa-apa tu, baik korang hati-hati sebab hati manusia ni kita tak tahu isi dalamnya. Manalah tahu ada peserta yang nak sangat menang jadi dia pon guna ilmu sihir untuk menang. Wallahualam.

**************************************************
Entri ni agak panjang. Kalau yang skip-skip baca tu lantak koranglah. Aku cuma mengingatkan je.

Lepas ni uploadlah gambar doodle banyak-banyak. Kalau tak reti lukis, boleh suruh Nad Itik Kuning lukiskan. hahaha. Nak tengok doodle dari Nad untuk aku, boleh ke SINI.

Sunday, September 11, 2011

Lagu Malaysian Boy Tak Asli?

Assalamualaikum. Cuba korang dengar dua-dua lagu ni. Serius sama muziknya.







Ni pulak berita pasal Kanye West nak saman Altimet yang dicilok dari KOSMO.
TIBA-TIBA nak tersembur rasanya serdak kuih tat dari dalam mulut Diva bila terdengar kawan-kawan bercerita pasal berita panas pasal kononnya penyanyi rap serta komposer terkenal di Amerika Syarikat, Kanye West akan saman penyanyi rap tempatan, Altimet. 
Semua gara-gara lagu remix Malaysian Boy yang dikepalai oleh Altimet dikatakan karya ciplak bulat-bulat daripada lagu popular Kanye West bersama Estelle, American Boy. 
Dalam hati Divalah, kalau betul Kanye nak saman Altimet, biarlah dia saman, maknanya, kerja artis tempatan ada impak ke atas muzik antarabangsa. Hebat maknanya Altimet kita. 
Tapi, daripada pemerhatian Diva, Altimet ada tulis dalam Twitter bahawa dia langsung tak ada terima apa-apa 'surat cinta' daripada peguam Kanye. Dia cuma ikut dan nyanyi melodi lagu berkenaan yang diberikan oleh pihak Astro, jadi kalau Kanye nak saman, Astro yang patut kena saman bukan Altimet.

*******************************************************************
Selalu je aku gubah lagu dalam jamban tapi takde yang nak saman. hahaha 

Saturday, September 10, 2011

Kuiz : Adakah Anda Tahu Tentang Malaysia?

Assalamualaikum. Adakah anda rakyat Malaysia yang sebenar? Jom sertai kuiz yang dianjurkan ChurpChurp di SINI. Peratus aku cuma 80% je. hahaha. Jom tengok screen shot ni.



Damn kena "boo" untuk quiz kedua. hahaha

Kalau nak ikut gred aku dapat "A" solid ni. hahaha

Kalau nak join just login guna Facebook je. Jom jawab kuiz ni di SINI.

Minggu Transformasi Mahasiswa 2011

Assalamualaikum. Empat hari blog ni senyap je. Aku cuma jadi silent reader. hahaha. Empat hari lepas (Selasa) aku kena balik UTM dengan kadar segera sebab pada hari Rabu dan Khamis aku kena jaga booth pameran kat UTM. Tapi biasalah kan kalau dapat panggilan last minute ni, alat-alat pon tak sempat nak tempah. Lastly kitorang bukak pameran tu hari Khamis je. Lagipon pameran yang aku jaga tu berkenaan dengan course aku je. So yang datang cuma junior-junior course aku je la. Entah macam mana course aku boleh terlibat pon aku tak tahu.


Inilah kami.
Kalau nampak kami tengah mengukur kat sekitar UTM tegur-tegurlah ye.
hahaha

Pameran tu cuma waktu siang je. So malam buatlah aktiviti lain. Nak cari makan pon kena gi arked Meranti (Selasa). Tapi malam kedua (Rabu) tu kitorang pergi cuba asam pedas kat student mall pulak. Serius sedap. Sampaikan malam ketiga (Khamis) pon kitorang makan kat sana dengan membawa sorang lagi member (malam kedua kitorang bertiga).

Sebelum dilahap. Nampak tak tengah mendidih tu.
Asam Pedas Claypot UTM.

Makan cuma 3 orang tapi cawan ada 6 (cawan satu lagi malu nak masuk camera).
Nampaklah kepedasan asam pedas tu. hahaha

Malam ketiga tu lepas makan, kitorang bertiga (sorang lagi ada hal) gi jalan-jalan kat Bazaar JB pulak. First time aku ke sana. Selama ni asyik ke CS je. hahaha. Petang Jumaat tu barulah aku balik rumah semula sebab tak bawak semua barang pon balik UTM. Tinggal separuh je lagi barang nak bawak ni. Kalau aku tak bawak haritu memang jenuhlah nak bawak ke tingkat 5 petang ni (aku balik UTM semula petang ni). Terpaksa naik turun naik turun tangga bawak semua barang. Lepas ni keding la aku. hahahah


***************************************************
Cuma nampak junior je. Direct Intake (lepasan diploma) tak perasan pon.

Wednesday, September 7, 2011

#14 Wordless Wednesday


Wordless Wednesday : Pada setiap hari Rabu, semua blogger post gambar di blog tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut. gambar yang akan menceritakan apa yang tersirat.

Tuesday, September 6, 2011

Akan Datang : Aku Bukan Tomboy

Assalamualaikum. Tengok trailer je dah tergelak, belum tengok cerita penuh lagi. Tadi aku saje-saje blogwalking dan ternampaklah pasal review filem AKU BUKAN TOMBOY. Serius lawak sebab ada Shaheizy Sam. Syamsul Yusof pulak macam jadi mat jambu je gayanya. Dah bosan jadi gangster agaknya. hahaha.



Barisan Pelakon

Scha Al-Yahya, Syamsul Yusof, Harun Salim Bachik, Shaheizy Sam, Eira Syazira, Sheera Iskandar, Salina Saibi, dan Zarina af.

Sinopsis

Filem Aku Bukan Tomboy mengisahkan tentang si gadis Tomboy yang dibesarkan oleh bapanya selepas kehilangan ibunya sejak kecil. Di sebalik hati seorang gadis tomboy ini dia turut menyimpan hati kepada seorang lelaki, sama seperti perempuan normal yang lain. Akhirnya, tanpa disedari dia berada dalam percitaan tiga segi di antara 2 jejaka iaitu Harry dan Burn.



Nantikan 17 November 2011

********************************************************************
Suka tengok ending trailer ni. Lawak gila. =D

Jom Sertai Bloglist Blog Budak Botak September - Disember 2011


Lelaki

Monday, September 5, 2011

Next Girls' Generation

Assalamualaikum. Selamat pagi semua. Korang tahu tak parody tu apa? Bagi yang tak tahu, parody tu sejenis kuih raya yang tak pernah wujud di dunia. hahaha. Takdelah. main-main je. Parody tu maksudnya macam satu perlian atau ejekan dalam satu-satu scene. Kalau korang check kat wikipedia, contoh movie parody ada disenaraikan misalnya Scary Movie. Cerita tu dibuat berdasarkan movie I Know What You Did Last Summer dengan Scream kalau tak silap. Malas pulak nak Google time ni. Okaylah straight to the point berkenaan dengan tajuk, jom layan video ni.



Agak-agak kalau Max 24/7 buat macam ni ada sambutan tak? Setakat ni aku tengok jumlah viewer video ni dah 6663. Yang suka atau likes pulak ada 30 tanpa seorang pon klik dislikes. Kalau Max 24/7 macam mana ek? hahaha

Sunday, September 4, 2011

Tak Puas Cuti Empat Bulan

Assalamualaikum. Tak sampai seminggu je lagi aku kat rumah ni. Sabtu depan dah masuk kembali ke alam universiti. Dah ada member-member aku yang dah balik U semata-mata nak sambut kehadiran pelajar baru yang mula mendaftar sejak semalam. Baguslah diorang join.


Aku nak join tapi tak sanggup nak korbankan waktu raya ni. Tak puas raya lagi ni. Bukan duit raya yang ku cari, tapi kuih raya yang di hajati. Okaylah. Tengak kemas barang-barang ni. Siap listkan barang-barang yang takde lagi. Esok atau lusa shopping beli barang nak bawak U pulak. Wassalam.

******************************************************
Nak tambah cuti lagi boleh?

Friday, September 2, 2011

Masih Mood Raya Lagi Ke?

Assalamualaikum. Harini dah 2 September dah. Bagi yang bakal memasuki universiti mesti tengah bersiap-siap kemas barang kan. Bagi yang jauh pulak mesti dah dalam perjalanan ni. Yang aku tahu esok dah kena daftar dah. Bertambah lagi jumlah yang ingin meneroka ilmu dari ALLAH ni kan. Bagi yang tak suka belajar tu, biarkan mereka. Suatu hari nanti mereka sedarlah.



Aku pulak start kelas pada 12 September ni. So kenalah balik 10 @ 11 Sepetember ni. Tak tahu nak pilih tarikh yang mana. hahaha. Balik awal takut tak ramai orang pulak. Maklumlah bila bilik ditinggalkan terlalu lama akan ada yang menghuni bilik tersebut. Aku ni bila takut, memang takut gila. Tapi kalau berani, terlebih sangatlah pulak.

Sekarang ni pon aku tengah kemas barang sikit-sikit. Entah apa-apa la barang yang aku jumpa dalam kotak tu. Masa hari last sebelum cuti tu aku main sumbat je semua barang-barang aku. Sekarang baru terhegeh-hegeh nak susun balik. Lepas ni jumlah student dalam kelas aku bertambah lah sebab student diploma yang dah habis akan terus masuk tahun dua untuk degree. Sesak la lepas ni.


*******************************************************
Mintak-mintaklah budak-budak diploma yang masuk semua cun-cun belaka. hahaha

Aidilfitri 2011 (Part 3)

Assalamualaikum. Setiap kali balik dari Pahang, family aku mesti singgah Pekan Sehari @ Pekan Sari (aku pon tak tahu nama sebenarnya). Tapi tempat tu buka cuma hari Ahad je. So tahun ni tak sempatlah nak singgah. Family aku singgah sana pon sebab nak beli ikan Patin. Maklumlah Temerloh tu kan Bandar Ikan Patin. Wajib beli bagi mak aku.

So masa on the way nak balik tu singgahlah kat gerai tepi jalan yang jual ikan Patin. Dapatlah 4 ekor ikan Patin 2 ekor Talapia. Pastu beli tempoyak. Korang makan tempoyak? Aku bantai je. Cuma abah aku je tak makan. Jawa la katakan. Aku ni pulak dah bercampur Jawa dengan Pahang.

Sampai Segamat, family aku singgah kedai nak beli kasut sekolan untuk adik pulak. Tapak dah haus walaupon baru dua bulan pakai (berkawad agaknya). Masa mak dengan adik tengah sebuk cari kasut, aku dengan abah tinggal dalam kereta. Tiba-tiba ada sebuah kereta ni mengundur tanpa lihat belakang. Abah aku stop belakang kereta je. Takde parking time tu. Pastu kereta tu langgar kereta aku.

Nama je hari raya. Bukannya orang tu nak turun minta maaf ke apa. Cuma tengok-tengok dengan muka tak bersalah pastu belah macam tu je. Bongok punya perempuan tu (pemandu tu perempuan). Habis bertambah calar kat sisi kereta bahagian belakang tu. Sebelum ni memang ada calar pon sebab adik aku sengal nak parking kat garaj pastu langgar tiang.

******************************************************
Mak aku tengah masak ikan patin masak tempoyak ni. Sedapnya bau. hahaha

Thursday, September 1, 2011

Aidilfitri 2011 (Part 2)

Raya kedua aku dah ada kat Pahang dah. Keluarga sebelah mak aku ni ramai. So tak hairanlah kalau aku tak kenal sesama sendiri. hahaha. Aku ada sedara yang sama nenek tapi lain atuksama nenek dan atuk, dan sama atuk tapi lain nenek.

Yang aku kenal kesemuanya adalah sama nenek dan atuk, dan sama nenek tapi lain atuk. Yang group lagi satu jarang jumpa so tak berapa nak ingatlah. Lagipon group tu ramai gila pangkat anak sedara tapi sebaya aku. Mak bapak diorang sebaya dengan mak aku. So rasa tua gila bila panggil aku pakcik. *damn* Rasa macam dalam iklan raya "Mak Su Timah" suatu ketika dahulu. Korang ingat tak iklan tu? Serius memang kena iklan tu dengan family aku.

***************************************************
Anak buah aku yang sebaya ada yang cun-cun tapi sayang aku bapak sedara diorang. hahaha.

Aidilfitri 2011 (Part 1)

Assalamualaikum. Dua hari tak dapat online, rasa lain macam je. hahaha. Aku baru sampai rumah petang tadi. Sampai rumah terus online. Baru sekarang dapat update.

Dalam mood raya ni ada jugak yang update blog ye. Aku nak update tapi tak bawa laptop pulak. Ingatkan rumah sedara aku takde internet. Baru pasang rupanya. Aku balik kampung kat Pahang tahun ni lebih awal daripada tahun sebelum-sebelum ni. Tahun sebelum-sebelum ni aku balik sana pada raya kedua, tapi tahun ni petang raya pertama dah gerak ke sana dah.

Habis je sembahyang raya terus balik kampung sebelah abah. Dekat je dengan rumah. Tak sampai 30 minit perjalanan pon. Habis salam-salam dan mintak maaf terus gerak ke Pahang. Tahun ni ke rumah sedara di Felda Bukir Damar, Lanchang sebab nenek ada kat sana. Sampai sana masa tu dah malam dah. Budak-budak tengah main mercun. Geram je rasa sebab tak pegang mercun lagi.

************************************************
Tetiba rasa nak buat part-part pulak. Takyah baca pon takpe. =D