Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Wednesday, October 26, 2011

#21 Wordless Wednesday


Wordless Wednesday : Pada setiap hari Rabu, semua blogger post gambar di blog tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut. gambar yang akan menceritakan apa yang tersirat.
***************************************************************

Monday, October 24, 2011

The Different In Action - Hapuskan

Assalamualaikum. Dah lama tak update lagu kat blog ni. Bukan lagu Korea tapi lagu Malaysia punya ataupun disebut Kita Punya. Semalam masa tengah bosan-bosan tu aku dengarlah radio Hot Fm secara online. Time tu tengah HotFm Korner yang pendengar boleh mintak lagu menerusi twitter ataupun facebook. Aku pon tweet-tweetlah tajuk lagu yang baru aku dengar masa tu sebab tak sempat nak dengar dari awal. Dan inilah hasilnya. =D

Baca dari bawah.


Selamat mendengar. =D
*******************************************************************
Macam best je Pesta Bundle kat UTM ni. Nak beli buku macam Nad tu. hahaha
*******************************************************************

Friday, October 21, 2011

Cashout ChurpChurp Dan Says.My

Assalamualaikum. Tadi lepas solat Jumaat, aku saje-saje je bukak akaun churp-churp aku. Pastu tiba-tiba tangan ni gatal sangat terus tekan butang Cashout. Ingatkan butang tu akan bawa ke page confirmation. Rupanya tidak. Dia terus confirm on the spot jugak. Dan sekarang jumlah earning Churp-Churp aku jadi zero.

Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Memandangkan akaun Says.My aku pon dah capai RM100 lebih sama macam Churp-Churp, aku pon cashout lah sekali earning tu. Churp-Churp menggunakan cek sebagai pembayaran manakala Says.My pula akan memasukkan terus ke dalam akaun bank kita. Cuma tinggal masukkan no akaun dan nama pemegang akaun tersebut je. Cukup mudah.


Jangka masa untuk cek sampai ke rumah adalah sebulan lebih. Tak sabar nak dapat cek. First time tu. Kalau mak aku tanya ni cek dari mana, aku tak tahu nak jawab apa. Takkan nak jawab dari blog kot. Kantoi la. hahaha.

Nak join Says.My boleh ke SINI
Nak join Churp Churp boleh ke SINI
**************************************************************
Nak cashout Nuffnang tapi kat UTM ni tak boleh bukak Nuffnang...=(
**************************************************************

Thursday, October 20, 2011

Leveling Sekitar UTM

Assalamualaikum. Sunburn minggu lepas masih ada kesan lagi, minggu ni dah kena jemur lagi. Khamis minggu lepas group aku kena buat fieldwork dari pukul 8 pagi sampai pukul 6 petang. Patutnya ada kelas pukul 4 petang tapi nasib baik kelas dibatalkan. Ingat nak ponteng kelas tu.

Esok (Khamis) kena buat levelling pulak. Levelling ni macam mengukur ketinggian tanah dari satu tempat ke satu tempat lain. Agak jauh la jugak. Dari depan Kolej Tun Fatimah (KTF) sampailah ke Helipad berdekatan Masjid Tun Ismail. Lepas tu kena patah balik dari Helipad sampai ke depan KTF. KTF ni tempat Nad Itik Kuning berkeliaran. hahahaha

Gambar masa tahun lepas. Bakground tu la kawasan ukur minggu lepas. Takde pokok tempat berteduh. =D

Lepas tu kena kira-kira. Kalau bernasib baik dapatlah habis awal. Kalau tak bernasib baik, kena buat lagi sekali ukur levelling tu. Tu yang aku tak tahan tu. Benda ni terjadi masa minggu lepas sampaikan terpaksa buat sampai pukul 6 petang. Sedangkan kat jadual sampai pukul 12 tengah hari je.
***************************************************************
KTF tu kolej student perempuan. Boleh cuci mata sikit. hahahaha
***************************************************************

Wednesday, October 19, 2011

#20 Wordless Wednesday


Wordless Wednesday : Pada setiap hari Rabu, semua blogger post gambar di blog tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut. gambar yang akan menceritakan apa yang tersirat.
*******************************************************************************************
Alhamdulillah dah boleh cashout. =D
*******************************************************************************************

Sunday, October 16, 2011

"Love Bite" Dari Pacat

Assalamualaikum. Dah dua hari tak bukak blog ni. Baru je habis program Geomatic Junior Camp 2011 (GJC '11) yang diadakan di Kem Saujana Asahan, Melaka. Kem ini dikhaskan untuk pelajar tahun satu course aku dan dihandle oleh tahun dua iaitu kelas aku.


Aku ingat nak upload gambar setiap kali tamat program untuk sehari tapi malangnya WIFI boleh digunakan dalam dewan tempat buat LDK je. Dalam bilik takde WIFI pon. Malam semalam bawa laptop dalam dewan tapi ada masalah dengan connection laptop ni pulak. Lastly aku bagi kawan aku main PES 2012 sampai habis bateri.

Nak upload sekarang pon masalah jugak sebab semua koleksi gambar masih belum dapat ke tangan aku ni. Yang ada pon gambar yang diambil dari henset cikai SE W995 ni je.

Hari pertama (petang Jumaat)

Sebahagian daripada fasilitator/abang/kakak (berbaju hitam) yang terlibat dengan GJC

************************************************************
Tak perasan pacat sedut darah masa Night Jungle Treking (main agak je nama aktiviti ni). Sampai sekarang masih ada kesan "Love Bite" dari pacat. hahaha
************************************************************

Friday, October 14, 2011

Sakit Kaki Dan Gangguan Bekalan Air

Assalamualaikum. Minggu lepas dah balik rumah. Minggu ni pon aku balik rumah jugak. Dan sekarang dah pon berada di rumah. Minggu lepas balik sebab gangguan bekalan air. Minggu ni pulak pon sama juga cuma kebetulan minggu ni aku ada kem di Kem Asahan, Melaka. So esok aku gerak dari rumah (Batu Pahat) je la dengan kawan.


Aku sebagai biro seranta dan komunikasi telah design banner yang tak seberapa ni. Senarai sponsor pon aku tak letak. hahaha. Kem ini diadakan untuk mengeratkan silaturrahim antara pelajar junior (baru masuk tahun satu) dengan pelajar tahun dua (kelas aku).

Harini juga merupakan hari paling penat. Kerja padang (fieldwork) yang bermula dari pukul 8 pagi dan berakhir pukul 6 petang. Sepatutnya habis pukul 12 tengah hari tapi minggu ni last sebelum due date minggu depan. Terpaksalah siapkan semua detail-detail yang diperlukan. Itupun ada yang tak siap lagi. Lantaklah. Berani buat beranilah tanggung.

Lokasi : Berdekatan Pondok Pengawal Pintu Masuk Utama UTM

****************************************************************
Walaupun dah sampai rumah, sakit kaki masih tak berkurang. Arghhhhhh~
****************************************************************

Wednesday, October 12, 2011

#19 Wordless Wednesday


Wordless Wednesday : Pada setiap hari Rabu, semua blogger post gambar di blog tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut. gambar yang akan menceritakan apa yang tersirat.
*******************************************************************************
Tengok sampai pening pastu muntah. hahahaha =D
*******************************************************************************

Monday, October 10, 2011

Churp-Churp Invitation - The Thing

Assalamualaikum. Ini kali pertama aku dapat jemputan dari Churp-Churp. Jemputan ini adalah jemputan menonton filem terbaru yang bertajuk The Thing yang bakal ditayangkan pada 13 Oktober ini. Jemputan itu pulak pada 11 Oktober ini iaitu pada hari esok. Tapi sayang tayangan itu diadakan di GSC Mid Valley jam 9.15 malam. Sedangkan aku berada di Johor Bahru.

Lagipon aku perasan email ni pukul 11 tadi padahal malam tadi aku dah bukak dah email ni cuma tak perasan ada perkataan INVITE tu.



Jom layan trailer cerita ni.



****************************************************************
Macam best je cerita ni. Wajib tunggu download. hahaha.
****************************************************************

Sunday, October 9, 2011

Ramaikan Follower, Dapatkan Pembaca


Nak join sila gambar atau SINI

Nama Blog : Farhan Hanif Dot Blogspot Dot Com
Nama Blogger : Farhan Hanif
Tahun Mula Berblog : 2009
Jumlah Follower Ketika Ini : 332

*********************************************************

Saturday, October 8, 2011

Trend Fixie Pulak Dah

Kebetulan aku balik rumah minggu ni mak aku nak ke Seremban. So aku pon ikutlah ke sana. Takdelah aku terperap je kat rumah ni. Tiba-tiba adik aku mengidam nak basikal Fixie pulak. Siap hantar MMS kat mak mintak belikan untuk dibawa ke tempat dia belajar kat UniKL Bangi.

Siap post ayat poyo kat Facebook pulak tu. Dapat pon belum lagi. hahahah.

Komen aku tu bukan hipokrit ye kawan-kawan. Memang aku tak minat pon basikal jenis ni. Aku lagi suka jenis Mountain Bike punya. Baru nampak cool sikit. hahaha.
****************************************************
Jap lagi nak gerak Seremban jumpa adik kat sana. =D
****************************************************

Total Earning Dari Blog Edisi Oktober 2011

Assalamualaikum. Minggu ni aku balik rumah dan sekarang dah pon berada di rumah. Keluar dari UTM pukul 4.30 petang tapi dapat tiket pukul 6 petang. Pastu bas pulak sampai pukul 7 petang. Kira la berapa jam aku menunggu bas dengan penuh pengharapan. hahaha. Sampai rumah pukul 11.30 malam tadi lepas singgah makan kat McD. Kira burn la masa tidur petang aku tadi sebab nak balik punya pasal.

Perkara pertama dibuat oleh aku bila online mestilah cek earning Nuffnang dulu. Maklumlah kat U ni susah sangat nak cek Nuffnang ni. Cuba cek entri ni. Alhamdulillah tadi aku cek dapat BE lagi. Bila aku kira segala BE yang aku dapat kat blog ni, ini adalah BE kesebelas aku dapat. Kali ni dapat BE dari Maxis Home Broadband. Tak banyak pon lagi. Mintak-mintaklah BE ni mencapap lama sikit kat blog ni.


Bila aku cek total earning pulak macam takde perubahan je. Sama je macam hujung bulan lepas.

Stop citer pasal Nuffnang. Kita beralih kepada adik Nuffnang pulak iaitu Churp-Churp. Benda ni aku baru aktif masa cuti 4 bulan haritu. Dan sekarang inilah hasilnya. Lagi RM13 bolehlah cashout. Tu pon kalau aku nak cashout la.

Satu lagi pengiklanan yang aku pakai adalah Says.My. Benda ni aku baru aktif dua tiga bulan lepas. Beberapa hari lepas aku tengok total rewards tu tak sampai pon RM50. Tadi bila aku cek memang terkejut. Cuba tengok ni.

So apa pendapat anda yang mengatakan blogging ni buang masa? Kalau kena dengan cara, silap-silap 1k pon boleh masuk poket tau. Tapi aku tak mampu nak capai 1k tu dalam masa terdekat. Kalau aku tak cashout mungkin dua tiga tahun lagi dapatlah cecah 1k tu. hahaha. Aku bukan blogger sepenuh masa.
***********************************************************
Kalau nak join Churp-Churp boleh klik SINI
Kalau nak join Says.my boleh klik SINI
************************************************************
Masih setia dengan Nuffnang. Tak layak nak berINNITY ni. hahaha
Janganlah ada yang dengki dengan aku. Mintak jauhkanlah dari mereka yang dengki ni. Amin.
*************************************************************

Wednesday, October 5, 2011

#18 Wordless Wednesday


Wordless Wednesday : Pada setiap hari Rabu, semua blogger post gambar di blog tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut. gambar yang akan menceritakan apa yang tersirat.

Sunday, October 2, 2011