Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Wednesday, November 30, 2011

#26 Wordless Wednesday


Wordless Wednesday : Pada setiap hari Rabu, semua blogger post gambar di blog tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut. gambar yang akan menceritakan apa yang tersirat.

********************************************************************

Tuesday, November 29, 2011

Rezeki Awal Muharam - 4 BE Dari Nuffnang

Assalamualaikum. Lama dah tak menaip panjang-panjang kat sini. Asyik singgah blog orang pastu taip komen. hahaha. Memandangkan lama tak update sampai Nuffnang pon tak sempat nak jenguk. So tadi aku merajinkan diri untuk menjenguk akaun Nuffnang. Jumlah earning untuk ringgit masih macam dulu je. Cuma bahagian sen je yang bertambah. hahaha. Alhamdulillah la daripada takde kan.
Cuma ada satu keajaiban sikit. Nuffnang bagi BE (Buffered Earning) lebih daripada biasa. Sampai 4 BE Nuffnang bagi. Cuma aku masih tertanya-tanya kenapa ada 3 iklan daripada syarikat yang sama iaitu Michelin XM2. 2 daripadanya iklan di bahagian yang sama iaitu Large Rectangle (iklan bawah post). Satu lagi iklan adalah daripada syarikat Toyota yang sedang mempromosikan keluarannya iaitu Toyota Corolla Altis. Alhamdulillah ni la rezeki awal Muharam.

Ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut, kliklah iklan tu sekiranya ia keluar (kadang-kadang iklan tu takde). Nak bagi link pon iklan tu takde kat blog sekarang ni.


*********************************************************
Mampu melihat dia dari jauh je setiap hari walaupun dia lalu di depan mata...^_^
********************************************************

Wednesday, November 23, 2011

#25 Wordless Wednesday


Wordless Wednesday : Pada setiap hari Rabu, semua blogger post gambar di blog tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut. gambar yang akan menceritakan apa yang tersirat.

************************************************************************************

Friday, November 18, 2011

#1 Tazkirah Jumaat - 4 Perkara Perlu Dilakukan Sebelum Tidur

Assalamualaikum. Semoga ceria di pagi Jumaat yang mulia ni. Baiklah. Berdasarkan tajuk entri ni iaitu 4 Perkara Perlu Dilakukan Sebelum Tidur, apa yang anda semua lakukan sebelum tidur? Mungkinkah dengar lagu? Layan movie yang membosankan sampai tertidur? Atau baca buku sejarah atau apa-apa jenis buku dokumentari? Di sini aku nak kongsikan perkara yang sepatutnya anda lakukan sebelum tidur.


Perkara Sebelum Tidur (Tafsir Haqqi)

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah

Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al-Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.


Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.


Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.


Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

Dah baca? Jom amalkan mulai harini. Rasanya tak perlulah nak buka lagu Korea atau apa-apa jenis lagu sebelum tidur. Kalaulah mati ketika tidur macam mana? Bukannya kalimah ALLAH yang didengar sebaliknya alunan muzik. Wallahualam.

***************************************************
Oh Stress. Jangan dekati aku. Aku tidak mahu mengenalimu. =D
****************************************************

Wednesday, November 16, 2011

#24 Wordless Wednesday


Wordless Wednesday : Pada setiap hari Rabu, semua blogger post gambar di blog tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut. gambar yang akan menceritakan apa yang tersirat.

***********************************************************************************

Sunday, November 13, 2011

Video Muzik Terbaik AIM18 - Susun Silang Kata By Aizat

Aku yakin selepas pengumuman Video Muzik Terbaik semasa Anugerah Industri Muzik 18 berlangsung, mesti ramai yang terus cari lagu ni kan. Buktinya komen terakhir sebelum AIM18 ni bermula adalah seminggu yang lepas. Tiba-tiba ramai pulak yang komen cakap lagu ni best. Termasuklah aku cuma aku tak komen je.

Video ni aku rasa memang patut menang pon sebab video ni diambil dalam satu shot (one shot). Maknanya dari awal video ni sehinggalah ke akhir video langsung tiada cut atau potong. Kalau ada tersilap semasa video ni dirakam, kena ulang balik la jawabnya. Okaylah jom layan video ni.



Berdasarkan komen, video ni dirakamkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur.

******************************************************
Assignment tak sentuh lagi ni tapi laptop selalu kena sentuh. hahaha
******************************************************

Keputusan Penuh Anugerah Industri Muzik (AIM) 18, 2011

Assalamualaikum. Semalam telah berlangsungnya Anugerah Industri Muzik (AIM 18). Rasanya ramai yang dah tahu keputusannya kan. Bagi yang belum tahu atau yang baru tahu macam aku ni (kat U ni susah nak cari TV), aku senaraikan nama pemenang mengikut kategori.
Artis Baru Terbaik
Najwa

Lagu Pop Terbaik
Sedetik Lebih – Edry Abdul Halim – Anuar Zain

Lagu Nasyid Terbaik
Pedoman VOU – Johan Nawawi – Nora feat VOU

Lagu Pop Etnik Terbaik
Joget Tak Senang Hati – Adibah Nor

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
Got To Go – Najwa – Najwa

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu
Jaclyn Victor, Shila Amzah & Ning Baizura – Beribu Sesalan

Lagu Rock Terbaik
Pelita – Loque & API

Video Muzik Terbaik – Pengarah
Ahmad Farish – Susun Silangkata oleh Aizat Amdan

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara – Artis
Ku Menunggu – Rossa

Rakaman Album Terbaik - Jururakam
Urusan Aizat Amdan – Aizat

Artis Mobile Terbaik Celcom
Sitxh Sense

Anugerah Kembara
Yuna

Anugerah Sri Wirama
Puan Beh Suat Peng

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu Lelaki
Anuar Zain – Sedetik Lebih

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu Wanita
Yuna – Penakut

Album Terbaik – Produser
The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrate 25 Years of Sheila Majid

Pemenang Lagu Terbaik AIM 18
Penakut - Yuna

*************************************************************
Tahniah kepada pemenang.
*************************************************************

Friday, November 11, 2011

Google Page Rank

Aku yakin majoriti blogger tahu apa itu page rank. Dari apa yang aku tahu Google PageRank atau PageRank atau PR merupakan satu penanda aras yang menentukan populariti sesebuah laman web kepada Google. Angka PR bermula daripada angka 0 sehinggalah ke angka 10. Sekiranya sesebuah blog itu mempunyai PR 10, ini bermakna blog tersebut merupakan sebuah blog yang popular. Manakala, jika blog itu menunjukkan angka PR 0, ianya bermaksud blog tersebut kurang mendapat perhatian daripada Google dan juga pengguna Internet yang lain. Dalam erti kata lain, Google PageRank boleh diibaratkan seperti bilangan bintang yang diberikan kepada hotel-hotel seperti hotel 5 bintang, 4 bintang dan sebagainya.

Beberapa hari lepas Google baru je update PR setiap laman web. Dan Alhamdulillah blog ni berjaya naik dari PR 0 ke PR 1. Naik satu rank je tak macam blog lain ada yang terus naik ke PR 2 macam blog Najihahfara ni. Tahniah.

Seingat aku blog ni dah naik PR1 masa bulan 6 dulu tapi turun PR 0 pulak masa bulan 7. Sekarang dah naik balik. Begitulah dunia blog ni. Kejap naik, kejap turun. Aku harap terus naik la. Tapi kena update selalu baru dapat tingkatkan PR tu.

Macam mana nak check PR blog korang? Kat sini ada 2 cara.

1) Search kat Google
Kalau search kat google ada banyak link untuk check PR ni. Tapi kat sini aku bagi yang biasa aku gunakan je la. Korang boleh guna PRCHECK ni. Kat web macam-macam boleh buat. nak test keberatan (loading) blog korang pon boleh. Nak test loading boleh ke Test Loading.

2) Guna Extension (pengguna google chrome sahaja)
Bagi yang guna google chrome korang boleh guna extension dari google. Klik SINI.

Extension dari google chrome

*******************************************************

Menyesal Aku Balik Awal

Assalamualaikum. Dah sehari aku berada kat UTM ni. Sangkaan aku bahawa aku yang paling lambat balik U memang silap besar la. Sampai je aku kat pondok pengawal semalam rasa agak lain sikit sebab jalan lengang je. Selalunya jalan situ ada la beberapa buah kereta atau motor yang lalu tapi semalam takde langsung. Aku bercakap dalam hati mungkin diorang sedang solat Maghrib kot sebab time aku sampai semalam dah pukul 7.30 malam.

Sampai je pintu bilik, dah rasa lain dah. Aras sunyi je. Jiran-jiran bilik semua tak balik lagi. So buat-buat berani je la. Alhamdulillah aku hidup lagi walaupon keseorangan malam tadi. hahaha. Tadi baru je tengok Al-Hijab sorang-sorang walaupon sebenarnya aku dah download cerita tu seminggu lalu. Cerita ni takdelah seram sangat (padahal tutup muka dengan bantal). hahaha.

Susah juga balik awal ni. Nak cari makan punya la susah. Ada arked (cafe) tapi tutup. Untunglah yang bawa kenderaan tu. Tadi pergi solat Jumaat pon jalan kaki. Takpe pahala banyak. =D

************************************************************
Tengah pikir malam nak makan apa.
************************************************************

Thursday, November 10, 2011

Alahai Says.My

Assalamualaikum. Agak lama dah aku tak update. Wordless Wednesday je sampai berturut aku buat. Nampaklah ke-busy-annya tu sampai 3 minggu. hahaha. Sebenarnya nak kata busy tu takdelah busy sangat. Cuma malas nak type. So baca je lah blog-blog lain.

Bulan lepas aku ada bagitahu yang aku sudah cashout earning dari Churp Churp dengan Says.my. Setakat ni Churp Churp tiada masalah. Cuma Says.my je yang bagi masalah dekat aku. Macam-macam masalah berlaku. Mula-mula Says.my gantung akaun earning aku atas sebab aku letak link dekat link download (bukak banyak tab bila klik). Lepas tu aku bagi penjelasan sikit.

Kemudian 3 hari lepas dia hantar email cakap akaun bank yang aku suruh masukkan tu (Says.my terus bank in dalam bank) dah ada akaun lain yang guna. Maknanya dia cakap aku buat dua akaun Says.my dan gunakan akaun bank yang sama. WTF. Bila masa pulak aku buat dua akaun pon aku tak tahu.

Mungkin takde rezeki kot dari Says.my tu. Harap-harap takde masalah dengan Churp Churp pulak.
******************************************************
Cuti panjang-panjang, assignment tak siap lagi ni.
******************************************************

Wednesday, November 9, 2011

#23 Wordless Wednesday

Wordless Wednesday : Pada setiap hari Rabu, semua blogger post gambar di blog tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut. gambar yang akan menceritakan apa yang tersirat.

Wednesday, November 2, 2011

#22 Wordless Wednesday


Wordless Wednesday : Pada setiap hari Rabu, semua blogger post gambar di blog tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut. gambar yang akan menceritakan apa yang tersirat.
**************************************************************