Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Saturday, December 31, 2011

Azam 2012

Assalamualaikum. Tak sampai 12 jam saja lagi untuk memasuki ke tahun 2012. Masing-masing sibuk berazam tahun baru. Ada yang berazam nak jadi isteri Aaron Aziz la, nak jadi pengapit semasa perkahwinan Lisa Surihani dengan Yusri la, dan macam-macam lagi. Aku hanya mampu melihat dan tersenyum seorang diri.


Untuk berazam memang mudah. Tapi nak melaksanakannya tu cukup payah. Sebab tu ada yang menggunakan azam tahun lepas atau setiap tahun azamnya sama sahaja. Contohnya macam aku. hahaha. Azam aku tahun 2011 adalah sama macam tahun 2010. Azam 2010 pulak sama macam 2009. Begitulah seterusnya. Sampaikan aku lupa apa azam aku sebenarnya.

p/s : Janganlah taksub dengan cerita 2012 tu. Memanglah kiamat akan berlaku tapi siapalah kita untuk meramalkannya dengan tepat bila ia akan berlaku.
*************************************************
InsyaAllah 2012 lebih baik dari 2011. Begitu jugalah seterusnya. =)
*************************************************

Wednesday, December 28, 2011

#30 Wordless Wednesday


Wordless Wednesday : Pada setiap hari Rabu, semua blogger post gambar di blog tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut. gambar yang akan menceritakan apa yang tersirat.
********************************************************
InsyaAllah dia tak macam ni. =)
********************************************************

Monday, December 26, 2011

Bila Emak Tanya Pasal Blog

Assalamualaikum. Dah tiga hari aku kat rumah ni. Dah nak balik UTM semula harini. Semua ni gara-gara esok ada satu lagi test sebelum final exam awal Januari depan. Kalau bukan sebab ada test esok, mungkin lama lagi aku dekat rumah ni.

Minggu lepas cek dari Churp-churp sampai rumah. Mak terus call untuk bertanya pasal cek tu. Masa tu aku masih kat UTM lagi. Puas aku memikirkan nak jawab apa masa tu. Akhirnya aku bagitahu cerita sebenar. Tak tahu la mak buka blog ni ke tak lepas aku bagitahu dia pasal ni. Rasa segan tu ada la sikit-sikit. Entah apa la anak dia gebang kat blog ni. hahaha.


Masa aku cashout Churp-churp ni, aku cashout says.my sekali. Entah apa la masalah dengan says.my tu, akaun aku kena block. Kalau tak silap ada la dalam RM120 camtu. Lesap macam tu je la. (Untuk cerita lebih lanjut boleh baca entri Alahai Says.my)
*********************************************************
Cinta tidak boleh dinafikan. =)
*********************************************************

Wednesday, December 21, 2011

#29 Wordless Wednesday


Wordless Wednesday : Pada setiap hari Rabu, semua blogger post gambar di blog tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut. gambar yang akan menceritakan apa yang tersirat.
*************************************************
Final exam dah dekat....=)
*************************************************

Friday, December 16, 2011

Lain Yang Didakwah, Lain Yang Dapat

Assalamualaikum. Zaman sekarang untuk berdakwah amat mudah. Dengan menggunakan medium elektronik seperti jaringan internet semua kerja dakwah berjalan dengan lancar. Tapi dengan kemudahan yang kita ada sekarang ni terdapat sedikit kelemahan yang lahir dari diri kita sendiri.

Mungkin anda sedar atau tidak, harini ramai yang berkongsikan satu filem pendek yang menerangkan hudud secara umum. Filem pendek ini diterbitkan bertujuan untuk menjawab persoalan dan kekeliruan yang ditimbulkan dalam klip video 'Sembang Rakyat' yang bertajuk 'Musim hudud' dan 'Hudud PAS lagi'.




Apa yang aku nak cerita ni bukan berkenaan dengan video tu. Video tu aku rasa tiada salah apa-apa pon. Yang salah adalah individu-individu yang langsung tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada video tersebut. Ramai yang kongsi atau "share" video tersebut. Memang bagus dan tidak salah tindakan mereka tu. Cuma aku lihat mereka yang telah menonton video tersebut lebih tertarik dengan ayat terakhir Mat Luthfi iaitu "mencuri gitar adalah haram. curi hati takpe" berbanding topik sebenar yang dibincangkan.

Yang lebih memeranjatkan (takdela terperanjat mana pon), siap ada yang edit gambar Mat Luthfi dengan ayat tersebut. Jadi dimanakah keberkesanan video tersebut? Objektif yang sepatutnya sampai kepada penonton telah tersasar jauh. Walaupun bukan semua penonton yang melakukannya, ia amat tidak sedap untuk mata memandang. Wallahualam.

*******************************************************
Tepuk dada, tanya iman. =)
*******************************************************

#3 Tazkirah Jumaat - Solat

Assalamualaikum. Apabila kita melakukan sesuatu pekerjaan, kadang-kala kita terlalu sibuk sehinggakan kita jadikan ia alasan untuk melengah-lengahkan solat atau lebih teruk lagi, meninggalkannya terus. Jika dilakukan sedikit pengiraan, dalam sehari, kita perlu menunaikan solat:

Subuh: 2 rakaat
Zuhur: 4 rakaat
Asar: 4 rakaat
Maghrib: 3 rakaat
Isyak: 4 rakaat

Jadi jumlah keseluruhan adalah 17 rakaat sehari. Katakan seseorang itu mengerjakan solat lebih kurang 2 minit untuk setiap rakaat, maka jumlah masa yang diambil untuk menunaikan solat dalam sehari hanyalah selama 34 minit. Dalam sehari ada 24 jam bersamaan 1440 minit. Jika dikira peratusan masa yang diambil untuk menunaikan solat dalam sehari, hanyalah 2.36%.

Bagaimana pula dalam masa seminggu? 34 minit darab 7 bersamaan 238 minit. 238 minit bersamaan dengan 3.97 jam. Jika dikira dalam sebulan pula, katakan purata dalam sebulan ada 4 minggu.3.97 jam darab 4 bersamaan dengan 15.88 jam.

Dalam setahun pula, 15.88 jam sebulan darab dengan 12 sama dengan 190.56 jam. 190.56 jam ini jika ditukarkan kepada unit hari adalah bersamaan dengan 7.94 hari. Rupanya dalam setahun, masa kita untuk sembahyang hanyalah lebih kurang 8 hari.


Kita kira dari segi purata umur manusia pula. Katakan purata umur seseorang adalah sehingga 60 tahun. Umur 10 tahun merupakan umur seseorang mencapai akil baligh dan sudah mula wajib untuk menunaikan solat. Ini bermakna, seseorang yang berusia 60 tahun perlu bersolat selama 50 tahun. Jika dalam setahun, masa yang diambil untuk menunaikan solat hanyalah 7.94 hari, maka dalam tempoh waktu 50 tahun, masa yang diambil untuk menunai solat hanyalah 397 hari. 397 hari lebih kurang bersamaan 1 tahun 1 bulan.

Bayangkan dalam sepanjang umur kita, Allah hanya menyuruh kita menggunakan 1 tahun 1 bulan dari keseluruhan umur 60 tahun kita untuk menunai solat. Itupun kadangkala masa solat kita kurang kerana uzur, jama', dan kurang 2 rakaat untuk solat Jumaat.

Jika difikirkan kembali, 34 minit sehari adalah sangat singkat. Tengok wayang 2 jam, shopping berjam-jam, 34 minit tu tak luak pun masa 24 jam kita untuk sehari. Oleh itu, marilah kita sama-sama memperbaiki solat kita dan menghargai masa 34 minit itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh khusyuk.
****************************************************

Wednesday, December 14, 2011

#28 Wordless Wednesday


Wordless Wednesday : Pada setiap hari Rabu, semua blogger post gambar di blog tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut. gambar yang akan menceritakan apa yang tersirat.

*********************************************

Tuesday, December 13, 2011

Shoutmix Bakal Kenakan Bayaran

Assalamualaikum. Aku tak tahu samada benda ni dah lama atau aku yang baru perasan. Bagi yang kaki blogwalking macam aku, rasanya memang tak setujulah dengan tindakan yang diambil oleh Shoutmix untuk mengenakan bayaran kepada sesiapa yang menggunakan perkhidmatannya.

Korang boleh klik kat bahagian atas sebelah kiri chatbox tu untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Atau boleh klik SINI.

Nak marah pon tak boleh jugak. Tu dah memang tanggungjawab dia bagi memastikan sumber pendapatan diorang terus berjalan. Takkan nak bagi percuma je.

******************************************************
Mungkin dia dah tahu. Mungkin juga tidak. Wallahualam.
******************************************************

Saturday, December 10, 2011

Buat Baik Berpada-pada

Assalamualaikum. Jom layan pantun ke sajak ni aku pon tak tahu. hahaha.

Buat baik berpada-pada, 
buat jahat jangan sekali. 
Layan jiwang berpada-pada, 
lupa kawan jangan sekali. 
Jangan jiwang sampai gila, 
nanti kawan benci dan lari. 
Bila pasangan dah tiada, 
kawan pula baru nak cari. 
Bila kawan malas nak jumpa, 
mulalah menyesal sampai mati. 
Beringat sebelum kena, 
untuk kawan-kawan dan diri sendiri.

****************************************************
Bulan masih terang. Kejap lagi berlakunya gerhana bulan. =D
****************************************************

Friday, December 9, 2011

#2 Tazkirah Jumaat - "Maaf" Dari Mulut Sahaja?

Assalamualaikum. Maaf. Semua orang tahu apa itu maaf. Semua orang tahu waktu bila nak minta maaf. Tapi adakah ianya sekadar satu ungkapan yang hanya keluar melalui mulut? Jom ikuti kisah ini yang aku jumpa di facebook semalam.
********************************
Seorang lelaki, amat mencintai seorang perempuan. Lalu bergerak untuk menikahi perempuan yang dia cintai. Perempuan itu, merasakan dirinya terpaksa, dan di awal ketika lelaki itu melamar, perempuan itu bercerita itu dan ini kepada rakan-rakannya, sedangkan perempuan itu tidak mengenali lelaki itu dengan baik pun ketika itu.

Masa berjalan. Nyata sepanjang mereka menjalani proses ta'aruf semasa pertunangan, lelaki itu berbeza daripada apa yang disangka perempuan itu sebelum ini. Tetapi telah terlepas cerita, perasaan tidak senangnya, kepada rakan-rakan yang mengenali. Cerita itu berpindah dari mulut ke mulut, ditokok tambah, disalah faham, dan akhirnya Lelaki itu ditohmah, dicerca, difitnah. Seperti penjenayah layaknya dia dalam hubungan itu.

Lelaki itu pernah berkata: "Wahai tunangku, bersihkanlah semula namaku. Tidakkah engkau sekarang bahagia?"
Perempuan itu menjawab: "Alah, perkara sudah berlalu. Janganlah dikau simpan di dalam hatimu. Kita kena memaafkan orang. Jadi pemaaf."
Mudah. Lelaki itu tersenyum kelat. Dan diam.

Masa berjalan, dan mereka selamat melangsungkan perkahwinan.
Sehari selepas itu, lelaki itu membawa isterinya ke satu padang.
"Pinjam phone awak, sayang."
"Nah. Nak call siapa? Kenapa tak pakai awak punya phone?" Isterinya bertanya.
Tanpa menjawab, lelaki itu terus melempar telefon isterinya ke hujung padang.
Si isteri terdiam.
Kemudian lelaki itu memandang kepada isterinya.
"Maafkan saya." Dia bersuara.
Si isteri masih tergamam. Lelaki itu pergi ke hujung padang, dan mengambil telefon bimbit itu semula. Casingnya telah retak.
"Nah, saya bagi semula. Maafkan saya." Lelaki itu meletakkan telefon isterinya pada tangan isterinya.
"Ke... kenapa...?" Isterinya terketar-ketar. Perasaan bercampur baur. Matanya bergenang.



Lelaki itu sekadar tersenyum.
"Awak. Lihat. Apakah apabila saya minta maaf kali pertama itu, phone awak akan kembali, kalau saya tidak pergi ambil?"
Diam.
"Kemudian awak lihat. Apakah apabila saya minta maaf kali kedua itu, phone awak yang dah retak ini, terus menjadi seperti sebelum saya baling?"
Diam. Air mata mula mengalir.
"Dan bayangkan kalau saya tidak ambil semula. Dan saya sekadar cakap pada awak: Maafkanlah saya. Kita kena memaafkan orang. Jadilah pemaaf. Apa awak rasa? Apakah phone awak akan automatik kembali kepada tangan awak dalam keadaan baik?"
Dan air mata itu mengalir deras.

"Sayang, maaf tidak boleh memutarkan waktu. Dengan kita bersungguh menebus kesalahan kita, cuba perbaiki keadaan yang telah kita kucar-kacirkan, pun tetap tidak boleh memutarkan waktu. Yang terjadi telah terjadi. Tetapi sekurang-kurangnya, itu menunjukkan kesungguhan kita dalam meminta maaf, menenangkan sedikit, mengubat sedikit, hati orang yang telah kita lukakan."

"Hati saya lebih fragile daripada phone awak, awak tahu?" Dan lelaki itu menarik perempuan itu pada dakapannya. "Awak kena tebus salah awak, dengan menjadi isteri yang baik kepada saya."

Dan perempuan itu tidak mampu berkata-kata.
Pada kala itu, di dalam jiwanya hanya ada satu harapan:
"Kalaulah boleh diputarkan masa. Sungguh, dia selama ini telah melukakan orang yang amat mencintainya."
***********************************************
Aku suka maafkan orang tapi hanya kat mulut. Kat hati susah.
***********************************************

Thursday, December 8, 2011

Download Ombak Rindu 3D (HD) Punya Pasal

Assalamualaikum. Minggu ni ramai dikejutkan dengan penyebaran link download Ombak Rindu High Definition (HD). Lepas aku dapat link tu, aku terus bukak. Alhamdulillah aku masih bernyawa harini. Nak tahu apa yang ada kat link tu? Cuba klik SINI. Aku yakin ramai yang tak akan klik sebab penakut. hahaha.

Rasa macam tak adil bila aku sorang je kena. So aku pon post la kat Facebook dan Twitter. Alhamdulillah ada mangsa yang kena. hahaha. Nak tengok mangsa-mangsa yang kena?  Lihat gambar bawah ni. hehehe






Shazwani Shakeri ni merupakan DJ Hot Fm Kelate (Kelantan) yang akan bermula Januari 2012.
****************************************************************
Banyak entri aku taip harini. Semuanya demi Cikgu Iffah dalam entri Memang Update Setiap Rabu ke? hahaha.
*****************************************************************

Amali Terakhir Untuk Semester 3

Harini merupakan hari terakhir aku buat kerja luar semester ni. Dan kawasan kerja luar untuk yang terakhir ni merupakan yang paling jauh sepanjang aku berada kat UTM ni. Nasib baik ada disediakan pengangkutan untuk ke sana iaitu sebuah Pajero yang dipandu oleh pembantu makmal itu sendiri. Jomlah layan gambar.

Yang kat belakang tu bukan coursemate aku. Tu pekerja kontraktor. hahaha

Setelah dikira total distance dari PL 1 ke PL 6 jumlahnya adalah 900.1609!!! Terpaksa berjalan dari satu PL ke PL yang lain dibawah terik matahari. (nasib baik aku jaga kat PL 1 je. hahaha)

Tunjuk ajar dari abang makmal sebelum memulakan kerja.



Setelah selesai kerja, proses bergambar pula dijalankan. =D


Itu sajalah gambar yang sempat diambil. Lepas ni kena buat report amali ni pulak. Diam tak diam dah nak dekat final dah sem ni. Study tak, online je memanjang. Haiz...
***************************************************************
Tak sabar nak habis sem ni. Nak balik. Lama dah tak balik sejak raya haji haritu. ^_^
***************************************************************

Memang Update Setiap Rabu Ke?

Assalamualaikum. Dah lebih 2 minggu tak menaip kat sini. Yang mampu buat cuma copy paste ayat dan gambar wordless wednesday je. Sampaikan aku dapat komen kat bawah ni. hehehe. Bagus la Cikgu Iffah ni.
Macam perli je ayat...huhu

Tak mampu nak menaip macam blog Cik Iffah ni. Setiap hari bukak blog mesti ada cerita atau cerpen baru. Sampaikan aku pon tak pernah miss cerita terbaru. Lagi-lagi kisah cinta-cinta ni. hahahah.
************************************************************
Walau kau kata cinta itu menyerabutkan kepala tapi aku paham apa niat kau sebenarnya...=D
************************************************************

Wednesday, December 7, 2011

#27 Wordless Wednesday

Wordless Wednesday : Pada setiap hari Rabu, semua blogger post gambar di blog tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut. gambar yang akan menceritakan apa yang tersirat.
******************************************************************